Tips Menjaga Kebersihan Untuk Lelaki Kacak. Jgn Pengotor sgt.



.
InsyaAllah mulai 4 Feb 2013, blog ini akan di update dengan lebih kerap. Itupun atas bantuan dari pembaca blog ini. Kalau nak harapkan artikel hairul seorang, memang jenuh la menunggu. Al maklum lah busy body nya memanjang :P . Artikel yang kerap diupadate ialah dari kategori resepi, kategori petua dan kategori ulasan akhbar. Tentu meriah dengan artikel kiriman pembaca nanti.

Kembali kepada tajuk artikel ini “Tips menjaga kebersihan”. Kebetulan, kawan saya bercerita “Semalam abang hantar mesin basuh ke rumah budak-budak bujang. Pengotor betul la rumahnya. Macam mana diaorang boleh duduk kat rumah macam tu”. Sambil geleng kepala, abang tu sambung lagi “Kerja grafik designer, kereta memang ada class dan bersih.. tapi rumah kotor”

Memang ada dikalangan lelaki yang kurang menjaga kebersihan tempat tinggal. Lagi-lagi yang bujang dan tinggal bersama rakan-rakan. Masing-masing asyik mengharapkan kawan yang lain bersihkan. Last-last terbiar je kotorannya. Oleh itu tergerak hati saya untuk berkongsi tips menjaga kebersihan rumah.
.

Tips Menjaga Kebersihan

Dibawah ini tips menjaga kebersihan khas untuk lelaki kacak. Tak kacaklah kalau rumah kotor kan.

Tips 1. Aktifkan penglihatan anda. Orang lelaki nie sebenarnya kurang melihat dan memerhatikan dengan teliti. Mungkin sebab asyik memikirkan masalah negara aje. So mulakan dengan melihat dan memerhati dengan teliti di sekeliling anda. Lihat jika ada yang tidak kena.

Tips 2. Jadikan kotoran tu sesuatu yang menyakitkan hati. Cuba kalau anda ternampak tahi burung jatuh pada kereta anda. Tentu anda rasa geram dan sakit hati dibuatnya. So kena bina perasaan tersebut pada kebersihan rumah. Bila ternampak kotoran kat lantai rumah, cuba rasa sakit hati melihatnya.
.

geram

Tips 3. Perlu ada kesedaran tentang penyakit dan kesihatan. Teringat pula seorang Sous Chef kat hotel dulu. Boleh pulak dia kata “Buat apa la nak bersihkan, esok kotor balik” Betul jugak katanya. Chef-chef lain semua pembersih giler kecuali chef ini. Sebab itu perlu ada kesedaran tentang penyakit dan kesihatan. Jika tidak dibersihkan segera, tentu lebih banyak bakteria membiak. Seterusnya mendatangkan pelbagai penyakit. Lagi cepat dibersihkan, lagi sihat keluarga kita.

Tips 4. Jangan bertangguh. Kalau asyik bertangguh, sampai bila pun tak dibersihkan. Kalau boleh, ternampak sahaja.. rasa dalam diri – sakitnya hati aku…. dan terus bersihkan.

Tips 5. Jadikan ia rutin harian. Kena biasakan diri. Orang lelaki memang kurang biasa dengan kerja-kerja membersih rumah ini. Sebab kebiasaannya emak atau adik perempuan yang buat kerja-kerja membersihkan rumah. So kenalah biasakan dan latih diri.

Semoga tips menjaga kebersihan ini membantu anda semua termasuk diri saya. Saya pun bukanlah jenis yang pembersih sangat. Tapi bila dah duduk rumah sendiri, kenalah jaga kerbersihan rumah untuk kesihatan diri sendiri juga. Semoga bermanfaat.

Psst: Kalau ada kawan2 anda yang kurang menjaga kebersihan rumah, elok share artikel ini kepada mereka. Tentu mereka suka. Boleh share melalui button-button yang disediakan dibawah.



Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan


Anda dialu-alukan :D
1. Jika anda suka artikel ini, boleh klik button LIKE. Barulah saya tahu anda sukakannya :D
2. Anda dialu-alukan berkongsi artikel ini dengan button disediakan atau share url link artikelnya.
3. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
4. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.


Artikel Menarik Berkaitan:


Artikel Pilihan Blog Hairul.com:









Posted on 18 Jan 2013 - Visited 3106 times, 1 so far today    42 Comments » Hak Cipta Terpelihara @ HAIRUL.COM

Ada 2 ruangan komen iaitu Komen FB dan Komen Biasa.



Komen Menerusi Facebook (Baru Dibuka June 2012)

Ruangan Komen & Pertanyaan Biasa:

 

42 Responses to "Tips Menjaga Kebersihan Untuk Lelaki Kacak. Jgn Pengotor sgt."

  1. donnyien says:

    menarik perkongsian bro dalam artikel di atas..

    kebersihan diri bukan sahaja di lihat pada fizikal seseorang malah kelakuan dan pertuturan seharian kita. Terima kasih di atas peringatan ini.

  2. TehR says:

    letih untuk membersih dan mengemas rumah bila anak ramai
    lebih2 lagi kalau suami isteri bekerja

    jadi, tips ni memang sangat bermakna

  3. fiezaradzi says:

    ada lelaki jenis macam tu.. ahhaha.. syukur encik suami tak macam tu. time berpantang dgn sakit hari tu, balik rumah, sejuk je mata, bersih je.. tima kasih..

    hairul konfem tak macam ni kan.. lau tak, susah duduk sorang kat rumah tu..kan…

  4. Info menarik, khas untuk orang2 bujang yang malas nak bersihkan rumah. Biasolahkan orang bujang kat luar nampak bergaya, kat rumah loya . huhuhu

  5. UmmiKami says:

    Salam titipan..

    Kebersihan diri sama pentingnya dengan kebersihan rohani…dalam dan luar, tapi kalau asyik wangi ja badan tu, tentu ada sebabnya..hehe

  6. nazray says:

    hm, betul juga entry ni, perkara yang saya selalu buat adalah bertangguh. hehe. nak kene ade isteri baru boleh kot. :D

  7. akubiomed says:

    Kalau rumah besar duduk seorang letih hendak bersih. Elok ada suri rumah untuk membantu.:-)

    • Hairul Hissam says:

      Kalau rumah besar mmg teruk sikit lah kalau tiada pembantu spt kata bro… Nak pulak yg ada laman besar. Dalam dan luar rumah nak kena jaga.

  8. sohoque says:

    tq for sharing bro.

    memang betul. Islam pon amat menitik beratkan kebersihan.

    • Hairul Hissam says:

      tq kembali bro. Spt berwuduk, 5 kali sehari membersihkan diri. Begitu Islam menitik beratkan kebersihan spt kata bro shoque.

  9. Aretikz says:

    Tak dapat dinafikan.. lelaki bujang memang susah nak jaga kebersihan.. ada yg jaga.. tp kawan buat dek jer.. hehe..

  10. Sharafie says:

    untuk lelaki kacak sahajakah?? lelaki tak kacak macam aku tak perlu la..hehehehe..tips yang menarik..nampak member tengah mop lantai, buang abu rokok atas lantai…perghhhh…best gile tengok reaksi member tu..hahaha

    • Hairul Hissam says:

      Semua lelaki ciptaan Allah, kacak2 belaka bro.
      Kalau saya jadi member tu, saya mop sekali muka bro. he.he.he.. :D

  11. titan says:

    aku selalu wat kerja bertangguh dan bila kena, memang tak best. badan penat. otak sembab semacam.

  12. Pembersih – bagus

    Ada kes lagi teruk – over pembersih – rimasss…

  13. yas says:

    Teringat zaman bujang dulu….pernah aku sesah kaki kawan dgn penyapu lidi sbb dgn selamba je dia pijak sampah2 yg aku tgh sapu…..:)

  14. Hafizul says:

    Paling tak suka keadaan yang tak kemas…hehe

  15. riza says:

    Pada pandangan kak riza, ‘lelaki kacak’ ni kena diajar menjadi pembersih dan pengemas dari kecik lagi. Sebab tu mak-mak kena ‘mengaktifkan’ anak-anak ‘lelaki kacak’ ni dari rumah, kat sekolah pula cikgu-cikgu kena ‘gerakkan’ pelajar-pelajar ‘lelaki kacak’ ni di sekolah. Kerja bersihkan kelas, tak kira lelaki atau perempuan. Pemikiran orang perempuan je kena menyapu, kena diubah…Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W buat kerja rumah sendiri, seorang manusia terpilih dan paling mulia di sisi Allah S.W.T…!?

    • Hairul Hissam says:

      Saya setuju sgt ngan akak riza. Org tua kata.. melentur buluh biar dari rebungnya. sekiranya dari kecil dah dididik membersih dan mengemas rumah.. tentu lebih mudah bila dewasa. Yg penting anak dididik dgn ilmu dan kesedaran bukan sekadar arahan. ..:D

  16. Mekar says:

    Kebanyakkan lelaki mmng tak ambik berat pasal kebersihan ni. (tapi kalau kebersihan kereta diaorg rajin pula). Mungkin dah tertanam sejak kecil, kebersihan rumah biasa akan dibuat oleh ibu atau anak perempuan mmbuatkan mereka tak ambik kisah.
    Sya pun insyaAllah ada anak lelaki nanti akan sya didik anak tu supaya alert tetang kebersihan :-)

    • Hairul Hissam says:

      Bagus tu cik mekar, didik anak2 lelaki dari kecil tentang menjaga kebersihan…. Dapat juga membantu ibu bapa dirumah.. :D

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.