Ramai juga call saya “Hairul, akak nie orang lama, mana laa ada email” Dalam hati saya, macam la susah sangat buat alamat email. “So macam mana akak nak dapatkan ebook free hairul niee”. Sebenarnya senang jee laa nak membuat email nie. Cara nya memang mudah. Lagipun ianya percuma. Nak senang lagi, saya sediakan panduan step by step di dalam artikel nie.
Ada banyak syarikat menyediakan perkhidmatan buat email percuma nie. Yang senang dan mudah ialah Hotmail dari syarikat Microsoft. (Sekarang dikenali Outlook). Boleh buat email melalui laman webnya di www.hotmail.com atau www.outlook.com. Syarikat Microsoft memang terkenal, reliable dan boleh dipercayai. Alaa.. syarikat yang buat window 7 dan window 8 tu.
Panduan Cara Membuat Email
Langkah 1: Masuk ke dalam laman web www.hotmail.com atau www.outlook.com. Seterusnya Klik link “Don’t have Microsoft account, Sign up now”. Lokasi linknya ada dalam gambar di bawah:
Langkah 2: Inilah borang untuk membuat email baru di hotmail/outlook. Cara nya mudah sahaja. Anda hanya perlu masukkan nama, username, password, alamat rumah, tarikh lahir, jantina, no handphone. Selepas siap semua, klik button ‘Create Account’
Langkah 3: Sekarang alamat email anda telah siap. Mudah kan cara nya. Seterusnya klik ‘Continue To Inbox’ untuk masuk ke dalam inbox email id anda.
Langkah 4: Inilah rupa bentuk email hotmail/outlook anda. Menu yang kerap kita guna ialah folder ‘Inbox’ dan menu ‘New’. Jika anda ingin menghantar email kepada rakan, klik link menu ‘NEW’ di atas sekali.
.
Cara Hantar Email Kepada Rakan
Langkah 1: Sekarang kita cuba cara hantar email kepada orang lain. Tapi untuk testing, kita hantar pada diri sendiri. Ok klik link menu ‘NEW’ dan ia akan membawa ke laman web seperti dalam gambar di bawah. Selepas siap isi alamat email id, tajuk dan isi kandungan, klik link menu ‘SEND’ untuk email dihantar.
Langkah 2: Selepas beberapa minit, klik pada link folder ‘INBOX’ untuk melihat email terbaru diterima. Seterusnya klik pada tajuk email yang baru diterima untuk membuka emailnya.
Langkah 3: Untuk membalas email, anda hanya perlu klik menu ‘Reply’. Jika email yang diterima adalah spam atau tidak diundang, klik link menu ‘JUNK’ untuk ia ditempatkan ke dalam folder ‘JUNK’.
Sekarang anda mampu membuat email sendiri. Mudahkan cara nya. Untuk fungsi menu dan folder yang lain, anda boleh godek-godek untuk melihat fungsinya.
.
Cara Dapatkan Ebook Percuma Hairul
Ebook percuma ini dihantar ke dalam email anda. So pastikan anda telah membuat email. Jika belum, follow je tutorial cara untuk membuat email di atas tadi.
Langkah 1: Di bahagian kanan blog ini ada ebook percuma tersebut. Anda hanya perlu masukkan nama dan alamat email anda. Seterusnya klik button submit untuk ia proses dan hantar ke email anda.
Langkah 2: Seterusnya masuk ke dalam email hotmail/outlook anda. Buka laman web www.hotmail.com. Masukkan alamat email id dan password. Seterusnya klik Sign In.
Langkah 3: Klik pada folder “Inbox” dan klik pada tajuk email ‘Sahkan email ini’ dari Hairul Hissam tu.
Langkah 4: Di dalam email, klik link Confirm untuk mengesahkan email tersebut kepunyaan anda. Sebab anda kemungkinan orang lain memasukkan alamat email anda pada langkah satu tadi.
Langkah 5: Seterusnya tunggu dalam 1-2 minit, sebelum email baru diterima. Klik pada folder ‘Inbox’ untuk check email terbaru. Jika anda, klik pada tajuk email itu untuk membukanya.
Langkah 6: Ebook percuma ada pada attachment di dalam email tersebut. Anda hanya perlu klik pada kotak attachment tersebut. Dan apabila box keluar, klik Ok untuk ia save atau download ebook percuma ke dalam komputer anda.
Langkah 7: Biasanya ia automatik akan save atau download ke dalam folder download di komputer anda. Cari folder ‘Download’ dan double click Ebook Kek Batik untuk membukanya.
Saya harap, sekarang anda telah tahu cara membuat email dan cara mendapatkan ebook percuma saya. Cara nya memang mudah sangat lah. Anda hanya perlu follow step by step seperti gambar di atas untuk membuatnya. Nasihat saya, jika anda menggunakan internet, anda wajib memiliki email id anda sendiri kerana banyak kegunaannya.
akubiomed says
Generasi lama mungkin tidak ada pengalaman mempunyai email tetapi ia bukan perkara yang sukar untuk memilik akaun email sendiri. Panduan yang diberikan akan memberi peluang untuk memiliki akaun email sendiri.
