
.
Sempena hari raya kurban, saya ingin berkongsi satu tips yang cukup berharga dari pengalaman saya sendiri. Satu tips yang mampu membantu hidup anda lebih bahagia dan dimurahkan rezeki. Bukankah itu yang anda mahukan? Kebahagiaan hidup dan dimurahkan rezeki.
Saya lebih suka straight to the point saje. Tipsnya sangat mudah iaitu mengembirakan dan membantu kedua ibu bapa kita. Percayalah, selagi mana anda menghulurkan bantuan dari segi tenaga atau wang ringgit kepada ibu bapa anda. Selagi itulah rezeki anda akan melimpah ruah. Dan selagi mana anda berusaha mengembirakan hati mereka, insyaAllah hidup anda lebih bahagia dan dipermudahkan.
Rasullullah s.a.w. bersabda: “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa”. Hadis Sahih ini dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya – hadis no: 1899
Dari pengalaman hidup saya, ia terbukti benar. JIka dibandingkan kehidupan saya semasa bisnes di selangor dan bisnes di rumah (Jb). Kehidupan sekarang lebih senang. Rezeki yang datang pun lebih dari cukup walaupun hanya menjual video ebook sahaja. Disini saya lihat kejayaan bisnes bukan sekadar pada perniagaan. Tetapi bagaimana kita menggunakan wang atau keuntungan yang diperolehi. Jika kita gunakannya untuk kedua ibu bapa kita. InsyaAllah rezeki akan datang melimpah ruah. Banyak idea bisnes dan strategi promosi akan datang. Urusan bisnes kita akan lebih mudah dan smooth. Dan keuntungannya berlipat kali ganda.
Tambahan lagi, sekiranya kita mengembirakan kedua ibu bapa kita. Kehidupan kita lebih aman dan bahagia. Ia terbukti benar dari kisah-kisah orang lain. Saya percaya, tentu anda pernah membaca masalah hidup kiriman pembaca. Samada melalui blog, suratkhabar atau rakan. Bila dikaji, masalah mereka berpunca dari kemarahan ibu bapa mereka. Kebanyakkan berpunca dari perkahwinan yang tidak direstui. Bila kemarahan ibu bapa berterusan, kehidupan anda pasti huru hara. Confirm banyak masalah pasti akan datang bertubi-tubi.
Tapi jangan salah paham pula, apa yang ditekankan di dalam hadis ialah keredhaan dan kemarahan ibu bapa. Sekiranya perkahwinan anda tidak direstui, usahakan juga berbaik-baik semula dengan kedua ibu bapa anda. Sejukkan kemarahan mereka. Terus membantu mereka dari segi tenaga dan wang ringgit. Usahakan sehingga berjaya. Sekeras-keras hati ibu bapa, pasti akan lembut juga. Insyaallah apabila kemarahan mereka reda, kehidupan anda akan lebih aman bahagia. Percayalah.
Mereka telah banyak bersabar dengan kita semasa kita kecil. 9 bulan mengandung kita. Membasuh najis kita. Menyusukan kita siang dan malam. Menyediakan segala-galanya untuk kita. Oleh itu, sudah tiba masanya kita pula bersabar dengan mereka. Itupun untuk kebahagian hidup kita juga.

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 268
Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.
Salah satu lagi kunci kekayaan ialah dengan membelanjakan harta kita kepada mereka yang memerlukan atau bersedekah. Ia terbukti menambahkan kekayaan. Sebenarnya ia telah diamalkan oleh peniaga cina yang gemar menyalurkan dana ke sekolah-sekolah Cina dan badan NGO cina. Begitu juga usahawan melayu yang berjaya iaitu Syed Mokhtar Al-Bukhary. Beliau mempunyai yayasan sendiri untuk membantu golongan yang memerlukan. Sebabnya mereka tahu, inilah kunci utama menambah kekayaan. Seperti satu undang-undang yang telah ditetapkan oleh Pencipta Yang Maha Agung. Yang penting perlu keikhlasan hati dan sebagai tanda bersyukur kepada Nya yang memberi banyak nikmat atau rezeki.
Semoga tips ini membantu hidup anda lebih bahagia dan murah rezeki. Seperti artikel yang lain, tujuan utama artikel ini, lebih mengingatkan diri saya sendiri. Jika suatu hari nanti saya memiliki keluarga sendiri, saya tidak boleh lupa membantu orang tua saya. Begitu juga dengan anda.

















Jazakallah khair atas perkongsian yang sangat bermanfaat ini
. BTW, tak ada resepi mudah yang baru ke? huhu.
Wa iyakum,……. oh.. tak sabar menunggu resepi baru ye Auntie Qalesya
… kena tunggu turn….ingat nak bagi resepi simple dari cold kitchen.. tengok lah nanti ya..
Assmkum…
Terima kasih kerana sudi kongsi sesuatu yg bermakna buat saya.
Jangan lupa kalau ada tip2/resepi yg menarik kongsi la. He he he…….
Wsalam.. semoga memberi manfaat bersama
…
InsyaAllah akan terus menulis nanti…
terima kasih dengan tips ini. Banyak pengajaran daripadanya. Tidak terbatas kepada golongan muda sahaja, yang tua selagi mana dia beribu dan berayah… turutilah nasihat ini. Terima kasih Hairul…Selamat Hari Raya Aidiladha….
Salam aidiladha juga buat cik fauziah….
Spt kata cik fauziah.. samada kita muda atau tua..
selagi mempunyai ibu-bapa.. kita mempunyai tanggungjawab pada mereka….
yg tiada…. doakanlah kebahagiaan mereka disana…
Salam Hairul,
Subhanallah… memang artikal dan antara tips yang terbaik untuk kehidupan seorang Muslim. Terima kasih banyak2 Hairul.Semoga menjadi amalan kita semua, Amin……
wsalam cik mahani…
semoga dapat kita amalkan bersama…. tq
Sama-sama kita ingat-mengingati antara satu samala lain ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.
benar tu en. Zailani…. Itulah yg disuruh di dalam Al quran…
kerana kita nie selalu aplha dan lupa…
chii setuju…memang betul pn dengan tips yang bro hairul kongsikan ni..
dan satu lagi…jangan terlalu berkira dan jangan kedekut untuk menderma ….
Benar tu Cik chi.. jgn berkira dalam bersedekah nie….
…
dan keikhlasan tu penting
saya bersetuju dengan entry ni. sebelum ni, walaupun sentiasa ada duit dalam tangan tapi tak disedekahkan aka takut na kuarkan untuk perkara2 cam ini. risau duit habis. tapi, lately dibukakan hati untuk buat je apa yang dah tergerak dalam hati (contoh dah tergerak hati nk beri duit pada org tepi jalan walaupun cuma ada duit RM10 dalam tangan. just beri dan lupakan duit tu).
kesannya sangat menakjubkan. 1, hati kita tenang sangat. 2,Allah ganti duit kita itu semula dengan cara yang lain. Islam itu indah sangat
Mmg banyak hikmat disebalik bersedekah kan cik Lizz…..
InsyaAllah ganjarannya tentu lebih lumayan, didunia dan diakhirat…
Setuju sgt2 dengan tips yang diberikan.bersedekahlah kerana ia tidak akan menyempitkan rezeki kita tp ia meluaskannya.nikmat yang paling besar hati kita akan lebih tenang dan bahagia.tp mesti dilakukan dengan ikhlas bukan untuk menunjuk2.Bila kita rasa byk sgt masalah dalam hidup cuba mulakan dengan bersedekah insyaAllah hati akan tenang.x rugi pun….
Sedekah ini meluaskan nikmat dan menjadikan hidup kita lebih tenang dan bahagia, insyaAllah. tq en. zai
Memang banyak tips dalam mencapai hidup yg bahagia. Kawe rasa hormati ibubapa dan bersedekah itu antara yg paling top dan wajar dipraktikkan. Bahagia juga tak semestinya byk wang dan kaya raya. Yg penting hati senang, fikiran lapang dan dapat buat apa yg penting buat diri kita
Kalo ada byk wang, tapi penuh dengan masalah.. tak guna juga. kan bro
bersedekah itu yg perlu..klu sush sgt beri apda jiran2, buat belanja kwn2 tak salah kan heeee
Benar tu cik suri, besedekah tidak semesti dalam bentuk wang ringgit..
spt kata cik suri, belanja rakan-rakan atau buat masakan untuk rakan2 dan keluarga…
Boleh tak sy cakap tiba2 sy rindukan mak n ayah.
Raya ni sy tak balik kampung ;(
Apa2 pun peringatan yg terbaik tuk semua orang.
equrban? tak pernah masuk lagi.
Kalo tak dapat balik… call lah mereka mengubat rindu.
…
Mcm saya, hari2 kat kampung bandar nie..
