Tips cara kuruskan badan dengan kurma. Makanan para nabi.

kurma

Baru-baru ini, saya mendengar tentang khasiat buah kurma di radio. Memang banyak khasiatnya. Tambahan pula, inilah makanan para nabi yang terbukti berkhasiat pada tubuh badan kita. Antara khasiatnya menguatkan sistem imun kita dan memberi sumber tenaga yang mudah diserap oleh tubuh kita. Ia juga cara untuk kuruskan badan terbaik.

Saya beli juga sebuah buku hasil nukilan seorang arab iaitu Ahmad Salim Baduwailan. Buku ini diterjemahkan oleh Muhammad Uria bertajuk Berubat Dengan Buah Tamar. Bila dibaca, perghhh. Banyak betul khasiat buah kurma yang tidak diketahui. Patutlah Rasulullah s.a.w. berpesan “Rumah yang tiada kurma, penghuninya sentiasa lapar”. Ini sebenarnya satu galakkan dari Rasulullah s.a.w. yang mengetahui betapa besar khasiat buah kurma ini. Inilah tips dan cara yang diperlukan untuk kuruskan badan
.

badan

.

Tips Cara Kuruskan Badan Dengan Kurma

Ok. kembali pada tajuk artikel ini iaitu tips nak kuruskan badan dengan buah kurma. Mesti ramai yang suka tips ini. Sebabnya ia mudah dan jimat wang. Caranya, jadikan buah kurma sebagai hidangan makan malam anda. So waktu malam, tak perlulah lagi makan nasi dengan lauk pauk. Tetapi gantikan dengan buah kurma. Cubalah buat dalam sebulan. InsyaAllah berat badan anda akan menurun. Badan pun lebih kurus, slim dan sihat.

Sebenarnya pada waktu malam, tubuh badan kita perlu banyak berehat. Jika tidak, makanan yang dimakan hanya akan menjadi lemak dan memberi tekanan pada organ tubuh kita. So amalan memakan kurma pada waktu malam memberi rehat pada organ di dalam tubuh kita. Seterusnya memberi kesihatan organ dan tubuh yang lebih baik. Tambahan lagi kurma memberi tenaga yang cepat pada tubuh kita. Inilah cara mudah kuruskan badan yang berkesan dan berkhasiat. Tips ini memang best.

Kalau nak tahu khasiat-khasiat buah kurma selain dari kurus badan, dapatkanlah buku-buku tentang kurma di kedai buku. Yelah, penat-penat mereka menulis buku. Jomlah kita support dengan membeli buku mereka. Agar lebih banyak lagi buku seperti ini dihasilkan. Semoga petua ini dapat membantu anda menguruskan badan anda.

Anda juga boleh membaca tips menurunkan berat bedan yang saya tulis sebelum ini. Sebelum ke sana, kliklah button like jika sukakan artikel ini. :D .

P/s: jangan lupa dapatkan resepi lazat percuma di sidebar kanan blog ini ya.. :D .



Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan

Anda dialu-alukan :D

1. Jika anda suka artikel ini, klik button LIKE. Baru saya tahu anda suka.
2. Anda dialu-alukan kongsi artikel ini dgn klik button di bawah artikel sahaja.
3. Anda boleh share url link atau nama laman web artikel di mana sahaja.
4. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
5. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.

Lagi Artikel MENARIK Blog Ini:


Nak TAMBAH INCOME Dgn BISNES MAKANAN???
Persediaan Terbaik Jika Anda Dibuang Kerja

Facebook Comments

comments

Comments

  1. says

    Kurma bagus utk kesihatan…..
    tips ini baik Utk ibu mengandung lagilah sesuai krn baik utk pertumbuhan utk bayi dlm kandungan.
    Di samping tu, takde kolestrol ;)

    • Hairul Hissam says

      Dalam buku tu ada tentang ibu mengandung. Katanya kurma mengandungi ‘axiotosin’ yg cukup baik untuk menguatkan rahim dan memudahkan keluarnya janin. Selain dari cara kuruskan badan, ia juga mmg bagus untuk ibu bersalin… :D

  2. says

    hm, aduh lupalah aritu masa pergi langkawai ade tourist guide ni ajar cara org arab jaga badan. untuk dapatkan tenaga dan sekaligus diet tp yg saya ingat kurma, tin,zaitun,kismis n ape ye lagi 1.x ingat!!! tp basically semua ni rendam dalam air semalaman dan esok pagi minum airnya.

    • Hairul Hissam says

      Benar tu cik lizz.. teringat lagi masa saya kat U… ada juga ikut kelas agama.
      mmg bagus katanya, rendam kurma semalaman sebelum dimakan dan diminum airnya.
      Mmg diamalkan di zaman rasulullah s.a.w.. Tentu banyak manfaat dengan tips dan cara ini

  3. Meera says

    nak cari buku tu mungkin lambat. Alang2 dah En Hairul dah ada bukunya, bolehlah sy bertanya. Agak2nya berapa biji kurma yg perlu dimakan pd waktu mlm?. Kebiasaanya 3 biji spt yg diamalkan dlm bulan puasa.

    • Hairul Hissam says

      Wsalam cik meera. Oh sebenarnya bergantung juga pada saiz kurma dan tubuh kita.
      Boleh dimulakan dengan makan 7 biji kurma. Nanti kalau terasa lapar, makanlah lagi beberapa biji.
      Selamat mencuba cara kuruskan badan ini. . tq :D

      • says

        saya kurang gemar makan kurma kerna rs nya yg manis.when dh kn paksa makan,sy gagahkan jg tp saya terus telan n minum air putih…sy bkn penggemar manisan,so bagaimana langkah terbaik utk saya meneruskan amalan pemakanan kurma dalam menu seharian saya?sy mmg rs sgt2 rugi kerna x dpt nk abiskan sebiji kurma gara2 rs manis yg ada pd kurma…whal khasiatnya sgt bguna.

        • Hairul Hissam says

          Saya tak pasti pula la cik haidar cara untuk mengurangkan rasa manis tu….
          Tips dari saya, Mungkin boleh makan bersama roti atau benda yang tawar.
          Tapi kalo kita biasakan..insyaAllah.. lama2 ok…
          yg best cara ini boleh kuruskan badan :D

  4. says

    Memang bagus kalu dapat train diri makan makanan berkhasiat seperti buah kurma nie. Zaman ni terlalu byk makanan berminyak sbb sonang masak kalu goreng. Akibatnya ramai yg kantoi sakit jantung. Nanti kawe cuba gak lah diet kurma.

    • Hairul Hissam says

      Itulah salah satu punca dari penyakit bro…. makanan berminyak.. berkimia.. dan mcm2…
      Yg bestnya kurma nie tahan lama dan mudah disediakan..best kan cara ini.
      p/s: malam tak perlulah penat2 memasak lagi
      dapat kuruskan badan lagi.. :D

  5. emysyazeira says

    sgt2 gemar makan kurma.. <3<3
    plg mudah nk dpt wktu bln puasa..
    lpas bulan nie.. agk sukar nak peroleh..
    apa pun smemgnyer kurma sgt bnyk khasiatnyer.. =)

    • Hairul Hissam says

      mmg susah nak cari lepas raya nie cik emy.. mencari jugak saya..
      nasib baik la ada lagi dijual di pasar besar larkin.. :D

  6. jais says

    Ada sesiapa yang tahu petua tradisi bagi masalah angin dalam badan banyak,perut macam kembung selalu,terlalu kerap sendawa,nak kata gastrik perut tak dah pedih sangat macam kawan yang kena gastrik…harap dapat membantu

  7. says

    Salam hairul :)
    Lama tak singgah sini…

    Berkenaan dengan buah kurma ni memang tak dinafikan
    dengan pelbagai khasiat dalamnya. Boleh sy kata
    kurma adalah buah yang paling sedap di dunia :)

    Tapi sy jarang makan buah kurma sebab femes time bulan puasa je.

    • Hairul Hissam says

      Wsalam en nizam… yelah.. mesti bro busy nie… byk projek la tu . :D
      saya pun baru cuba2 amalkan…
      hari tu gigi saya sakit dan bergoyang akibat byk makan chocolate homemade buatan sendiri..
      tapi lepas beberapa kali makan kurma.. hilang sakit giginya…. mmg byk khasiat kurma nie…

    • Hairul Hissam says

      Tima kasih kembali kak mala……
      Kalo kat Jb nie.. boleh beli kat pasar besar larkin….
      kat tempat lain. elok tanya2 org atau kedai.. mesti ada jual tu…. :D

      • says

        Buah kurma atau tamar memang dijadikan Allah mempunyai pelbagai kelebihan dan khasiat kerana mengandungi vitamin dan zat galian yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Apa yang saya tahu dari pembacaan kalau tidak silap, kita digalakkan memakan tamar dalam bilangan angka ganjil iaitu 1, 3, 5 atau 7 biji sekali makan. Untuk elakkan rasa manis, bagi yang sudah biasa tidak suka makanan manis boleh memilih kurma ajwa atau kurma nabi. Biasanya kurma yang datang dari Tanah Suci Mekah atau Madinah, kurang manis. Untuk mendapatkan bekalan, boleh menghubungi pembekalbuah kurma dari Syarikat Yussuf Taiyyob atau satu lagi syarikat / kedai di kawasan Sg.Besi/Sri Petaling, Kuala Lumpur. terpima kasih di atas artikel tips kuruskan badan ini

  8. nina says

    sy suka artikel ni..
    terima kasih en hairul..daripada cuba mcm2 baik amalkan kurma..inasya allah banyak manafaatnya. boleh beli kurma secara online di facebook Kurma(dates) Online..saya ada like

  9. salbiah othman says

    tqvm akan cuba setakat ni saya amal kismis doa dgn air suam je. ye la kismis berkualiti agak mahal sikit. tapi kalau baik boleh diselangseli selari dgn khasiat makanan.

    semoga hairul terus berjaya dimasa2 akan datang.

  10. Rokiah says

    Salam…bagus sgt info yg ade di sini.cume sau perkara nk tanye, cmne saye nak save Quran yg ade kat tepi sebelah kana tuh…yg ade terjemahan dan bacaan sekali..maklumlah, tmpt saye ni bukannye selalu ade line internet yg elok…syahdu sgt dengar bacaan.boleh ikut skali.tolong, memang x pandai n nak sgt…pls…tq

    • Hairul Hissam says

      Wsalam.. oh perkhidmatan online percuma.. mmg tak boleh save di komputer.. kena dengar online sahaja…. mmg banyak manfaat mendengar alquran nie.. :D

  11. ida says

    agak2 kan berapa jumlah kurma ye diperlukan tuk sekali makan(makan malam),,
    saya suka makan kurma,,
    tkot makan nnti terlebih lebih plak,,:)

    • Hairul Hissam says

      Setahu saya tiada kesan sampingan jika terlebih makan.. Tapi elok makan 7 biji dulu.. kalo terasa lapar, makan lagi… :D

  12. super mak says

    buah yg diberkati… percayalah kurma yg disimpan tidak akan dihampiri oleh semut kecuali kurma yg disira gula yg banyak… Maha Hebat Allah

    • Hairul Hissam says

      Betul kata super mak.. semut tak akan naik kat buah kurma dan buah kurma nie tahan lama. Satu nikmat yg tak terhingga Allah s.w.t. berikan… :D

  13. suri says

    assalamualaikum…..sy brminat dgn artikle ni…andai kate ia dipasarkn dlm bntuk tablet….adakh fungsi n khasiatnye akan brubah@trjejas?

  14. riza says

    Cakap pasal kurma ni, kak Riza nak cerita pasal cuka kurma. Ini kisah benar. Suatu ketika dulu, suami kak riza disahkan doktor kandungan kolesterol dalam darahnya tinggi. Jadi dia kena makan ubat kolesterol yang doktor bagi. Pada masa yang sama kak Riza suruh dia minum cuka kurma (kadang-kadang ganti cuka epal/epal cider). Selepas beberapa minggu dia minum cuka kurma ni (2 X sehari), bila check balik, kolesterolnya dah turun. Yang pasti dia tak makan ubat doktor bagi tu. Jadi bolehlah dibuat kesimpulan, cuka kurma/ cuka epal ni boleh menurunkan paras kolesterol dalam darah kita. Alhamdulillah, kita ada alternatif lain, tidaklah bergantung kepada ubat moden saja. Kak Riza sekadar berkongsi pengalaman, kalau nak cuba apa salahnya…

    • Hairul Hissam says

      Mmg tak ramai yg jual selain bulan puasa sebab kurang permintaan. selain cara nie, makan buah-buahan juga bahan dalam kuruskan badan.

  15. mamanabila says

    Assalamualaikum kurma ni alhamdulillah memang menjadi makanan wajib ada dalam rumah mama. Kalau di Melaka nih mama selalu beli kurma di kedai “BalWeel” kurma yang dijual dalam balang@bekas secara timbangan. Paling mama suka makan kurma mariami…rasa sedap dan taklah manis sangat… Terima kasih atas info dan penulisan ini. Kena beli stok lebih nampaknya untuk cuba petua nih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *