.
Baru-baru ini kecoh kes Nur Amalina Che Bakri dengan gaya pemakaian yang seksi. Sampai keluar berita TV3 tu. Perghh, popular juga anak Che bakri nie. Ramai juga yang menghentam dan mengkritik adik Nur Amalina. Tapi di sini, saya bukan nak komen pasal adik nur amalina ini. Tetapi lebih kepada menasihati diri saya dan anda tentang bahaya rakan-rakan yang boleh mempengaruhi diri anda atau anak anda.
Jangan kata Nur Amalina Che Bakri, anda sendiri boleh berubah kepada yang lebih teruk jika tidak memahami puncanya. Salah satu puncanya ialah kawan atau rakan kita. Rakan-rakan sangat kuat mempengaruhi dan mengubah diri kita. Kawan-kawan mampu merosakkan diri kita. Oleh itu, amat bijak mendidik diri kita dan anak kita untuk memilih kawan yang baik. Kerana kesilapan memilih rakan, bukan sahaja menyusahkan diri kita. Malah menyusahkan keluarga kita, saudara mara kita dan masyarakat kita.
Sebab itulah Rasulullah s.a.w. telah mengingatkan kita dengan sabdanya βDiumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.β [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim].
Sangat jelas, Agama Islam menyuruh kita mencari rakan yang baik. Kerana sudah pasti rakan yang baik memberi kebaikan pada diri kita. Begitu juga dengan sebaliknya. Oleh itu kita bertanggungjawab mendidik diri kita dan anak kita untuk memilih dan bergaul dengan rakan yang baik. Kita juga bertanggungjawab membawa diri kita dan keluarga kita ke persekitaran dan rakan-rakan yang lebih baik.
Satu perkara lagi ialah perbualan dengan rakan-rakan menjadikan makanan minda yang mempengaruhi diri kita dibawah sedar. Sebagai contoh, anda berkawan dengan orang main nombor ekor. Hari-hari bercerita pasal nombor ekor. Tanpa anda sedari, perbualan tersebut menjadi makanan minda yang memperngaruhi diri anda. Lambat laun, anda pula terjebak bermain nombor ekor. Sebaliknya jika hari-hari anda bercerita tentang keburukan main judi. Haramnya judi. Balasan main judi. InsyaAllah, lama kelamaan rakan anda akan berubah berhenti bermain judi.
Oleh ttu berhati-hati dalam pergaulan dan memilih rakan. Kesilapan memilih rakan bukan sahaja menyusah diri anda malah menyusahkan keluarga anda, saudara mara anda dan ramai lagi. Oleh itu sayangilah diri dan keluarga anda dengan memilih rakan yang baik.
super mak says
setuju sgt2… kwn dgn setan jd setan lah kita..
Hairul Hissam says
Benar tu Super mak.. so berhati-hatilah dalam berkawan.. tq ya π
suzie says
sangat2 bersetuju dgn pendapat saudara…tersilap berkawan boleh merana seumur hidup. terlalu banyak kisah yg boleh kita jadikan iktibar dan panduan yg saban hari dimuatkan di dada akhbar.
jika ingin menjadi bijak pandai bergaullah dgn para bijak pandai dan jika ingin berjaya berkawanlah dgn org2 yg berjaya…pasti kebijaksanaan/kepandaian dan kejayaan kawan2 kita itu akan sedikit sebanyak terbias juga kepada kita dan begitulah sebaliknya…
Hairul Hissam says
Terima kasih atas nasihat cik suzie..
Spt kata cik suzie, jika kita bergaul dgn pelajar rajin dan bijak..
insyaAllah kita lebih bersemangat mengikut jejak langkah mereka… tq ya.. π
suri says
salam.
jgn salah pilih kwn silp bulan kita kwn secara suka2 blh terjebak tanp kita sedari huhu..
klu cri kwn suka mmbaca pasti kita akn ikut sama sekli..sebaliknya cari kwb yg burk kita silap bulan blh terikut perwatakan seperti itu heeee
Hairul Hissam says
wsalam..
mmg benar tu.. kalo kita bergaul dgn mereka suka mengumpat..
dan mengutuk.. nanti kita pun akan terikut sama….
semoga kita berhati-hati memilih kawan… π
mahani says
Salam Hairul, terima kasih atas perkongsian pandangan dan nasihatnya. Semoga dapat sama2 dijadikan penyuloh kehidupan, Amin….
Hairul Hissam says
Wsalam cik mahani….
semoga memberi manfaat bersama.. tq ya π
chii says
chii setuju..kawan ni sebenarnya ibarat cermin bg diri kita..kalo kita berkawan ngan org baik..insya Allah..baik lah jadinya..kalo x..yg sebaliknya berlaku..
Hairul Hissam says
Betul tu cik chii.. kawan ibarat cermin yg mengambarkan diri kita…
semoga kita dapat kawan yg baik2 π
amy says
Saya setuju dengan pendapat saudara Hairul,memang pengaruh kawan boleh merubah corak kehidupan kita seharian.
Hairul Hissam says
Pengaruh rakan mmg sgt kuat…
yg risaunya anak-anak remaja yg mudah sgt terpengaruh dgn rakan dan media…
semoga sentiasa memperingatkan keluarga kita.. tqvm… π
ohcikgu says
biasalah tu. dah pandai..pandai gak dia menjawabnya..
Hairul Hissam says
Serba serbi pandai kan cikgu π
Azli Jamil says
Sometimes friends who are “Bad” could teach us more.
Kita semua ada akal, just because a friend wants to do something bad, doesn’t mean we would follow.
Wallahualam
Hairul Hissam says
Akal sahaja tidak mencukupi utk kita berada dijalan yg betul…..
Semoga kita semua dilindungiNya π
Laduni says
Sangat setuju dengan Saudara Hairul, pengaruh rakan sangat kuat dalam membentuk peribadi anak-anak..
Hairul Hissam says
Semoga kita lebih peka dgn aktiviti dan rakan2 anak2 kita π
cik tom says
betul tue hairul..kena pandai pilih kawan..kdg2 famili dah didik sebaiknya..bila pergi belajar..silap pilih kwn..tue yg jadinya culture shock…
Hairul Hissam says
Betul tu cik tom…. mmg sayang sekali jika family dah didik baik2….
akhirnya tersilap memilih kawan yg merosakkan.. semoga keluarga kita dijauhkan π
Syarifah Ashikin says
salam.. saya setuju dengan entri ni..
Hairul Hissam says
Semoga kita bersama lebih berhati2 ya cik Syarifat π
Sharifah Ashikin says
betul2 tu… hehehhe salah eja nama sudah.. hahahhahaha sharifat….
Hairul Hissam says
Oppss… salah tekan keyboard… π tqvm cik Sharifah Ashikin…
Sharifah Ashikin says
sama-sama.. hheheheh…
Mekar says
Salam.
Terus terang cakap saya ni memang tak ramai kawan(tambahan lepas berkahwin dan berenti kerja). Ini bukan bermakna sya sombong tp sya memang “memilih” apabial berkawan. Tapi lain halnya bila berkawan dalam blog..hehe Sebab kita saling tak kenalkan cik hairul ?
Hairul Hissam says
Itu kelebihan berkawan di dalam blog cik mekar….
yg bagus kita saling berkongsi info dan nasihat π
adele says
kesian tgok kat mak dia je..bermati-matian nak ttup aib anak sedangkan anak tu takde pun nak jaga aib mak..hmmm
Hairul Hissam says
Kesian juga saya tengok emak dia. Pemberita semua dtg kerumahnya π
Oh! budu says
kalau nak berkawan, baik cari cam nik nur madihah ke, siti fatimah ke.. dan satu lagi, aku pun nak mengingatkan diriku dan semua, bahawa iman yang amat kuat diperlukan kalau nak belajar oversea.. dan sentiasalah berada berjemaah dalam melakukan sesuatu.. insyaAllah.. everything gonna be ok!
Hairul Hissam says
Di Oversea mmg byk dugaan…. dgn rakan2, media dan bermcm lagi…
Spt kata en Budu, sentiasa berjemaah dgn rakan muslim…
tapi lebih selamat belajar dlm negara je.. π
razlnr says
Rasanya tak salah berkawan dengan sapa sapa pun, umpama perpatah tak hilang bisa ular kalau menyusup keakarnya ( lebih kurang cam tu lah bunyinya) cuma kita sendiri yang perlu pandai berfikir… sebab kawan dengan anak tok imam pun belum tentu jadi baik…
Hairul Hissam says
Tima kasih atas pandangan tu tu En Razlnr π
psst: anak tok imam tak semestinya baik sebab anak nabi nuh pun tak beriman. heee
hatiputera says
Dalam dunia zaman sekarang nie,,,banyak kawan makan kawan.berhati-hatilah memilih kawan.
Hairul Hissam says
Bagus nasihat dari en Putera tu.. π
Idir says
kalau ‘jatidiri’ kita kukuh..insya Allah takkan mudah dipengaruhi orang..belajar overseas or di Malaysia saja belum menjamin kita semua tak mudah terpesong..
Hairul Hissam says
Disamping tu en Idir, banyaklah kita berdoa agar diperkuatkan iman kita.. π
Orang Kampung says
setuju sangat la. Orang dulu – dulu selalu kata, orang jahil pun kalau kawan dengan orang alim akan jadi macam pak lebai. Kalau kawan dengan pecuri ayam, kalau tak curi ayam pun mungking tumpang semagkok sup ayam. So tepuk dada tanya selera la.