Hairul Hissam says
Betul tu bro.. ia bukannya sesuatu yg sukar utk membuat email.. mucah jee cara nyeee .. celah gigi jee 😀
myrujukan says
hairul, outlook online ni dengan microsoft outlook tu sama ker?
Hairul Hissam says
Berbeza bro.. Microsoft outlook adalah salah satu perisian dalam microsoft office dan kena install programnya di komputer terlebih dahulu sebelum digunakan. Sama spt window live mail (dulunya dikenali outlook ekspress). Biasanya kita guna microsoft office utk email pada domain sendiri macam beli@hairul.com
myrujukan says
tu la, saya ada guna outlook ni kat kilang tmpt kerja, tp x leh guna kat rumah,, x tau kenapa, tp enggineer kata rumah punya dengan tmpt kerja berbeza dan ada passoword protect dan memang x bagi tgk email dari kilang di rumah, hehe
Hairul Hissam says
oh biasanya company mmg guna microsoft outlook atau outlook ekspress utk urusan email syarikat 😀
puteri kasih says
dengan adanya artikel ni mudahlah untuk mereka di luar sana yang tidak tahu cara membuat alamat email…puteri pun nak ebook tu la 😀
Hairul Hissam says
Semoga begitulah puteri..memudahkan mereka buat email…
cepat dapatkan puteri semantara stock bandwitdh masih ada.. 😀
puteri kasih says
bulan ni dan bulan depan bandwidth kena topup lebih..hehehe.
Hairul Hissam says
tu la.. ingat nak pinjam bandwitdh blog puteri.. boleh?.. 😀 .
lepas saya transfer sbhgn gambar2 pada image hosting, nampak ada kurang sgt penggunaan bandwitdh 😀 ..
Hero Borneo says
saya lebih suka email gmail berbanding yang lain-lain walaupun ada email saya yang masih valid sejak 7 tahun yang lepas..nak bukak takut dah kerana ada lebih 10k email belum baca..
Hairul Hissam says
Saya pula kurang suka guna gmail… Akaun gmail saya hanya utk subscribe mailing list sahaja 😀
Hero Borneo says
masing-masing punya taste memang lain..
Hairul Hissam says
betul tu… mengikut keselesaan kita juga .. 😀
CIK TOM says
tutorial yang mudah dan jelas dengan gambar skali..
senang potential buyers nak beli produk nati..
yg xde email boleh belajar share linktutorial bro hairul ni…
Hairul Hissam says
Harap2 begitulah cik tom.. semoga memudahkan pembelian online yg memerlukan email id… 😀
ema says
alamat emel dah lama ada…tapi ebook percuma belum ada…tapi baru saja send tadi…hehehe.
Hairul Hissam says
Sebenarnya bukan saya sent kak ema.. tapi sistem autoresponder yg sent :D.. saya goyang kaki je. heee
Arman says
Ada yang aku tanya,” ada emel ke?” . Jwpn : Tak de, Tanya lagi, ada facebook ke? Ada…aku pun pening. Macam mana buka acc facebook kalau tak de emel….
Hairul Hissam says
Tu yg hairan kan.. Nak buka facebook, reti pula buat email….
lepas buat fb.. terus lupa emailnya dan tak reti lagi cara membuat email . heee
Dja@Sishaza says
Akak guna gmail je dari dulu sampai sekarang…ymail pernah juga guna tapi ada certain part leceh sikit…. apa2 pun email memang membantu terutama sekali bila terima update komisyen putu terbaru hihihi 😀
Hairul Hissam says
Tentu seronok gilerr tu bila inbox ada masuk email komisen. heee
NMA says
perkongsian yg sgt bagus… benar2 dpt membantu mrka yg tiada bckground it… 🙂
Hairul Hissam says
Semoga begitulah bro… 😀
onlajer says
aku ada yahoo mail yang sesekali buka untuk cari password yang tersimpan, tengok inbox woha dah tak larat lah nak delete semua
Hairul Hissam says
Dulu masa saya kerja pun macam tu, email terbiar je.. Tapi semenjak buat bisnes online nie, hari2 check dan kemas kini email 😀
Hafizul says
Wahhh bagus betul bro ni..hehe..terbaiklah…
Hairul Hissam says
Semoga cara step by step ini membantu org lama membuat email 😀
faizal says
banyak juga emel yang saya buat dulu. tapi sekarang ni guna beberapa sahaja
Hairul Hissam says
Saya pula masih menggunakan 4 jenis email dgn kegunaan berbeza utk setiap email 😀
khadri yahya says
macam mana nak buat email address
Hairul Hissam says
Ada diterangkan dalam artikel di atas. cuma kena baca dgn teliti sahaja..
zyia says
Seronok mempelajarinya,malahan memudahkan sya untuk membuat argument saya.cara2 nak buat emai..tq
Hairul Hissam says
semoga bermanfaat.. tqvm.. 😀