Tips mendidik anak. Cara mengurangkan marah pada anak kecil

Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan Kongsi artikel ini di FB

marah anak

Memang tidak mudah mendidik anak-anak. Tambahan pula, sikap anak kecil yang susah mendengar kata, menyebabkan ibu-bapa hilang kesabaran, naik darah. geram dan sebagainya. Meninggikan suara dengan muka yang bengis menjadi pilihan ibu bapa. Namun tahukah anda sikap ini menjejaskan perkembangan emosi dan mental anak-anak anda.

Tentunya anda tidak mahu anak anda membesar dengan emosi terganggu. Pernahkah anda terfikir, bagaimana anak anda pula memarahi anda apabila mereka besar nanti. Jangan salahkan mereka, kerana andalah yang mengajar mereka. Andalah yang menjadikan emosi mereka mudah terganggu dan menjadi seorang pemarah.

Sebenarnya memori anak anda semasa kecil amat kuat. Disinilah mereka mengingati dan belajar daripada apa yang mereka lihat dan dengar. Pada ketika inilah mereka mencuba sesuatu yang baru. Pada ketika inilah mereka membentuk jati diri mereka. Oleh itu anda perlu menunjukkan nilai-nilai murni yang akan membentuk sikap positif dalam diri mereka.

Disini saya berkongsi tips mendidik anak yang dapat membantu anda mengurangkan marah kepada anak kecil anda.

1. Sebelum memarahi anak anda. Fikirkan dulu. Adakah anda suka dimarahi sebegitu oleh emak anda atau orang lain. Adakah anda mahukan anak anda memarahi anda pula seperti itu suatu hari nanti. Bagaimana perasaan anda jika dimarahi sebegitu pula. Apa jua salah anda, saya pasti anda tidak suka dimarahi sebegitu.

2. Lebih banyak memberi kesedaran pada anak anda daripada memarahi. Ia memang tidak mudah. Namun ia sangat membantu mereka berubah. Anak anda sebenarnya dalam proses pembelajaran. Fikirkanlah cara lain membuat anak anda lebih memahami daripada asyik memarahi mereka.

marah anak

3. Fahami, anda bukan melahirkan seorang robot yang mengikut apa sahaja arahan anda. Anda melahirkan seorang manusia yang mempunyai emosi dan keinginan. Cuba fahami emosi dan keinginan mereka. Cuba bawakan keinginan mereka pada sesuatu yang anda mahukan.

4. Didik diri anda sendiri untuk menunjukkan rasa sayang pada anak kecil melalui suara, muka dan tindakan. Anda perlu tunjukkan, barulah mereka mengetahui anda menyayangi mereka. Tidak guna jika perasaan sayang hanya di dalam hati sahaja. Tiada gunanya.

5. Elakkan mengeluarkan kata-kata negatif pada anak anda. Elakkan dari mengutuk atau menjatuhkan maruah anak anda didepan orang lain. Adakah anda suka dikutuk di depan orang lain. Begitu juga dengan anak anda. Tiada siapa yang suka dikutuk di depan orang lain walaupun mereka masih kecil.

6 Anda perlu memandu anak anda semasa menonton TV. Anda perlu memberitahu mereka perkara yang salah dan betul di dalam TV. Tahukah anda, anak-anak anda mudah mengikut apa yang mereka lihat. TV banyak membentuk keinginan dalam diri anak anda. Dan mereka suka mencuba apa yang mereka lihat di kaca TV.

7. Banyakkan membaca Al-quran. Ayat al Quran mampu melembutkan hati anak-anak anda. Manjadikan mereka lebih mudah mendengar kata. Tahukah anda, hiburan di kaca TV atau radio banyak menyebabkan hati anak-anak menjadi lebih keras dan sukar mendengar kata.

Salah satu tanggungjawab yang sering diabaikan oleh ibu-bapa ialah memenuhi keperluan emosi anak-anak. Keperluan ini sangat penting membentuk jati diri anak anda. Belajarlah mula menghargai anak anda. InsyaAllah mereka akan mula menghargai anda. Kerana mereka belajar dari anda.

Mereka juga seperti anda, melalui zaman bayi, melalui zaman kanak-kanak, melalui zaman remaja dan akan melalui zaman dewasa seperti anda. Fikirkanlah.

LIKE
Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan Kongsi artikel ini di FB


Anda dialu-alukan :D
1. Jika anda suka artikel ini, boleh klik button LIKE. Barulah saya tahu anda sukakannya :D
2. Anda dialu-alukan berkongsi artikel ini dengan button disediakan atau share url link artikelnya.
3. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
4. Hanya boleh share url link artikel atau menggunakan button2 yang disediakan ya. tqvm :D
5. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.








Posted on 14 May 2011 - Visited 51433 times, 72 so far today    46 Comments » Hak Cipta Terpelihara @ HAIRUL.COM

Komen & Pertanyaan Anda:

 

46 Responses to "Tips mendidik anak. Cara mengurangkan marah pada anak kecil"

  1. sejenjang says:

    saya suka tips di atas,banyak boleh membantu.saya nak tambah untuk amalan wanita Islam sahaja.semasa anak anak masih kecil,biasakan membaca surat Al Fatihah di ubun ubun anak anak anda sehingga mereka cukup dewasa.Surah Fatihah terlalu banyak khasiatnya.Ini membantu kaum ibu mudah menjaga anak anak mereka, kerana mereka lebih mendengar kata dan bersifat hormat dan lemah lembut kepada ibu bapa mereka.ini boleh dibuat semasa anak anak dibelai nak tidur, sudah tidor ataupun masa mereka ada di samping ibu.baca 3 kali.

    • Hairul Hissam says:

      memang bagus tips dari cik sejejang. harap pembaca boleh amalkan.. tq ya :D

    • hidayah says:

      saya setuju. saya lakukannya sejak anak saya bayi hingga sekarang. dalam2 nakal dan lasak kanak2 berusia 5 tahun , dia memang menunjukkan sikap hormat dan mendengar kata kami ibu ayahnya. :D
      terima kasih atas tips.
      dan terima kasih sudi berkongsi.

  2. ustaz zul says:

    nice sharing apa yang penting
    sekarang ialah Kena Amalkan dan Jangan Hanya Sekadar Baca Je(peringatan untuk diri sendiri)

  3. CT says:

    Hi,very good information…
    tumpang sharing this artikel on my FB….

    thanks yer….

  4. Wan Hasni says:

    Assalamualaikum..saya cukup tertarik dgn artikel ini..terima kasih kerana berkongsi maklumat. Bukan senang nak buat ya..kita sentiasa perlu bertindak dalam keadaan sedar..mungkin kita tidak berjaya sebab kurang baik dengan Allah…jom kita buat sama-sama.

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam… tima kasih cik hasni..
      semoga artikel ini memberi manfaat bersama…
      benar tu bukan senang nak wat.. tapi bukan mustahil untuk dibuat….
      yg penting jgn berputus asa.. tq ya :D

  5. Panduan yang amat baik kepada ibu bapa cuma nak tambah sikit klu rasa marah dlm keadaan
    berdiri,kita duduk, bila duduk kena berdiri, klu tak boleh juga jauhkan diri kita dgn anak
    kita. Banyak2 beristifar dan minta doa kepada Allah supaya kita banyak sabar.Ambil air
    sembahyang dan sembahyang sunat banyak2 bg meredakan kemarahan kita.

    • Hairul Hissam says:

      tima kasih en. Tarmizi kerna sudi memberi tips..
      memang bagus tip ini dari en tarmizi…
      Ia merupakan ajaran Islam yg bagus diamalkan… tq ya.. :D

  6. Marhamah bt Mohamad says:

    terima kasih diatas segala artikel yg dpt dikongsi bersama. Ianya amat berguna sekali

  7. Assalam…

    TQ atas tips dan panduan… saya bersetuju dengan pandangan abang…

    satu perkara lagi yang selalu kita terlepas pandangan…

    * Ibu bapa kerap suruh anak2 solat… pertanyaan yang kerap di lontarkan “dah solat?” , “bila nak solat?”. Kenapa tidak ibu bapa ajak anak2 solat berjemaah bersama2 diawal waktu? Kenapa ibu bapa gagal untuk jadi contoh di rumah?

    * Jarang dan teramat jarang ibubapa yang CHECK atau PERIKSA tentang perlaksanaan solat anak2. Bagaimana takbirnya, rukuknya, sujudnya, bacaan2 wajib, yang sunat, tatacara pengambilan wudhu’. Amat jarang yang cakna dan ambil kesah. semuanya diserah bulat kepada guru2 di sekolah.

    Allah lebih tahu ttg apa yang kita buat..

    Ya Allah, beri kami kekuatan untuk memperbaiki amalan kami.

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam En. Nadzri. Terima kasih di atas tips yang cukup baik tu.. Semoga dapat diamalkan oleh ibu bapa untuk kebahagiaan dunia dan akhirat. tq :D

  8. Asmah says:

    Saya nak tanya la.. if ada tips untuk mengatasi perasaan cemburu di antara anak-anak.. memang sebagai ibu bapa kita kadang-kadang terlepas pandang ada anak-anak yang menyimpan perasaan tidak puas hati atau cemburu. terutama bila hadirnya adik baru..

    • Hairul Hissam says:

      Mungkin tips ini boleh membantu… Apa yg saya lihat akak saya buat la…
      masa baby baru lahir…. dia suruh anak sulungnya dukung babynya..
      dan sama-sama jaga babynya.. Konsepnya pupuk perasaan sayang
      menyayangi antara anak-anak. Dan jangan suka membanding-bandingkan
      antara anak-anak. Akhir sekali kena bersikap adil… semoga bermanfaat…

      • Umie says:

        Assalam…terima kasih ats tips di atas…sy mempunyai sepasang ank kecik berusia 3tahun dan 2tahun…disaat umur mereka skg, mereka kerap bergaduh hnya kerana mainan sdgkn sy tlh membelikn satu setiap seorg.. sy cuba utk berlaku adil, tp sikap ank2 saling bersaing untuk mencuri perhatian…sy berkerja dan masih belajar secara sambilan weekend di utm.. kdg2 sy rs sedih kerana sy selalu rasa tidak dapat memberi yg terbaik utk ank2 saya…apa patut sy lakukn?

        • Hairul Hissam says:

          Cara yg mudah dan tarbaik..kerapkan perdengarkan ayat alquran kpd mereka spt surah albaqarah dan sebagainya.. Seelok-elok Puan Umie yg membacanya. Tapi kalo tidak berkesempatan, gunakan radio atau alquran online. Cubalah utk melihat hasilnya… :D

          • Umie says:

            Terima kasih ats nasihat tersebut…sy byk terapkn zikir utk ank2 sewaktu di dlm kereta dan sentiasa amalkn surah2 dan doa2 sewaktu mereka tidur… doa sy xpenah putus utk mereka..
            Terima kasih ats segala nasihat yg berguna diatas, insylh sy akn amalkn…

            • Hairul Hissam says:

              Tima kasih kembali..sebenarnya kuncinya ia dibaca dlm masa yg panjang berulang. Saya doakan anak2 puan berubah dan membahagiakan kedua ibu bapanya.. aminnn..

  9. noorfazillah safar says:

    saya sangat suka dengan apa yang saya baca diatas. hati saya tersentuh kerana saya banyak memerahi anak2x saya daripada menasihatinya. insyaallah saya akan mendidik diri saya utk berlembut dgn anak2x.memerahi anak2x bukanlah cara yang betul, kasih sayang adalah penawar segala2xnya. terima kasih dgn tip yang saya baca diatas.

    • Hairul Hissam says:

      Benar tu puan, kasih sayang dan didikan yg betul adalah jauh lebih baik dari asyik memarahi sahaja. :D
      Saya teringat dengan kisah cucu Rasulullah duduk di belakangnya semasa rasulullah solat.
      Sehingga Rasulullah terpaksa sujud terlalu lama sehingga cucunya bangun dari belakangnya
      Rasulullah tidak memarahi cucunya kerana kasih sayang baginda terhadap cucunya.

  10. Kak Chik says:

    Selamat sejahtera atasm….terima kasih…..nak bc berulang kali agar dapat buat yg terbaik…..syukran syukran syukran…..saya nak share ye apa sahaja yg baik….

    • Hairul Hissam says:

      Selam mesra Kak Chik.. semoga berjaya mendidik anak dgn baik..
      Yg penting jgn berputus asa dan sentiasa memperbaiki diri :D

      p/s: dialu-alukan share mengungkan button2 yg disediakan…

  11. Mazni says:

    Salam…
    Saya ingin bertanya, bagaimana mahu mengatasi masalah cemburu anak yg bertindak, memukul atau menolak bayi yang lebih kecil, kerana cmeburu kepada si bayi. Tindakannya itu, bukan di belakang ibu bapa tetapi di depan mata. Risau dengan anak saudara yang bertindak ganas kepada anak saya, sehingga anak saya menjadi sangat takut.

    Terima Kasih atas nasihat.

  12. suri says:

    sy suka peluk ank smbil tu ckp kesalah2 dia..ternagkn dgn mudah hee..nasiht baik2
    hair rindu pula pada mak ayah kt kg huhu…

    • Hairul Hissam says:

      bagus cara tu cik suri.. tunjuk kita tegur anak kerana kita sayangkan dia.. :D

      • ainun says:

        baca artikel ini baru sy sedar sy terlalu ikutkan hati panas selalu marahkan anak sulong yg selalu mengamuk sejak dpt adik baru, selalu pukul adik walaupun dia sgt sayangkan adiknya. saya juga selalu bandingkannya dgn si adik yg baik & tak byk kerenah. sedangkan saya tahu anak sulong ( baru 2 1/1 thn ) belum puas bermanja dgn saya, abahnya sgt jarang ada di rumah ( saya poligami ) & kalau adapun tak minat sgt nk melayan anak. selalu di waktu malam saya menangis teresak-esak krn sesal memarahinya sedangkan anak adalah permata & anugerahNya yg tak terhingga. Insya Allah, saya akan cuba kawal perasaan dan akan amalkan tips2 di atas..terima kasih krn kongsi ilmu ini.

        • Hairul Hissam says:

          Semua org tak lari dari kesilapan. Yg penting kita sedia berubah untuk kebahagian keluarga kita juga. Yg berlalu tu, tak usahlah puan ingat-ingatkan lagi. Sebab islam mangajar kita redha akan ketentuanNya. Yang penting kita terus memperbaiki diri kita dan keluarga kita yg termampu.. :D

          • atie says:

            saya memang seorang yang pemarah pada anak saya nie pasal tak dengar apa yang saya larang. saya larang bukan apa takut dia pula yang sakit nanti. anak saya berumur 3 7/12 tahun dia jarang dapat kasih sayang saya kerna dia dibawah jagaan nenek iaitu mama saya.saya seorang yang berkerjaya dan masih sambung belajar jadi kurang masa bersamanya.suami pun sama sibuk dengan business nya. kalau nenek dia ada maka saya larang langsung tak dengar. saya akan mencuba tips yang diberikan itu. terima kasih semuaaaaaa…..

  13. Wan says:

    Setuju..mcm mane nk lembutkan anak yang sangat aktif..umur anak saya baru nk masuk 2tahun..die suke gigit org,tarik rambut org..bile die tau kite nk tegur die cepat2 die manja2 gan kite..kadang2 terpaksa marah die..bile imbas kesian sgt..so cmne ye?

    • Hairul Hissam says:

      Pada pandangan saya la. kena pahami puncanya terlebih dahulu..
      mungkin juga terikut dgn aksi2 di TV. Dari puncanya kita mengatasinya… :D

  14. Fajar says:

    Salam, anak sy umur setahun stgh suka sgt gigit org…baru start hantar ke taska dalam 2minggu ni, baru semalam cikgunya kata dia dah gigit telinga kawannya. saya risau jika rakannye itu tampar/ memberi tindakan refleks ketika digigit. Ada tak cara mcmane nak bg dia berhenti mengigit org?

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam…. saya pun tak pasti Puan Fajar.. yg penting jgn berputus asa dalam berulang menasihatinya dan berdoa…tqvm :D

  15. FAIZ says:

    BAGAIMANA CARA AGAR ANAK TIDAK SERING REBUTAN DALAM BERMAIN…?????

    • Hairul Hissam says:

      Ibu bapa boleh tunjuk teladan yg baik dengan suka beralah. Disamping berwaspada dgn pengaruh tv pada anak anda. sekadar pandangan saya sahaja….. :D

  16. hafiz says:

    salam.. mmg cantik idea2 tu.. sebab zaman kanak2 mereka hnya sekali seumur hidup..
    so? pikir2 kan la…

    • Hairul Hissam says:

      wsalam.. begitu juga dgn kita.. zaman kanak2 sekali sahaja dan telah berlalu… zaman itulah yg byk membentuk peribadi diri kita… :D

  17. nurzana says:

    salam..saya ibu kepada 3 orang anak…saya sangat panas baran tetapi tak lah sampai tahap mdera…saya cepat hilang sabar…anak-anak saya sangat degil dan pemarah..saya tak tahu di mana silap saya mdidik mereka..saya perlukan kaunseling tetapi tak tahu mana nak mula…anak-anak saya dlm lingkungan 10,8 tahun dan 6bln..adakah sudah terlambat saya nak perbaiki perangai meraka..tolong saya…sejak kebelakangan ini saya asyik menangis..saya ttekan…kepada insan yg baik tolong beri petunjuk kat saya…

    • Hairul Hissam says:

      wsalam…. tiada istilah terlambat dlm islam selagi kita masih bernyawa….
      mulakan dgn mendidik diri puan utk lebih bersabar dan berfikiran positif..
      semua tindakan bermula dari lintasan fikiran kita..
      sgt penting menjaga lintasan fikiran kita dari berfikir perkara yg negatif..

  18. Azzu says:

    Maaf mengganggu…sy nk tanya ckit lah…sy br lepas bersalin,baby dh masuk 3 bulan dh pun..apa yg membimbangkan sy susu badan sy makin berkurangan…sebelum ni sy boleh pump smpi 3 botol penuh..sekarang ni hanya 1 botol penuh jer…ada tips tak utk tmbh susu badan ni tak?sbb sy berazam utk menyusukan anak sy smpi die 2 tahun…tolong bantu saya….

    • Hairul Hissam says:

      Mmg bagus menyusukan anak. Kerana zat dari susu ibu jauh lebih bagus dari susu biasa. Tambahan pula ia sebenarnya mengeratkan hubungan ibu dan anak. Boleh amalkan makan habbatus sauda untuk menambahkan susu badan dan menguatkan sistem imun.. :D

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.