Petua nie memang best dari sahabat saya. Katanya, atuk saudaranya berumur lebih 100 tahun masih sihat bertenaga. Cara dia sihat bertenaga sangat mudah diamalkan dan tidak perlu kos atau duit.
Tapi sebelum tu, jom baca dulu testimonial dari pembeli pakej www.rahsiaputu.com ini.
Petua Hidup Sihat Lebih 100 Tahun
Mesti anda tak sabar nak dengar petua sihat lebih 100 tahun ini. Petuanya simple sahaja iaitu elakkan makan makanan dan minuman panas-panas. Jangan makan/minum panas-panas sahaja.
Inilah yang diamalkan oleh atuk saudara kawan saya yang berumur lebih 100 tahun.
Memang ada rasionalnya. Salah satu sebabnya ialah makan panas2 boleh menyebabkan kerosakan pada organ & kelenjar dalam badan anda secara perlahan-lahan. Bila organ kita lemah, maka susahkan tubuh kita melawan penyakit secara semulajadi.
Kata kawan saya, atuk saudaranya akan biarkan makanan sejuk di atas meja sekurangnya 1 jam. Selepas 1 jam barulah atuk saudara kawan saya akan makan. Bagus juga cara ni untuk pastikan makanan benar-benar sejuk.
Kalau makan di rumah boleh laa tunggu satu jam. Atau masak lebih awal. Tapi kalau makan di luar, payah juga nak tunggu satu jam. So cara lain tunggulah hingga wap panas pada makanan atau minuman tiada lagi.
Kalau umur dah meningkat, memang kena amalkan petua ni. Kerana semakin tua, kemampuan tubuh semakin menurun dalam memulihkan sel rosak dan luka-luka dalam badan. So petua ini dapat mengelak kerosakkan pada tubuh anda.
So budaya turun temurun kita, yang gemar makan panas-panas perlu diubah. Mungkin juga sedap makan panas-panas adalah pemikiran yang ditanam dari kecil oleh orang tua kita. Jika ini dapat diubah, inshaAllah dapat menjadikan kita lebih sihat.
Tapi tak perlulah makan terlalu sejuk.
Semoga artikel ringkas ini dapat membantu anda sentiasa sihat. InshaAllah.
akubiomed says
Wah ada yang ingin buat secara komersial. Perlukan modal juga tuh.
Hairul Hissam says
Kalau nak untung lebih besar, kenalah modal lebih besar.. tapi mungkin boleh dapatkan bantuan kewangan dari jabatan kerajaan spt tekun dan sebagainya 😀
Hazmin Hamudin says
Alamak. Saya suka hirup sup panas2. sedap.
Hairul Hissam says
Sedap di mulut, sakit di perut..
mungkin pada usia muda, perut kita masih dapat menyembuhkannya kesakitan tu dgn cepat.. tapi bila dah berumur mmg teruk laa 😀
ema says
oh macam tu ke… kami ni kalau makan nasi sedap masa hangat lagi…baru makan berselera,
Hairul Hissam says
Kena ubah tu kak ema kalau nak hidup sihat lebih lama.. Petua dari saudara kawan saya yg berumur lebih 100 tahun tu.. 😀
ahmadyani says
Sepengetahuan saya memang ada hadis yang Rasulullah SAW melarang umatnya makan makanan yang terlalu panas dan makan makanan yang terlalu sejuk. Tidak tahulah hadis sahih atau daif. Tapi itulah hikmahnya
Hairul Hissam says
Saya banyak juga terbaca hadis2 yg melarang makan panas2 atau masih berwap nie. Kalau kita ikut contoh dan tauladan dari nabi s.a.w. tentu kehidupan kita lebih baik 😀
umi says
Hihi sebab nak cepat sokmo.Bila dah siap masak terus nak cepat-cepat makan. Takut baby menangis katanya..hohoho
Hairul Hissam says
So kena jaga baby sampai tidur dulu, baru makan. confirm sejuk dulu makanan tu dan lebih selamat heee
Hafizul says
Ohhh mudahnya petua ni..tapi sukar untuk dituruti..sebab tak sabar..haha..terima kasih bro..nanti nak amalkan lahhh…
Hairul Hissam says
Betul kata bro.. mmg mudah tapi susah juga nak buat bila hidangan meleleh di depan mata. .heeee
puteri kasih says
ohh kena ubah ni…sebab puteri memang suka makan makanan yang panas-panas…siap masak, hidang dan makan…hehe
Hairul Hissam says
Kalau nak cun sampai ke tua.. kena amalkan tu puteri. heee
Hero Borneo says
baru tahu juga tentang perkara ini..terima kasih kerana berkongsi
Hairul Hissam says
Semoga petua nie membantu meningkatkan kesihatan kita bersama 😀
onlajer says
ramai yang tahu tapi buat – buat tak tahu tentang jangan makan barang panas – panas
Hairul Hissam says
Lagi2 time lapar…. belum sempat angkat dari kuali dah habis di ngap. heee
Nur Azmanie says
Oh..rupanya itu hkmahnya..tksh ats infonya.. Dan kalau nak sehat..makan bila lapar,brhnti sblm knyg..ini pun nabi yg ajar kan..mudah tp ssh nak buat..:-D
Nur Azmanie says
Sllu jg org2tua larang,tp degil..sbb xtau knp xblh..bila dtya knp,,pun xtau.. Bila dah tau kesannya,bru tkut..biasalah..lumrah manusia kan mmusuhi ap yg dia xtau..:-)
Hairul Hissam says
spt pepatah melayu.. bila sudah terhantuk, barulah nak tengadah.. 😀
Hairul Hissam says
Kalau kita semua ikut apa yg Rasul s.a.w. ajar, tentu kita lebih sihat dan kuat 😀
azimah mohd zainuddin says
Rupa-rupanya apa yang diamalkan sebelum ini adalah salah. Cuba berubah untuk kebaikan.
Hairul Hissam says
Selamat berubah utk kesihatan di masa hadapan 😀