Resepi Tosai Asli Paling Sedap

Kiriman Kak Raja (Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com)

Resepi tosai ini adalah kiriman Puan Sumi. Tosai merupakan makanan masyarakat India. Tetapi kini ia mula digemari oleh masyarakat cina dan melayu. Nampak sedap tosai kiriman Puan Sumi. Jom kita pelajarinya:

Bahan-Bahan Resepi Tosai
2 cawan beras – direndam selama 8jam
1 cawan kacang dal putih – direndam selama 8jam
1 kepal nasi
sedikit garam
minyak masak
1/2 labu bawang besar.

Cara-Cara Membuat Resepi Tosai:
1. Kisar beras, kacang dal putih dan nasi hingga halus.
2. Masukkan sedikit air semasa mengisar. Air agak2 macam adunan untuk membuat apam.
3. Masukkan garam dan kacau rata.
3. Peram adunan ini selama 8 jam supaya adunan naik.
4. Celup bawang dengan minyak dan sapu atas kuali leper atau non stick pan.
5. Kacau adunan tadi. Ambil sesenduk adunan dan ratakan atas kuali.
6. Tutup sebentar hingga buih- buih naik. Masak dengan api perlahan atau sederhana.
7. Bila dah garing bolehlah dilipat 2 dan diangkat.

Resipi chutney kelapa(Kuah Tosai)

Bahan-Bahan Kuah Resepi Thosai
1/2 biji kelapa parut*
1/2 inci halia*
3 ulas bawang putih*
6 tangkai cili kering*
(kisar semua bahan yang bertanda *)

1 bawang merah (dihiris)
3 tangkai cili kering
biji sawi
daun kari
sedikit asam jawa
minyak masak
garam

Cara cara Membuat Kuah Thosai.
1. Panaskan minyak. tumis bawang merah, biji sawi cili kering dan daun kari hingga kekuningan.
2. Masukkan bahan yang dikisar tadi. tambah sedikit air.
3. Didihkan sebentar dan masukkan air asam jawa dan garam.
4. Biarkan pekat sedikit barulah diangkat.

Hairul.com: Terima kasih kepada Cik Sumi Kerana sudi berkongsi resepi thosai


Email Rakan Email Rakan   

Anda Di Alu-Alukan

1. Jika anda suka artikel ini, klik button LIKE. Baru saya tahu anda sukakannya.
2. Anda boleh kongsi artikel dgn klik button share di atas atau share url link
3. Untuk button "Email Rakan", anda boleh email kepada diri sendiri terlebih dahulu dan kemudian forward kepada rakan anda.
4. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.

Jom Sertai Fanpage Blog Ini
Anda akan dapat resepi percuma dan artikel terbaru.
Hanya klik button Like Page dibawah:




1. Ebook Kek Batik Coklat Special
2. Ebook Mee Goreng Mamak Restoran
3. Ebook Potong Buah Style Hotel
4. Tips Memulakan Bisnes Makanan

Sila isikan nama pangilan dan alamat email anda.
Utk Ebook ini dihantar ke email anda pada hari ini juga
Artikel Special Blog Ini:

KOLEKSI TESTIMONIAL BISNES MAKANAN
(Klik Arrow Kanan Utk Testimonial Seterusnya)


Artikel Menarik Blog Ini:

Nak TAMBAH INCOME Dgn BISNES MAKANAN???
Persediaan Terbaik Jika Anda Dibuang Kerja


Belajar Bisnes Bun, Pau & Pizza (Klik Sini)


Belajar Bisnes Kek Harijadi (Klik Sini)


Bisnes Putu Piring, Bambu & Mayam (Klik Sini)


Bisnes Air, Dadih & Dessert (Klik Sini)


Bisnes Roti Canai & Murtabak (Klik Sini)


Bisnes Aneka Cakoi & Donut (Klik Sini)


Bisnes Aneka Taufufah & Air soya (Klik Sini)


Bisnes Buat Website & Grafik (Klik Sini)


Artikel Gempak Blog Ini:


Comments

  1. zainon othman says

    bagi orang normal memang resepi yg sihat krn tidak menggunakan yis. boleh x kalau beras dan nasi tu di tukar dengan beras perang – untuk pesakit kanser yg tidak boleh makan nasi putih? adakah akan menghasilkan tosai yg sama ? terima kasih.

    • Hairul Hissam says

      Saya tak pernah try pula.. boleh juga dicuba.. apa salahnya.. 😀

  2. says

    Thanks for the info..mmg mcari resepi tosei ni..

    • Hairul Hissam says

      Semoga berjaya buat 😀

  3. aziz othman says

    Dah try resepi tosei ni.ringkas dan sedap.best..best..

    • Hairul Hissam says

      semoga menceriakan keluarga encik aziz 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *