Petua ubat batuk tradisional nie memang terbaik. Masalah batuk kahak yang saya alami semenjak berpuluh tahun pun sembuh dengan izin Nya. Syukur pada Allah s.w.t. Malah ia juga rahsia awet muda dan menjadikan badan lebih sihat. InshaAllah.
Tapi sebelum tu, jom tengok dulu testimonial pembeli video: www.bisneskek.com.
Memang ramai buat bisnes kek butter moist dan kek lapis nie selepas belajar di www.bisneskek.com. Kalau anda ingin belajar dan berniaga kek butter moist dan lapis boleh link nie >>> Kelas Bisnes Kek Butter dan Lapis
Pengalaman Sendiri Kena Batuk Kahak
Saya sendiri selalu kena batuk kahak semenjak kecil lagi. Biasanya seminggu lebih baru baik. Memang seksa dengan bermacam-macam warna kahak akan keluar. Pernafasan pun terganggu. Badan pun jadi cepat letih.
Setiap tahun saya pasti akan kena. Sehingga saya dah masak dengan tanda-tandanya. Masa sekolah dulu, bermacam-macam ubat batuk yang dibeli oleh emak ayah. Seminggu lebih jugak baik. Sama je.
Dari mana saya dapat petua nieee
Asalnya emak bercerita, kawannya yang berumur lebih 65 tahun masih sihat walafiat. Kawan dia ni suka sangat makan bawang putih bakar. Kira makanan favorite dia la. Kalau mak dia beli bawang putih. Habis dibakar dan dimakannya.
Kebetulan mak saya ada masalah pada dadanya. Mak saya pun cuba makan bawang putih bakar. Alhamdulillah, masalah dada yang mak saya alami dah banyak berkurangan dengan izinNya.
Masalah batuk kahak saya, semenjak berpuluh tahun settle….
Dan kebetulan saya juga baru nak kena batuk kahak. Saya pun cuba bawang putih bakar nie. Dua hari saya makan dua ulas bawang putih bakar pada waktu malam. Alhamdulillah batuk kahak saya sembuh.
Saya betul-betul bersyukur lah. Tak perlu lagi nak lalui batuk kahak yang menyeksakan tu. Alhamdulillah sampai sekarang saya susah kena batuk kahak lagi. Kalau datang tanda-tanda batuk kahak, saya terus bakar bawang putih dan makan.
Cara Sediakan Ubat Batuk Dgn Bawang Putih Bakar
Cara sediakan mudah sahaja. Ambil seulas bawang putih dengan kulitnya. Jangan kupas kulit taw. Cucuk dengan garfu dan bakar terus ke atas api dapur. Bakar dalam 2 minit. Selepas siap bakar baru kupas kulitnya dan basuh sedikit. Kemudian makan lah.
Cara tahu bawang putih dah cukup masak, rasanya tiada pedas-pedas dan mudah dimakan. Tapi emak saya lebih suka bakar sebiji labu besar bawang putih dengan penyepit.
Khasiat Bawang Putih Utk Awet Muda…
Selain antibodi semulajadi yang paling bagus, bawang putih juga adalah antioksidan yang terbaik. Antioksidan ini bermaksud ia membantu mencegah kerosakkan sel di dalam tubuh. Jika sel di dalam tubuh kita sihat dan kuat, kita akan kelihatan muda dan organ dalam tubuh kita lebih kuat. Seterusnya mengelak dari pelbagai jenis penyakit. Memang besar khasiat bawang putih ini.
Lepas nie, kalau masak didapur, banyakkan letak bawang putih. InshaAllah nanti akan kelihatan muda remaja macam saya. heeee… Semoga artikel nie bermanfaat.
Di alu-alukan share url artikel nie kepada rakan-rakan melalui wasap atau group. thanks.
Wan Haffiz says
Nak bakar macam mana yer..klu goreng gune kuali tanpa minyak boleh x?
Hairul Hissam says
jawapannya telah saya muatkan semula dalam artikel diatas. Selamat mencuba ya En. Haffiz… π
Ahmad Tarmizi says
terima kasih atas perkongsian.Cuma soalan saya mcm mana bayar.Terus ke api atau mcm mana.Lagi satu mcm mana nak tau sudah betul2 masak.Bagus amalan ni.Setahu saya goreng aje tanpa minyak.Elok sebiji sehari.Cuma bau kurang enak sikitlah.Ubat memang mcm 2 lah.
Hairul Hissam says
Jawapannya telah saya muatkan semula di artikel diatas. Nanti ramai pula yg tanya soalan yg sama. Jenuh nak jawab tu. π
Tima kasih en tarmizi atas info cara mengoreng sebiji2 tanpa minyak. Tentu cara tu lebih mudah kan.. tq ya.. π
ija aziz says
bakar lagi bagus kot…
tak tau la apa faedahnya, tapi goreng dalam kuali bawang tu tak kena direct pada api.. π
Hairul Hissam says
Pada pandangan saya pula kulitnya bila dibakar, khasiat kulitnya menyerap ke dalam bawang putih. Hanya pandangan saya. tq π
Norizah says
Kebetulan anak perempuan batuk berkahak, tadi baru membakar bawang putih. Anak ckp sedap jugak. Harap2 mujarab… InsyaAllah…Tq hairul..
Hairul Hissam says
Saya pun doakan anak kak norizah cepat sembuh. Aminn….. π
Hairi says
Kebetulan dh seminggu saya demam dan batuk berkahak. insyaALLAH sahur esok saya cuba guna tips ni.
Hairul Hissam says
Saya doakan en. Hairi cepat sembuh. Pada pandangan saya, lebih elok makan bawang putih ketika perut kosong. Mudah sikit perut kita nak menghadamkannya. selamat mencuba π
Zaki says
Salam’alaik Tuan…
Terima kasih atas perkongsian pasal bawang putih bakar ni.. pernah dengar sebelum ni.. tapi tak pernah cuba.. last lupa mcm tu saja.. Insya Allah akan cuba untuk anak saya yang dah byk hari batuk…
Terima kasih sekali lagi.. Wassalam
Hairul Hissam says
Wsalam en. Zaki,
Memang banyak manfaat bawang putih ini untuk kesihatan.
Semoga anak en. zaki cepat sembuh ya. tq π
beth says
emmm..satullagi kegunaan bawang putih ni selain dijadikan ubat batuk..sesiapa yang diserang gastrik bolehlah mencuba bawang putih sebagai ubat..caranya lebih kurang sama…berdasarkan pengalaman saya sendiri sewaktu remaja..petua ni diberikan oleh atuk saudara saya…
satu lagi petua mengubati atau mengurangkan batuk..petua ni baru saya dapat dan kebetulan ketika tu anak saya diserang batuk yang teruk hingga tahap sampai muntah jika batuk..caranya gunakan sedikit jus asam jawa..kira2 5ml..minum 2 kali sehari..insya-allah hari yang kedua akan ada perubahan…SELAMAT MENCUBA.
Hairul Hissam says
Tima kasih Puan beth atas info dan petua tersebut amat dihargai……
Baru saya tahu jus asam jawa boleh mengubat batuk yg teruk. tq ya π
nozie says
saya baru tahu yang bawang putih boleh dijadikan ubat untuk batuk berkahak… selalunya saya akan amalkan minum air asam jawa…
Hairul Hissam says
Semoga info ini memberi manfaat bersama cik Nozie……
tq juga atas info air asam jawa tu… π
suzaimah says
thanks for the tips…insyaallah akan dipraktikkan walaupun tak suka bawang putih sebenarnya.thanks again.
Hairul Hissam says
Kalau sakit Cik Suzaimah, mmg kena makan walau tak suka :D..
semoga info memberi manfaat bersama.. tq ya π
ija aziz says
wah… tak sangka bawang putih bakar boleh ilangkan batuk jugak…
selama ni saya amalkan bawang putih bakar cuma untuk hilangkan angin/sebu dalam perut/badan…
saya tak suka bawang putih, jadi saya cuma bakar & makan setengah ulas saja..
lepas 1minit, saya sendawa sepuas2nya, terus rasa lega 1 badan..
alhamdulillah…banyak khasiatnya ye…
Hairul Hissam says
Baru saya tahu, bawang putih boleh hilangkan agin dan sebu dalam perut.
terima kasih Cik Ija kerana sudi berkongsi. tq ya π
Azlina says
Saya pun dah seminggu lebih batuk berkahak..ni petua terbaru yg saya dapat..Insyallah saya nak cuba petang ni..mudah2an dengan izinNYA sembuh batuk saya ni..tkasih En Hairul
Hairul Hissam says
Tima Kasih kembali cik azlina
semoga petua nie dapat membantu cik azline nanti. Benar tu, hanya dengan izin Allah barulah sembuh kan.. tq ya. π
azie says
mmg betul,klau nak yg lg wangi guna bawang putih yg berkulit hitam.wangi n sedap cm yg hitam ni hrgenye mhl ckit la.
Hairul Hissam says
Tima kasih cik azie kerna sudi berkingsi info tentang bawang putih kulit hitam..
boleh cuba nie.. tentu lebih sedap kan π
saishah says
As Salam untuk menambah lagi ada juga cara lain yang dipraktikkan.
1) Ambil Satu Labu Bawang Puteh Lapkan dengan Kain(Basah).
Relaikan bawang Puteh.
Goreng atas Kuali Tanpa Minyak (atas Dapur apa jenis pun boleh)
tapi Api Peralahan sahaja.
Misti dikacau selalu hinggakulit Bawang Kuning—baru tutup Api.
Buleh di makan selalu rasanya macam kacang
Ini nasihat kawan saya dari Benua India (Untuk elak penyakit ParuParu Janting ,Diabetes
Sedap dimakan anak anak kecil pun suka.
2) Cuba campur Bawang Puteh Bakar Dengan Sambal Belacan atau Lada Berkicap—sedap dan Berselera bila makan Nasi.
Hairul Hissam says
Tima kasih cik saishah kerna sudi berkongsi teknik mengoreng bawang. Petua dari India lagi tu. Semoga ia memberi manfaat buat kita bersama. tq ya π
p/s: mesti sedap makan dengan sambal belacan….
wai says
terima kasih la atas perkongsian ilmu ni. sangat-sangat berguna. banyak info di blog ni. teruskan menulis ye enche hairul!
Hairul Hissam says
Tq cik wai. Insyaallah akan terus menulis jika ada kelapangan.. tq ya π
kamizi says
Boleh makan hari-hari ke nak selang sehari
Hairul Hissam says
Mana2 boleh π i.. tapi jgn terlampau banyak sudahlah… apa jua makanan jika berlebihan boleh membawa mudarat… π
Hanya aL says
ada pendapat yang mengatakan makan bawang putih ni nanti badan berbau …lau berpeluh … betoii ke ..
Hairul Hissam says
Dalam apa jua pemakanan, jika berlebihan pasti ada kesan sampingan..
kalo makan sebijik dua sehari bawang putih.. tiada masalah.. π
Mazlini Omar says
Encik Hairul, x berbau ke badna nnt? Setahu saya, klu makan bawg putih byk sgt, badan akan bau busuk dna hapak! Tp sy tetap suka mkn bwg putih(yg dah dimasaklh cth mcm buat sayur goreng). he…he…he….
Hairul Hissam says
sorry.. mcm mana bleh tak perasan komen nie.. :D..
jgn la makan sampai seguni he.he.he … dua tiga ulas setiap hari pun ok….
Makan time sakit je…. kalo nak hari2 pun bagus…
jue says
Lagi makan bawang putih selalu keluar angin atas dan bawah
Hairul Hissam says
Mungkin nak keluarkan gas2 yg kurang baik dari tubuh kott π
nooraini says
setahu sy bawang putih untuk merawat kanak-kanak kencing tilam(malam).Bawang putih tu dibakar juga! Wah, banyak betul khasiat bawang putih. Inilah anugerah dari ALLAH.
Hairul Hissam says
Byk betul ya cik nooraini khasiat bawang putih nie… π
Kalo diamalkan selalu tentu bagus untuk sistem imun kita..
nooraini says
Apa nak ditakutkan badan berbau asalkan penyakit boleh sembuh.Sekarang ni kan pewangi banyak dipasaran berbagai jenis jenama guna sajalah.
Hairul Hissam says
Benar tu.. makan untuk berubat je.. bukan makan hari2 π
permata hati says
yap,sya mmag bnr bnr mengakui apa yg di katakan d ats,eblum nya sya sudh mencoba p bkn lah niat nk ubati batok,
sya menghadapi tekanan drh dn mencoba petua mkn bwg bkar,yg mana tika itu sya berkebetuln batuk
berkahak.tpi yg menghairankn sya seang 2 hari sya mkn 2 labu bwg puteh sya menyadari batuk sya pun hilang,tetapi tidak menyedari ia nya di sembuhkn gara gara mkn bwg bkar ni,sehingga sya bca artikel di ats bru sya mebyadari apa yg berlaku ada lh bnr khasiat dari bwg puteh bkar.terima kasih teman kerna berkongsi petua yg mana sya tk menyedarinya
Hairul Hissam says
Yap.. mmg banyak khasiatnya bawang putih ini terutamanya mengubati batuk kahak. Saya pun bersyukur mengetahui petua ini dari emak saya. Terima kasih jua pada cik permata hati kerana sudi berkongsi pengalaman tu π
gee nana says
SALAM EN HAIRUL
BAIK JUGAK PETUA NI..MESTI CUBA CARA YG SENANG MSKKAN DLM OVEN BIAR JER SAMPAI MASAK
TERIMA KASIH YER..
Hairul Hissam says
Wsalam cik gee.. benar tu.. lebih senang bakar guna oven je… π
tapi kalo guna oven.. bawang putihnya tidak akan ranggup spt dibakar terus pada api….
namun tetap sedap dimakan… π
din says
salam, mak saya dah batuk 2 minggu lebh, dah mkn ubat mcm2 tp tak baik jgk, mcm mana yer bwg putih ok ke
Hairul Hissam says
Wsalam.. cubalah en. din.. insyaAllah mujarab dengan izinNya..
boleh bakar direct atau bakar guna oven.. semoga ibu en. din sembuh ya..
Mohd alfadil says
Saya akan cuba amalkan bawang putih sebagai ubat batuk dan berbagai jenis penyakit. Semoga mendapat khasiat daripadanya
Hairul Hissam says
Selamat mencuba dan semoga kita bersama2 sihat..
hoyahadis says
alhamdulliah..jumpe petua ni..kesian tengok anak teruna berusia 4 tahun batuk tanpa henti..mudah-mudahan berkesan..blum sempat bg tgh bakar bwg ptih beliau tidur plk..wangi bau bwg ptih bakar ni rupenye..he..he..
Hairul Hissam says
Mudah-mudahan anak Puan cepat sembuh ya… kalo anak dah tidur.. Puan makan dulu untuk kesihatan diri he.he.he π
Che su says
Tq bg petua…che su kalau batuk memang lama…kadang2 sampai dua tiga bulan br okey. Ada juga orang kata kunyah daun kaduk (daunnye macam daun sirih n rasanye pun lebih kurang sama) n telan jus n daunnye. Setakat nie ianye serasi ngan che su.
Hairul Hissam says
Tima kasih cik su atas petua tu. tentu bagus daun kaduk pada masalah batuk ini. Kalo dah serasi ngan che su.. kena tanam depan rumah tu π
rafiqkie says
baru tadi lepas sloat jummat bersembang dengan mak kawan satu taman, dia bagi tips tapi dia main ‘hint-hint’ jer..dok fikir laa..ubat apa yer?? cari punya cari jumpa…sebenarnya perubatan ini diambil daripada perubatan Ayuverda (perubatan kuno india)Jangan terkejut selepas Perang Dunia 1 Kerajaan UK pernah mewartakan setiap penanaman bawang ni..Saya pula baru jer nak try buat garlic spray antiseptik dan spray serangga
Hairul Hissam says
wah.. satu taman tu berbincang… tentu ramai yg dah tahu manfaat besar bawang putih nie kan… mcm2 kegunaannya…
perghhh siap buat spray serangga, mmg hebat tu.. tima kasih atas info tu en Rafiq π
ninie says
assalamualaikum…thanx en.hairul atas perkongsian info psl bawang putih nih…sy da cuba…terbukti mmg sedap bawang putih bakar nih…skang nih tggal tggu hasilnya je sbb baru praktis jap td…sy nih batuk dah dekat sminggu…ubat batuk sampai x larat nk telan dah…hopefully…petua tradisional nih dpt le melegakan batuk sy nih…pape pon…thanx again!
Hairul Hissam says
Wsalam.. tqvm.. satu lagi cara yg mujarab dengan izinnya ialah dengan meminum air rebusan cekur.. cubalah π
ninie says
alhamdulillah…pas 2 ari berturut2 cuba petua nih batuk sy da reda…skang nih sy dah kembali sihat…terima kasih byk2 ye kongsi petua bawang putih nih
Hairul Hissam says
Syukur alhamdulillah.. kita berusaha… Allah yg menyembuhkan…..
terima kasih kembali π
Ika says
Salam, nak tanya jugak makan seulas sehari ke mcm mana ye? Ayah saya dh lama batuk kesian tgk ubat batuk beli xberkesan.
Hairul Hissam says
wslm… boleh seulas atau dua ulas pagi dan malam… bakar dulu spt diberitahu dalam artikel..
manja says
salam… saya pun nk cuba juga la sbb dah 3 hari batuk je.. sakit tekak & pening dah kepala ni.. kalau tdo mlm blh sampai terduduk la kalau batuk.. dah campur plak dgn demam sikit dah ni…
Hairul Hissam says
wsalam.. semoga cepat sembuh ya cik manja..
cubalah petua ini.. insyaAllah baik hanya dengan izinNya π
am says
boleh hilangkan gaout ke
Hairul Hissam says
saya tak pasti plak cik ain.. tapi bawang putih ini mmg bagus utk kesihatan.. π
yas says
ada org kata, klau kuat makan bawang putih ni ketiak dai kuat berbau…betul ke bro? Aku ni mmg minat gak ngan bawang putih…tp setakat ni belum cuba lagi la petua yg bro bagi ni…insyaallah bole cuba satu hari nanti…:)
Hairul Hissam says
Saya pun kurang pasti pasal badan berbau tu. :D. Tapi kalo makan dua ulas je sehari, tak kan dikira banyak kot. wallahualam π
aus says
salam..menarik artikel ni..sy pn tengeh cuba petua ni gak..baik untuk rambut gugur katanya..sy ambil dalam 2-3 ulas dua kali makan..mmg sedap..mcm mkn kacang..sedap tu..
Hairul Hissam says
Betul tu.. kalau makan bakar.. lebih sedap..
bagus diamalkan selalu en aus π
Auni says
kalau bawang bakar tu bagi yang sakit paru-paru berair boleh ke? Sebab terlalu lama batuk jadi paru-paru berair
Hairul Hissam says
Tidak salah untuk mencubanya.. semoga cepat sembuh ya cik Auni… π
Liena roskelana says
saya ade satu lg petua utk hilangkan batuk berkahak atau batuk yg lama..cara dia mudah je..ambil madu sesudu besar di cmpur dengan air suam secawan dan perahlah limau nipis sikit..selawat 3x dan minum..insyaallah kalau batuk kuat akan rede serta merta, dan yag berkahak akan berkurangan..
Hairul Hissam says
Tq cik liena atas petua.. mmg byk khasiat madu nie… π
dulu masa saya kat universiti, ada org kata perahan limau nipis campur kicap boleh mengurangkan batuk…
Liena roskelana says
betol2..mmg sama fungsi dia..kicap dgn madu..tp lg cepat limau nipis en hairul..
Hairul Hissam says
Oh begitu Cik Liena.. tqvm kerna sudi share ilmu dan petua disini.. π
halim says
Adoii..memang tgh batuk ni…mula batuk..sekarang ni.dah demam pulak…tekak semakin sakit..waktu malam je batuk..jenuh nk menahan sampai pagi…siang batuk tidak ketara sangat….aduooii..ganggu prestasi kerja betul..tapi tak pe saya akan cuba petua hairul…Allah yang maha penyembuh…Amin..
Hairul Hissam says
Benar tu.. kita hanya berusaha. Allahlah yang menyembuhkannya. kalo batuk kahak, elok cuba petua diatas. Manakala batuk kering pula elok minum air rebusan cekur. semoga cepat sembuh ya.. π
halim says
Tidak dinafikan bawang putih punyai banyak khasiatnya..saya dah cuba..baru satu malam dah beransur sembuh…Alhamdulilah..
Hairul Hissam says
Syukurlah En halim dah sembuh.. Setiap penyakit yg Allah s.w.t turunkan, pasti diturunkan penyembuhnya.. yg penting kita kena berusaha kan… π
san says
Salam.says nak tnya kalau petua ni diberikan pada anak kecil boleh tak
Hairul Hissam says
wsalam, saya tak pasti pula puan samada sesuai atau tidak utk bayi.
tapi akak saya berikan pada anaknya yg sekolah rendah.. mujarab
adia says
Alhamdulillah..akhirnya jumpa petua tradisional yg mudah. Sy mesti cuba ni sy dah lbh sebln batuk..smg ada jodoh sy nga bwng putih bakar ni. Tq en hairul..doakan sy sembuh ye..Amiiin
Hairul Hissam says
InsyaAllah, saya doakan cik adia sembuh. Amalkan setiap hari mcm makan ubat.. insyaAllah berkesan dgn izinNya.
ismail says
kalau kt budak bawah 2thn boleh amal tak petua ni. sebab saya ada amal pada budak guna bawang putih bakar tp lepas bakar penyek dalam sedikit minyak masak. minyak tu nnti buat sapu kt dada dan belakang baby tu td. tapi kalau budak tu dah 2thn dan boleh makan lebih baik bagi dia makan terus kan?
Hairul Hissam says
Saya tak pasti pula en Ismail. Terima kasih atas tips tersebut.. Lebih selamat utk sapu spt kata en. ismail utk baby bawah 2 tahun..
nurul atira says
bawang ni petua untuk batuk kering ke batuk kahak???
sebab mak mertua saya batuk kering..
Hairul Hissam says
Yap, utk batuk kahak.. tapi tak salah cuba untuk batuk kering. semoga mak mertua puan cepat sembuh π
aida says
akan cuba
Hairul Hissam says
Selamat mencuba… π
intan nurbella says
Salam . Saat ini sy sedang cuba beri anak sy makan bawang putih bakar dlm 3ulas . (14/02/2013) .
Sangat sukar apatah lagi anak sy mmg kurang minat dgn bawang segala bawang ni . Tp, dpandang balik pada sakit batuk yg xpernah sembuh ni sy paksa juga. Smpai mengalir2 air mata anak . Tpaksa menelan juga benda yg paling dia x minat ni . Anak sy dh mengalami batuk selama sebulan . Amat2 menguji sy yg lagi sedang sibuk bkerja tpaksa bkejar ke sekolah anak , pihak sekolah call anak muntah2 dek kerana batuknya . Pelajaran & psekolahan tganggu . Minta2 la khasiat bawang putih bakar ni dpt myelesaikn masalah sy yg tlah sekian lama ni.
Hairul Hissam says
wsalam.. kalau bakar sehingga ranggup, mmg sedap dimakan. Sebab anak akak saya suka pulak makan bawang putih bakar. Saya doakan anak cik intan sembuh ya. Apa2 pun kita berusaha, Allah jualah yang menyembuhkan.. π
intan nurbella says
Btul tu . Mudah2an khasiat bawang putih bakar ni penamat bagi sakit batuk yg anak sy alami akrg . X tahan tgk dia nangis bila batuk . Seakan2 dia dh xlarat nk btahan . Batuk sgt2 myiksakn bagi kita yg dh dewasa ni .apatah lagi anak sy yg baru nak masuk sekolah tadika. Kesian tgk dia . Badan pun dh kering. Asal makan muntah balik. Dia pun dh semacam fobia dgn makanan . Asal batuk je rasa mcm makanan tu pun ikut tkeluar dr dlm perut dia.. Ya allah . MUDAH2AN ya Allah .
Hairul Hissam says
Kesian saya dengar… Saya pernah tonton tv perubatan islam, katanya kalau batuk berpanjangan salah satu tanda ganguan makhluk halus… Allahualam… π
intan nurbella says
Ya allah. Jgn la smpai benda tu blaku. Minta jauhi bala. Sy ikhtiar kemana2 .. Dh nama pun anak. Sape la xsyg anak .. Minta2 sembuh la dr penyakit ni. Xsanggup lagi dh xbtido smpai ke pagi .. Teman anak muntah tgh malam.. Ayahnya puas mbeli ubat batuk smpai ke china . Dek mcari ubat herba smpai ke seberang sana. Bbotol2 ubat dh habis dtelan. Kesian .. Kalau betul la sprti yg en. Katakn td, gngguan makhluk . Tpaksa la pula sy mcari yg bijak pndai dlm hal2 begini . Xsenang mencari mereka yg arif dlm bidang ni . Sekarang dunia dh maju .. Aduhai ..
Hairul Hissam says
Just nak kongsi satu cara menyembuhkan penyakit yg sukar diubati..
baca surah alfatihah banyak kali pada air masak dan berikan minum pada anak tersebut… Ia diamalkan oleh para sahabat nabi dan banyak ulamak dan terbukti menyembuhkan penyakit yg sukar diubati..
Racthman says
Wow…memang saya cari tips ini…sbb saya
memang batuk berkahak samapai semput dibuat nya..
Saya akan praktikan malam ni juga..
Hairul Hissam says
Saya doakan en Racthman cepat sembuh.. Kita berusaha, Allah s.w.t. jua lah yg menyembuhkan.. π
Wan Ainin says
TQ Saya dah masuk tiga minggu batuk berkahak. Macam-macam ubat dah saya cuba. In Sha Allah saya akan cuba cara suadara ni…
Hairul Hissam says
Cubalah.. saya doakan en amin cepat sembuh.. kita berusaha.. Allah jualah yg menyembuhkan.. π
Azhar says
Waaahhh ni petua baru ni saya nk cuba. Saya dh hmpir 3 minggu batuk jenis gatal2 asyik nk batuk je..kahak pn jenis yg putih jernih(kata org kahak jenis ni mmg batuk akan jadi lama). Tp apa2 pn saya mesti cuba mlm ni gak..moga2 sembuh la batuk saya di bulan ramadan yg mulia ni.
Hairul Hissam says
Elok sgt tu dicuba en azhar. Mana tahu sembuh dgn izin Nya. So far saya gunakan petua nie mujarab dengan izin Nya. Saya doakan batuk kahak en azhar cepat sembuh… π
Pn June says
Salam… Sy 3 beranak dah seminggu batuk berkahak dan da 3kali pegi klinik. Td baru kejap membakar bawang kami makan 2 biji seorg.. Anak sy yg 12thn mula-mulanya tak mahu bila tengok adik dia yg berumur 7tahun mengunyah dgn bersahaja je terus dia makan.. Rasanya tak lah seteruk mana.. Ok lah ranggup dan biasa-biasa saja. Mudah-mudahan penjadi penawar buat kami sekeluarga. Tkasih ye kerana berkongsi petua.
Hairul Hissam says
Saya doakan keluarga puan june sembuh ya. amin… kalau bakar mmg rasanya boleh dimakan dan sedap juga… π
SUE says
Salam Kenal Admin.Yap betul bawang putih memang elok sb dia antibiotik semulajadi. kalu bayi sakit pun leh guna, bakar bawang & letak minyak pastu sapu pd dada, kaki, belakang badan & ubun-ubun. Insyaallah elok kena amalkan selalu. So kalau yg dewasa tak larat nak bakar bawang hari-hari jom cuba supplement sy iaitu Garlic Shaklee. Garlic memang melawan virus ketika sakit. kalau ada masalah resdung, kurap memang elok guna garlic ni. Jom singgah blog saya ye..(Supplement tambahan No 1 dunia)
Hairul Hissam says
Mmg pandai puan Sue promotekan produk shakle.. apa2 pun terima kasih kerana sudi berkongsi petua guna bawang putih utk bayi.. Ramai yg bertanya ttg nie di blog ini..
pn safar says
Sy dh dkt 2minggu batok..baru kejap ni mencuba petua ni…ternyata berkesan…batok pon dah kurang sikit..kalo x penat dibuatnya.esok nk bakar lg..rasa dia mcm pedas2 ye..ataupon bakar kurang lama sbb tu rasa pedas2..petua yg mujarab..tq
Hairul Hissam says
Kalau ada rasa pedas2 tu, maknanya belum cukup masak… kena lama sikit lagi… nanti rasanya ok dan rangup sikit. Semoga cepat sembuh dgn izinNya. π
herman abbas says
Assalamualaikum..info yang berguna.saya dah 1 tahun lebih batuk berkahak dah pergi hospital banyak kali tapi sampai sekarang mash tak sembuh,tak sangka bawang puti banyak khasiatnya mampu menyembuhkn batuk.Insyallah saya akan cuba petua ni.Terima kasih atas perkongsian petua yang berguna ni.
Hairul Hissam says
Semoga batuk en herman cepat sembuh dgn izinNya. amin..
hanis says
salam ..bawang tu bila kita bakar kulit dia jadi hitam kan…so x pe ke saya makan sekali hitam2 kulit bawang tu?
Hairul Hissam says
wsalam, kulit kena buang dan bersihkan dulu sebelum makan.. π
Nana says
terima kasih info menarik..
Hairul Hissam says
terima kasih kembali π
sarimah says
Sedap…dah ketagih…hari2 bakar 1 labu…bdn dah x berangin…drah tinggi pun dah x Ada…
Hairul Hissam says
Baguslah… semoaga puan terus sihat. InsyaAllah. π
salmahyaacob says
Sungguh berkesan bawang putih bakar.suami batuk berkahak dn semput mcm asma .dh buat nebulizer berkali2 x ok juga.sy terbaca artikel encik sy pun buat bg si suami makan 3 ulas .dgn izin Allah lega batuk nya. Alhamdulilah. La ni sudah tertidur pun.tq encik dgn petua ini.
Hairul Hissam says
Syukur alhamdulillah. Baguslah suami puan bertambah baik dgn izinNya. Semoga kesihatan keluarga puan bertambah baik dengan bawang putih π
norfarah says
As salam nk tnye budak usianya 1thun lbih bleh bt x???
Dh dkt 2mggu batuk dgn kahak nye
Hairul Hissam says
Saya mmg tak pasti, tapi ada seorg pembaca blog bagi komen ttg cara guna bawang putih utk bayi… cuba try cari komennya di dibawah artikel.. π
mata hati says
As salam En. Hairul,
Ade kesan sampingan tak kalau pregnant?
Hairul Hissam says
wsalam. saya tak pasti pula.. tapi bawang putih mmg ada dalam apa jua masakan melayu, cina dan india.. π
mayang sari says
saya dh cuba…sangat mujarab..terima kasih en hairul
Hairul Hissam says
Baguslah…. semoga tak kena batuk lagi.. π
onlajer says
hoho baru berkesempatan nak baca ni bro, haha lain kali nak kena cuba pakai bawang putih pulak lah jika batuk
Hairul Hissam says
InsyaAllah mujarab bro.. Byk testimonial yg berjaya disini.. dah boleh jual niee petua nie.. haaaa
Nur Azmanie says
Bwg putih mmg bgus tuk ksehatan..bg bdn kuat..sbnrnya byk cara drmh kta leh chat..brubt dgn tmbuh2han lbh bek dr produk2 dpsrn,,murah lg n insyaallah mujarab..tq
Nur Azmanie says
Alhmdllah,jumpa dah ubt btuk utk mak sy..xthn sy dgr mak sy btuk2 smpai kuar air matanya,sy pla yg rasa sakit..cian..
Hairul Hissam says
Semoga emakcik azmanie cepat sembuh… π
Hairul Hissam says
Benar kata cik azmanie π
riza says
Assalam Hairul,
K.Riza dah 1 mggu batuk…dah tak larat batuk ni…makan ubat strepsil tak lut…jumpa petua Hairul, InsyaAllah nak cuba…
Hairul Hissam says
Saya doakan kak riza cepat sembuh. Elok sangat cuba petua nie.. ramai yg dah berjaya dengan izinNya…
Kalau boleh dalam masakan, lebihkan bawang putih utk kesihatan keluarga π
riza says
Betul kata Hairul, orang Melayu kita kurang guna bwg putih dlm masakan..khasiatnya byk..
Td k.Riza jumpa Dr..dia kata bwg pth ni antioksidan..mcm Hai rul. s ebut dlm. artikel. Elok utk me nguatkn sel melawan penyakit.
Hairul Hissam says
Mmg benar tu kak riza…. saya pun suka lebihkan bawang putih dalam masakkan. Mmg lebih menyihatkan π
faezah says
Saya suka bawang putih EXTRA dalam masakan. Hopefully bila batuk nanti jangan sebakul bawang putih pulak ku telan! Hehe..thanks tuan punye blog atas sharing ini..
Hairul Hissam says
Boleh juga tu.. Blend satu bakul bawang putih buat air jus bawang putih… heee
Atikah halim says
Saya dah seminggu lebih batuk berkahak, sampai sakit kepala di buat ya. Memang Susah betul nak keluar kan kahak atau hingus, sampai kena p singki tiap setengah jam kena p singki nak keluarkan kahak atau hingus, seksa rasanya. Baca Petua Hairul terus saya buat bawang Putih bakar, saya telan terus. Lepas sejam saya terbatuk keluar hingus setompok besar. Lega rasanya hiding sekarang. Terima kasih Hairul atas Petua Berguna ni.
Hairul Hissam says
Alhamudillah batuk cik Atikah dah berkurang. Amalkan selalu, insyaAllah baik utk kesihatan dengan izinNya… π
Khairul says
Dah cuba petua ni…..Alhamdulillah mcm makin kurang tp belum sembuh sepenuhnya….sy ni pula jenis kalau batuk sampai 2 bulan baru kebah. Tq atas petua ini
Hairul Hissam says
Semoga cepat sembuh en Khairul. Elok tambahkan banyak bawang putih dalam masakan. InsyaAllah keluarga kita akan lebih sihat nanti π
Badariah Salleh says
Barapa banyak. Klu 1 ulas cukup ke?
Hairul Hissam says
Boleh, cari yg size besar.. Nak makan lebih pun tak pe.. π
mariani says
dah bertahun menangung batuk berkahak coz ade asma….naik segan ngan kwn kerja..asyik2 nak meludah n buang kahak…sy nak cuba makan bawang putih…setelah baca artikel tuan…
Hairul Hissam says
Mmg elok amalkan makan bawang putih nie utk kesihatan lebih baik dimasa hadapan..
nana says
Alhamdulillah..saya & anak sulung yg berumur 4 yo..baru cba mkn bwg putih bkr td..batuk sy hilang trus ..syukur ya Allah ..aΓ±k pun kurang batuk …in shaa Allah cba lg esk.
Terima ksh ats pkongsian ilmu.
Hairul Hissam says
Elok gunakan lebih byk bawang putih dalam masakan.. insyaAllah keluarga akan lebih sihat dan kurang kena batuk lagi nanti.. π
Akbar Abdullah says
Bawang putih memang banyak khasiatnya. Ianya adalah antara herba yang terawal digunakan oleh manusia untuk merawat pelbagai jenis penyakit.
Hairul Hissam says
Mmg benar kata en. akbar dan terima kasih atas info tu π
pn liez says
Salam..sy dh batuk kahak hmpir 2 bln bla mula je batuk susah nk berhenti ubat dh berbotol2 dari farmasi last ke Doktor tp baru tadi sy baca artikel ni sy terus ke dapur bkr bwg putih 2 ulas..lps 1/2 jm terus reda dari batuk yg tk berhenti2..Alhmdulillah..sbenarnya sblm ni suami dh sarankn tp tk yakin sgt tp bla sy bacanya sndri baru sy faham & yakin..tq ats perkongsian yg bermakna..
Hairul Hissam says
Syukur alhamdulillah masalah batuk pn liez dah sembuh. semoga dapat diamalkan makan bawang putih utk kesihatan yg lebih baik… π
nadia says
Sy br try bwg putih bakar dua ulas td.. Harap2 ada perubahan.. Dh 3 hr batuk brkahak hijau.. Smpai dktr ambil smple kahak tuk cek tibi.. Harap2 result nanti bukan tibi..sdh la tgh pregnant 4 bln..
Hairul Hissam says
Semoga cepat sembuh dan badan bertambah sihat… π
tulip says
Jika,saya rasa nak batuk2 saya,buat teh bersama bawang putih. Batuk berhenti trus. Jika tak larat dgn teh dgn air panas saja pon boleh. Rasa pedas bawang putih akan beralih ke air. Minum la ketika air sudah suam. InnsyaAllah
Hairul Hissam says
Terima diatas tips tambahan tersebut… tentu lebih menyelerakan minum tehbawang putih… π
mak cik azie says
mak cik pun nk cuba lh..m.cik ada asma ngastrik dh lama..puas berubat..ni batuk x ada tapi kahak hingga semput nbelikat n bdn dh skt2 hari2..harap2 allah perkenan kn lh cara hairul ni ya..ada x cara nk hubung hairul
Hairul Hissam says
Saya doakan penyakit makcik azie cepat sembuh dengan izinNya. elok makan setiap hari sebelum tidur secara konsisten utk melihat hasilnya. Oh tak perlulah call saya sbb saya bukan doktor.. π
mak cik azie says
t.q hairul..ni skg m.cik mkn 2 pagi n 2 mlm o.k kn…hari ini naik nk semput nk kkeluarkn kahak..apa2 pun m.cik cuba juga..
Hairul Hissam says
saya doakan makcik cepat sembuh. yg penting istiqamah.. π
masfiyya says
As salam..klo bg bby mkn blh x?sbb bby sy btok smggu da..umo dy 10bln..agk2 bby blh mkn x bwg pth nie?
Hairul Hissam says
saya pun tak pasti, elok tanya ngan doktor…
solehuddin says
cbe pergi farmasi tye mnyak bawag putih.garlic.lg seng nak bg kat baby.n taye dktor fmasi tuk bg kat baby.
Hairul Hissam says
Terima kasih diatas tips tersebut en solehuddin.. semoga membantu babby yang kena batuk…
solehuddin says
saya pon dah lama mgmalkan bwg putih..tapi x bakar..wlaupun rsenye truk sngup makan tuk hilangkan asma.alhamdulillah.slagi x baik.satu labu sye kunyah.mmg bkasiat. .=)
Hairul Hissam says
Kalau dapat makan fresh lagi bagus mcm en solehuddin… Cuma kena biasakan shj kan.. tqvm..
Siti Rozita says
Alhamdulillah . petua yang menarik. sebelum ni saya amalkan madu, lemon dan juga makan vitamin garlic. lepas ni boleh cuba bawang putih bakar.
Hairul Hissam says
selain merawat batuk, bawang putih bakar pun boleh meningkatkan daya tahan penyakit tubuh…
zull says
Bleh tnye,,kt sni sape yg bekahak tp tk batuk..sye dh lma bkahak tp tk batuk,,dh 2thun ,,sye pon tk thu knape,,biasa klau org mrokok mcm biasa jew,,tp sya mroko atau tk pon sma je khak nk kluar,,,,bleh bantu tk apa tips2 untuk hlangkan kahak tmpa batuk ni,,huhu
Hairul Hissam says
Semoga ada yg sudi membantu en zull..
rahman says
Salam….saya pun sudah lebih 4-7 tahun batuk berkahak….mcm-mcm ubat dah makan……sembuh kejap,tak lama tu kene balik…skrg ni baru nak cuba bawang putih bakar ni…..harap-harap boleh pulih….insyallah
Terima Kasih
Hairul Hissam says
Semoga cepat sembuh dari batuk dgn izin Allah.. π
nirwana says
Sy berbatuk dari kecil sampai la skrg dah kawin..sembuh kejap je..tp bbatuk lamaa sgt nak sembuh..sy nak tanya kalau anak menyusu badan boleh x makan bawang putih bakar??
Hairul Hissam says
Saya tak pasti pula puan.. elok check dgn doktor terlebih dahulu.. tqvm..
Aisyah Aisy says
assalamualaikum…dh hmpir 2 minggu sy mengalami batuk kahak ni……tak tahu lah pulak bawang putih bakar boleh redakan batuk kahak ni..sy nk cuba lah petang nnti…..sbb skrg sy msih berpuasa….hrp2 cepat sembuh lah….dgn bawang putih bakar…untuk hilangkn batuk kahak sy ni…insyaallah…
Hairul Hissam says
Saya doakan batuk kahak Cik aisyah cepat sembuh. Kita berusaha, Allah s.w.t. jua yg menyembuhkan.. tqvm..
suhailey says
macam tak sanggup nak makan bawang putih gitu jek..potong kecik kecik pastu telan aci tak?
Hairul Hissam says
kena bakar dulu spt yg diberitahu dlm artikel.. elok baca artikel hingga habis..
MIIDI says
Selain dari menyembuhkan batuk berkahak adakah bawang putih ini boleh membantu mengurangkan tekanan darah tinggi?
Hairul Hissam says
Saya pun tak pasti. Tapi bagus di amalkan pengambilan bawang putih dlm masakan..
rika says
memang bawang putih adalah antibiotik semulajadi baik untuk kesihatan.
Hairul Hissam says
tepat sekali. Itulah yg membantu merawat batuk kahak.. tqvm..
Azeni Ahmad says
Saya sellau amalkan ini. Bakar bawang putih lenyeh dengan minyak masak ataupun minyak zaitun.
Memang berkesan untuk batuk dan selesema.
Hairul Hissam says
Terima kasih di atas tips lenyeh dengan minyak masak zaintun.. tentu lebih berkesan menghilangkan batuk..tqvm..
Nazrul says
Assalamualaikum.
Terima kasih dengan perkongsian ilmu. Semoga saudara beroleh keberkatan dari Allah. Dengan izin Allah agar isteri saya sembuh dengan perkongsian ini.
InsyaAllah.
Hairul Hissam says
Wslm, saya doakan isteri en nazrul cepat sembuh dari batuk
Ummi MRA says
Saya pernah cuba untuk anak yang batuk dan selesema. Alhamdulillah berhasil..
Hairul Hissam says
Alhamdulillah, baguslah..
Nur Syairah says
Tumpang lalu..nk try la jgk..btuk ni smpai muntah..x blh nk tdo da..t’seksa…t.ksih..sy akn cuba…lps ni blh la wat bbq ajk kwn2…bkr bwg putih je..
Hairul Hissam says
Selamat mencuba dan semoga batuk cik nursyairah sembuh yee..
hazlina binti haji buddin says
Sya pn nak cuba la utk mak sya..mak sya da b’tahun2 da batuk b’kahak…smpi skrg x jmpa lg petua’y..insyallah kalau da cuba ubat bawang putih nie…harap2 ok la uda batuk kahak’y nie…
Hairul Hissam says
Saya doakan emak hazlina cepat sembuh.. Kalau dah lama kena batuk, elok makan setiap hari bawang putih tu..
azlinah says
Kalo bakar atas dapur masak x pe ke?. Takut x mujarab… Anak batuk daa sminggu lbh. Kesian pl smpai muntahβ¦
Hairul Hissam says
SAya bakar guna oven pun ok.. lagi senang…
lepas nie dalam masakan kena byk kan bawang putih.. insyaAllah keluarga lebih sihat…
Caa says
Orng mengandung pon boleh ke makan.?
Hairul Hissam says
Saya tak pasti pula.. tapi dalam masakan sememangnya ada bawang putih.. so lebihkan bawang putih dalam masakan..
Caa says
Ooo okey thank you
Has says
Saya tgh alami batuk teruk ni…sampai keluar air kencing bila batuk…jap td saya baru try makan bawang putih bakar tu..tapi saya campur dalam air putih n minum la…harapΒ² cepat la sembuh…ni dah masuk hari ketiga kena batuk…?
Hairul Hissam says
Saya doakan puan cepat sembuh.. amin..
akubiomed says
Terima kasih kongsi petua meredakan batuk dengan cara tradisional. Kebetulan ada ahli keluarga ada yang mula batuk-batuk. Boleh dicuba.
Hairul Hissam says
Semoga ahli keluarga bro cepat sembuh dari batouk.. baru sempat tgk komen blog nie. heee
anies says
bawang putih ni mmg byk khasiat… cuma tu laa org skrg lbh bergantung pd ubat yg dah tersedia di kedai banding ubat buat sendiri π
Hairul Hissam says
saya pun lebih prefer ubat semulajadi berbanding yg diproses atau dijual dikedai. Kerana lebih selamat…
akubiomed says
Cara kami bakar bawang putih dan kemudian gaul sedikit dengan minyak masak sebelum sapu pada badan.
Hairul Hissam says
tq atas info tu utk sapu badan. boleh try tu. Mana tahu boleh ubati luka2 badan..
Beth says
Sya mengalami batuk kahak yg berpnjangan dan mau cuba petua ini.bawang putih ini blh d ambil pada waktu mlm.saja ka atau waktu pagi pun bleh.?dan malam begitu boleh jga ka?
Hairul Hissam says
tiada masakah untuk makan pagi dan malam. Lagi selalu makan lagi sihat badan. Semoga batuk puan cepat sembuh..