Teringat masa kerja dulu. General Manager chinese bergaduh dengan Factory Manager chinese. Siap buat mahkamah dalam office untuk buang factory manager. Lepas buang, cari lagi chinese. Pengantinya chinese resign dan tak boleh buat kerja. Cari lagi chinese. Salesman chinese asyik tukar tak henti2. Sampai customer tanya “Apesal you punya salesman asyik tukar?”. Teruk macam mana, cari lagi chinese.
Tapi… kalau melayu lab office buat hal, terus dia cakap: ” Tak mau laa ambik melayu lagi. Serik laa ambik melayu”. Double standard betul laa diaorang ni. Kalau chinese yang buat perangai, tak pula kata apa2. Tapi kalau melayu, riuh mengata yang bukan-bukan. Itulah realiti yang berlaku.
Betul ke Melayu malas..
Yang cakap nie tak pernah pergi sekolah ke. Kat sekolah kan boleh nampak sendiri. Tak kira melayu, cina dan india, ada yang rajin dan ada yang malas. Biasanya yang malas lebih ramai dari yang rajin. Samada cina, india atau melayu, semua sama sahaja. Oleh sebab rakyat malaysia ramai melayu, tentu nampak macam ramai melayu yang malas..
Jangan laa bebal sangat kata melayu malas.
Kalau Ahmad pemalas, cakap lee Ahmad pemalas. Buat apa laa kaitkan dengan bangsa melayu. Yang bebalnya bila orang melayu sendiri kata melayu pemalas. Tak fikir ke???. Kalau awak kata melayu pemalas, samalah awak kata diri awak, anak awak dan keturunan awak pemalas. Tak ke bebal namanya. Chinese pun tak pernah kata bangsanya penipu walaupun mereka biasa kena tipu dengan bangsa sendiri.
Ibu Bapa Kenalah Main Peranan
Ibu bapa tak bolehlah biarkan anak bersenang-senang bermain sepanjang masa. Kena tegas mendidik mereka bekerja seperti mengemas rumah dan memasak dari kecil. Didikan awal ini membentuk generasi masa depan yang rajin bekerja. Didikan awal ini untuk kebaikkan anak itu juga bila dewasa nanti. Didikan awal bermula anak umur 10 tahun. Sama seperti solat.
Kenapa kontraktor melayu ada yang pemalas
Anda kena paham, melayu rajin sudah jadi doktor, engineer, akauntan dan sebagainya. So melayu yang malas belajar terpaksa kerja buruh binaan atau buat rumah. Sambil-sambil kerja, mereka buatlah part time repair rumah. Mungkin perangai malas/cincai masa di sekolah masih belum berubah. Tapi inshaAllah lama kelamaan mereka berubah. Saya tak kata semua yaa.
Begitu juga jika ambil pekerja yang bergaji rendah. Tentulah dapat pekerja yang malas belajar semasa sekolah. Dan mungkin perangai malas tu masih belum berubah. So tanggungjawab majikan untuk basuh fikiran mereka supaya berubah menjadi rajin. Tentulah makan masa. Bertahun-tahun malas dan nak enjoy jee. Tak kan laa sehari dua boleh berubah.
Betul ke cina dan melayu sudah sama kaya…
Ramai chinese kata, “Sekarang melayu dan cina sudah sama kaya laa”. Betul keee???. Haaa cuba pergi ke kawasan rumah orang kaya. Punya laa banyak rumah orang kaya milik cina. Cuba pergi ke kawasan kilang. Berapa banyak kilang milik melayu?. Kedai tepi jalan pun kebanyakkan milik cina. Mana yang samanya. Bila ramai chinese yang cakap, mungkin ada gerakan dari media mereka. Tujuannya mungkin untuk dasar ekonomi untuk bumiputera di hapuskan. Memang licik mereka ni.
Akhir kata, cina, india, melayu sama sahaja. Ada yang rajin dan ada yang malas. Satu penipuan yang besar kalau kaitkan keburukan dengan bangsa atau agama. Memang Penipu Besar.
Azhafizah says
ibarat setitik nila, rosak susu sebalanga. Kesalahan individu patutnya memang salahkan individu bukan melibatkan orang lain, agama dan kaum. Rakyat malaysia sepatutnya hidup bersatu bukan saling menjatuhkan.
Hairul Hissam says
yup kesalahan individu tak bolehlah dikaitkan dengan bangsa atau agama. Sangat tidak adil..
mrhanafi says
betul ke bro….
saya tidak pasti juga
hahaha
Hairul Hissam says
ini betul2 bro, bukan cubaan. ha.ha.ha.. ayat citer P Ramblee yg lawak gilos.