Salam aidiladha bro……
Okay, baru lepas call tadi ckp x balik ;(
Slm Aidiladha too hairul
Ok bro… semoga success mengejar impian….
inilah skim cepat kaya yang diberkati…tolong ibubapa dgn hati yg ikhlas..insyaAllah dimurahkan rezeki
He.he.he.. skim cepat kaya dunia dan akhirat .. proven… Spt kata cik adele, yg penting keikhlasan tu….
insya-Allah, lebih banyak kita memberi, lebih banyak yang kita dapat.
Ganjarannya tentu berlipat kali ganda.. insyaAllah… tq bro
Salam Hairul,
Sya setuju dgn apa yg dikongsi kali ini.
Ssatu lagi saya pernah terbaca, sekiranya kita sedang ada masalah kewangan, masa tu juga kita jangan lupa menghulurkan belanja kpd kedua-ibubapa. Memang masa tu kita pun sesak kan ? tp jgn risau dgn kekeurangan duit itu krn slps itu, insyaAllah rezeki kita akan bertambah.
Wsalam cik mekar….
benar tu… segala pemberian kpd ibu bapa akan menambahkan rezeki kita…
InsyaAllah. Yg penting kita yakin dan ikhlas kerana Allah s.w.t.
Salam Hairul..
Saya nak tau more detail pasal bisness ebook ni.
Thanks
Zaini
Wsalam cik zaini, semua maklumat tentang biznes ebook ada di laman web http://www.jombinaweb.com
tq
Assalamulaikum tuan,
Memang benar kata tuan, kita kena banyak bersedekah tujuan supaya kita dapat berkongsi rezeki yang Allah berikan kepada kita. Allah akan kurniakan kita rezeki yang tidak kita duga dan kita persan.
Wsalam Cik Latifah.
Benar kata cik latifah, jika kita berkongsi rezeki, insyaAllah rezeki yg tidak diduga akan datang…
Mmg ia berlaku dalam kehidupan kita kan.
semoga kita dapat berbakti kepada ibu bapa kita. insyaallah murah rezeki kita
Itulah tanggungjawab seorg anak.. jika diabaikan.. padah akan menimpa
Tips yg bagus
Cuma bagi bEe, dlm kehidupan ni perlulah meredhai apa yg berlaku & tawakal setelah berusaha. Kalau takde perkara tu mgkn kita juga akan kalah dgn emosi
Bila baca komen cik bee.. terfikir nak tulis artikel tentang indahnya beriman pada qada’ dan qadar. bila kita redha dan bertawakal, insyaAllah hidup ini lebih ceria dan bahagia..
tul tu, insyaallah, lau kita senangkan kedua ibu bapa lita, insyaallah, Allah senangkan kita pulak.. tapi biar ikhlas dlm kes ni, jgn semata2 mengharapkan balasan..
Betul tu cik fieza.. yg penting keikhlasan dan tanda mensyukuri nikmat Allah….
Keluarga adalah sebuah institusi asas sesebuah negara. Jika seseorang individu pandai memainkan peranan dlam keluarga dan meghormati ornag tua, InsyaAllah dia menjadi seorang warganegara yang juga pandai memainkan peranan dalam masyarakat. Tahniah kpd En Hairul yang mengembalikan kesedaran kpd nilai murni ini.
Benar kata cik Lyn, segalanya bermula dirumah. Semoga kita saling hormat menghormati
benar saya setuju sangat2 dan alhamdulilah saya cepat sedar..sekarang ni saya jaga ibu saya yang uzur dan mengunakan pamper dgn penuh kasih sayang..saya buang jauh2 perasaan geli dan marah2 pada ibu yang saya lakukan dulu..bila kita lakukan dgn keiklasan makin medalam sayang saya pd ibu..ibu ampunkan la dosa ku..allah panjangkan umur ibu ku agar dpt aku mebalas jasa ibu dan mencuci dosa ku..saya berhenti kerja semata2 nak jaga ibu..tima kasih hairul menambahkan lagi keinsafan saya
Mmg bagus begitu cik rokiah. Tentu besar ganjarannya disisi Allah. Seterusnya memberi kebahagiaan hidup kita dunia dan akhirat. InsyaAllah. Spt kata cik rokiah, yg penting keikhlasan… Semoga ibu dan cik rokiah sihat sentiasa ya…
Assalamualaikum wbt…
entry saudara Hairul ini sgt menarik ht..tq…menggembirakn hati parents bkn shj akn dmurahkn rezki..tp dimudahkn urusan dunia..cth: kalau nk senang dpt parking kereta di tgh hiruk pikuk kota@tmpt2 yg sibuk,mudah je..selalu lah senang kn hati parents kita..ni based on pgalaman sdri..tgh2 org lain q pnjg nk cari parking, tetiba je ad kereta kt dpn sy yg ‘memberi’ prking kpd sy..alhamdulillah
wsalam cik farah…
Benar tu. InsyaAllah byk manfaatnya dalam kehidupan kita nanti jika kita mengembirakan kedua ibu bapa kita…
kehidupan menjadi lebih lancar dan mengembirakan..tq cik farah kerna sudi berkongsi pengalaman….
Artikel ini menguatkan saya untuk bekerja dari rumah untuk menjaga ayah yang uzur. Walaupun terpaksa meninggalakan kerja mewah di kota dan pulang ke kampung. Doakan saya berjaya separti En.Hairul. Sekarang ni saya mula belajar memasak dan ingin memulakan perniagaan makanan pada bulan Julai tahun ini. Banyak maklumat yang sangat berguna yang saya dapat daripada blog ini. Moga-moga En.Hairul terus sukses dan dimurahkan rezeki oleh Allah. Terima kasih.
Saya doakan puan maryam berjaya…. InsyaAllah byk ganjaran membantu Ibu dan Bapa. Yg penting kita ikhlas krn Allah s.w.t.
tqvm atas doa tu amin..
syukran..
Salam En Hairul..saya berminat nak beli ebook..masih ada lagi ke..
Semua produk saya masih dijual selagi saya masih ada.. tqvm ya..
emm lepas baca entri ni, baru la aku sedar satu benda..insyaAllah lepas ni akan perbaiki kesilapan tiu..terima kasih bro atas entri ni..
Semua orang melakukan kesilapan bro. begitu juga dengan saya.
Tahniah. website yang informative. Teruskan….inshaallah rezeki akan melimpahruah dalam pelbagai bentuk yang kita tidak ketahui. Jangan lupa keikhlasan itu penting.
Betul kata cik norizan.. yg penting keikhlasan di hati.. terima kasih atas nasihat tersebut
asalammuailaikum…hairul saye nk menambah pendapatan hidup..kenape saye selalu hidup dlm keadaan yg agak susah..terkadang saye kesian kn anak dan isteri,mcm mne nk buat duit mcm awak buat bisnes kt rumah je..tolong lah saye nk tambah income untuk teruskan hidup yg lebih selesa..kadang2 gaji saye cuma 350..kadang2 600..isteri saye tk berkerja sbb jge anak yg masih kecil.tolanglh..saye sanggup untuk melakukan ape saje..saye percaye kn hairul..maaf…tlg reply msj saye di email saye..kamal mahadi b.osman
saya dah reply kat email en kamal.. semoga berjaya…
tkde sebarang msj saye trima dru hairul..plzzz..msj ape yg hairul anta yer..mcm mne sye nk cek msj tue..sye dh cube buke di inbox nmsj spam n other tpi tk dpt jugak msj dri hairul..tlg reply msj sekali lg..plzzz…
elok email saya ke kincin85@hotmail.com dulu.. takut email yg en letakkan salah. Nanti petang sikit saya reply sebab skrg sibuk uruskan produk……
ok knape hairul ponye al quran free yg kt atas tue tk bley nk connetion…plzzztkde blas pon my msj..
saya try bukak tadi ok jeee. email saya dulu ke kincin85@hotmail.com
mungkin en kamal tersalah masukkan alamat email….
Cara kita nak menggembirakan emak ayah kita bukannya hanya bagi duit saja, sebab kadang-kadang mereka pun dah banyak duit. Yang kak riza perhati, mereka perlukan ‘perhatian’ kita. Mereka ni dah sampai satu peringkat macam ‘kanak-kanak’ balik. Macam kita budak-budak dulu, jatuh sikit menangis, nak perhatian…Mereka ni nak kita selalu berhubungan dengan mereka contohnya, bertanya khabar, ziarah mereka, bersembang…kegembiraan mereka adalah apabila anak-anak dan cucu ‘care for them’. Lakukanlah semua ni sementara mereka ada di dunia ni. Kak riza emak dah tak da, untuk sampaikan doa pada mak, kak riza kena jadi anak yang soleh…Ayah masih ada, dapat rasa betapa sunyinya dia bila mak tak de…
Terima kasih di atas nasihat tu kak riza.. Betul tu, Perhatian tu penting utk kedua ibu bapa kita. Tentu sedih bila ibu tiada krn ibu yg lebih rapat dari ayah…
Memang sedih…bila dapat berita mak meninggal, rasa dunia ni sunyi sepi…sekarang rasa separuh dari diri ni ‘hilang’…believe me, there’s no one can replace our mother…
Betul tu kak riza, tiada siapa yg mampu mengantikan ibu kita…