Hairul Hissam says
Betul tu.. semoga kita berhati-hati dalam memilih kawan kan π
riza says
Hari ni kak riza ‘kehilangan’ seorang sahabat..sebab dia tukar sekolah, naik pangkat. Sedih sebab ingat susah nak cari ‘pengganti’ macam dia. Dari mula kawan dengan dia, kak riza dapat rasa dia ‘ikhlas’ berkawan. Tadi, bila salam ‘Selamat Tinggal’, dia sebut yang dia pun rasa macam tu dengan kak riza…Masa kak riza pergi haji tahun lepas, dia kata dia mimpi kak riza ‘senyum’ kat dia…tak tau apa maknanya…
Hairul Hissam says
Simpati ngan kak riza.. Bersabar kak riza… InsyaAllah, jika hati kita baik.. pasti rakan yg baik akan mendampingi kita…
riza says
InsyaAllah, ‘Patah Tumbuh, Hilang Berganti’. Sahabat yang bertaut hati kerana Allah, itulah sahabat yang sejati. Kadang-kadang kawan kita, hanya manis di mulut, di depan kita, tapi di depan orang lain…lain dikatanya tentang kita. Betul juga kata Hairul, kalau kita nak orang baik dengan kita, mestilah kita ‘baikkan’ hati kita dulu. Seperti kata ‘motto’ satu saluran tv tu, ‘Segalanya Bermula di…Sini’.
Hairul Hissam says
Itu yg bahaya kalau dapat kawan manis mulut didepan kita tapi sebaliknya dibelakang kita. Biasanya kalau org jenis suka menceritakan keaiban org lain di depan kita, nanti dibelakang kita dia cerita keaiban kita pula. Sebab dah jadi hobi dia.. Itu yg bahaya dapat kawan macam ini. Bagus motto tu. he.he.he
thirah says
kita harus bijak dalam memilih rakan . Saya juga pernah alami situasi yg begitu bodoh jugak la bila difikirkan balik. Dulu saya tak pernah la pulak cakap benda yg agak menyinggung perasaan orang . Sejak berkawan dengan beberapa orang rakan saya, saya dapat merasakab perubahan dr segi percakapan saya.ya , mereka agak petah dlm soal singgung menyinggung perasaan orang. Kini, saya agk terikut ikut dengan habbit tersebut . Well now saya sedar ,saya perlu berubah utk kebaikan diri sendiri.
Hairul Hissam says
Baguslah cik thirah telah sedar.. sebenarnya bila kita menyakiti org lain, akan ada org lain yg akan menyakiti hati kita pula nanti. Kerana Allah s.w.t. itu maha adil dan qada’ dan qadar Allah tu terlalu adil. So berhati-hatilah berbicara dan menjaga lidah agar kita tidak mencipta bala utk diri kita sendiri di masa hadapan.
Nur Azmanie says
Pergaulan memiliki pengaruh yg sgt kuat dlm mmbentuk kpribadian,akhlak n tingkah laku manusia.Manusia merupakan makhluk sosial yg harus brgaul dgn org lain n mnjadikan sebagian dari mereka sbagai shbt. Seorang penyair sufi mngatakan;
Jika engkau brada dlm suatu kaum,
maka brgaullah dgn org2 yg trbaik,
jgnlah brgaul dgn org2 yg trcela,
shingga engkau trjrumus kdlm khinaan,
jgnlh brtnya ttg ssorang,
tapi brtnyalah ttg shbtnya,
sbb,stiap org akan mngikuti shbtnya..
(petikan dr ktb hakekat tasawuf,karangan Syeikh Abdul Qadir Isa)
buku nie sgt3x bgus..Penulis buku ini mengulas secara trperinci serangan para orientalis ttg metode mmahami tasawuf yg seiring tuntutan syariat;bgaimana mnjd saleh scra batin tp jg xmnyimpang dr tauhid!
Hairul Hissam says
Terima kasih atas nasihat dan pandangan tu. Semoga menjadi panduan kita bersama π
suami orang says
mmg pyah nk crik kwn sperjuangan.. lbih2 lg yg bole bwa kta kpd kbaikan.. sbab tue la kta perlu jd yg trbaik utk kwn spya kwn jgk bole jd contoh baik utk kita..
Hairul Hissam says
Dan kena byk berdoa kepada Allah semoga diberikan rakan yg baik. π
Farina Al-Khareid says
nk kawan tiada masalah but kena la pandai pilih. pilih la kwan yg bimbing kita ke arah kebenaran. jangan berkawan kerana harta dan pangkat. bantu la kawan kawan yang memerlukan. kawan kawan la yg bantu kita untuk mncapai impian kita
Hairul Hissam says
Mmg benar tu.. kalau kita pandai memilih kwn.. hidup kita akan lebih tenang…
farinafitriyane says
susah nak cari kawan yg baik skrang ni . kerana ramai pelajar atau remaja remaja yg telah terjebak dgn gejala sosial . hanya perlu berdoa kepada yg Esa , moga diberkati dan dirahmati . aamiin aamiin ya rabbal alamin . salam zuhur en hairul π
Hairul Hissam says
Benar tu.. kena byk berdoa supaya Allah menjauhkan kita dari rakan yg merosakkan.. π