
.
Teringat masa kerja di office dulu. Staff di sana sukakan kuih raya ini. Kata mereka “Kuih raya ini nampak tidak popular, tapi rasanya memang best“. Mereka memang sukakanya. Mesti mereka rindu dengan kuih raya ini. Yelah hampir dua tahun juga saya meninggalkan mereka dan alam pekerjaan. Dan kini saya terperap di rumah mencari rezeki di internet. hu.hu.hu.
Tentu ramai tidak pernah melihat atau mendengar kuih raya ini. Nama kuih raya ini dinamakan Dahan Patah kerana bentuknya seperti dahan yang patah. Kuih raya ini emak saya pelajari dari kawannya semasa tinggal di KL. Semasa saya masih kecil. Sebenarnya kuih ini kurang menarik kerana ada satu step lagi yang tak di buat. Tak buat step akhir tu pun dah sedap. Ok jom kita tryyyy buat kuih raya ini. Tak de la sesusah mana.
Bahan Resepi Kuih Raya Popular

.
Bahan-Bahannya
.
(Dalam Sukatan Gm)
200gm Marjerin
150gm Gula Halus
1 Biji Telur
200gm Tepung Gandum
100gm Tepung Ubi
150gm Kacang Tanah
1/4 Sudu Besar Baking Powder
.
(Dalam Sukatan Cawan – Resepi Asal)
1 cawan Marjerin
3/4 Cawan Gula Halus
1 Biji Telur
2 cawan Tepung Gandum
1 cawan Tepung Ubi
1 cawan Kacang Tanah
1/4 Sudu Besar Baking Powder
Cara Membuat Resepi Kuih Raya Popular

Langkah 1: Goreng tanpa minyak 150gm kacang tanah. Goreng sehingga warna putih dalam kacang tanah bertukar menjadi sedikit coklat. Seterusnya kisar kacang tanah tersebut dengan mesin pengisar. Kisar kasar dan jangan kisar terlalu halus. Optional untuk lebih sedap, elok dibuang kulit kacang tanah selepas ia digoreng. Kalau tiada alat pengisar, boleh guna lesung.
.

Langkah 2: Seterusnya pukul 200gm marjerin dan 150gm gula halus dengan mesin mixer. Kita gunakan gula halus. Seterusnya masukkan dua biji telur dan pukul lagi dengan mesin mixer. Hanya pukul sehingga gulanya hancur sahaja.
.

Langkah 3: Sekarang masukkan 250gm tepung gandum, 100gm tepung ubi, kacang tanah yang telah dikisar dan kurang 1/4 sudu besar baking powder. Elok kacau dengan senduk terlebih dahulu agar tepungnya tidak berterbangan. Kemudian pukul dengan mixer menggunakan gear paling rendah. Adunannya memang lembik atau lembut. Tetapi ia tidak melekat pada tangan apabila dibentukkan.
.

Langkah 4: Terap atau masukkan ke dalam acuan besi. Anda boleh gunakan apa sahaja bentuk acuan besi. Elok guna acuan besi untuk warnanya lebih menarik selepas dibakar. Bakar pada suhu 150 darjah selama lebih kurang 15 minit. Selapas masak, biarkan ia sejuk. Dan keluarkan kuih raya dahan patah ini dari acuan.
Satu step lagi yang dilakukan oleh peniaga kuih ini. Mereka mengaulkan kuih dahan patah yang telah dibakar ini dengan campuran tepung kacang hijau dan gula halus. Memang lebih menarik dan lebih sedap. Cuma kelemahannya, habis berterabur tepungnya di atas kerusi meja semasa memakannya nanti.
Mudahkan resepi kuih raya popular ini. Pasti keluarga anda sukakannya. Cubalah.
.
Banyak Lagi Resepi Best Percuma
Semua list resepi PERCUMA ada di side bar di bahagian kanan blog ini. Tapi sebelum ke sana, klik button Like dibawah. Baru saya bersemangat nak berikan resepi lagi.

















Uniklah kuih dahan patah ini. Boleh dicuba resepi ini.
Memang lain dari yang lain bro. Selamat mencuba..
menarik.. rs nak cuba jgk bl berpeluang nanti..thanks hairul =)
Cuba.. jgn tak cuba ciktom.. mmg besttt…
p/s: nasib baik terbuka hati nak tengok dlm spam box.. biasanya empty je terus…
Saya juga slalu membuat kuih ni waktu raya..tapi saya gunakan cornflake…rasanya mmg best..
Kuih cornflake tu lain Puan asma…
…
tapi kalo kita perhatikan kebanyakan kuih raya lebih kurang sama je..
cuma tukar2 bahan2 dlmnya….
Terima kasih kerana berkongsi resepi, insyaallah akak pun nak cuba…
Selamat mencuba kak Sariah
Salam. Thanks! Krn bg recepi ni. Insyaallah sy cuba buat nti. Ianya mudah n menarik. Blh la bg recepi lain plak nti.
Wsalam. Mmg mudah kak Rozie resepinya. Bahan-bahannya pun mudah dibeli kan..
paling suka kuih nie…selalu kalau g rumah kawan mesti bantai kuih nie bebanyak..kekecik dulu panggil nie biskut Y jer
Samalah saya en. Kayrul.. biasanya panggil biskut Y sebab bentuknya mcm Y… tapi nama asalnya kuih dahan patah… sedap kan..
Bahan2 semua dah ada kt rumah cuma acuan bentuk Y yg tak pernah perasan kewujudannya di kedai.
pst: wah hairul, produk dia semua dr kedai 1 Malaysia. kat area umah sya tak pernah jumpa lagi kedai 1malaysia nih.
He.he.he… Kedai 1 malaysia tu dekat betul dgn pejabat pos.. So hari2 lalu kat situ.. Harga pun mmg murah dan tidak membebankan.
Mmg jarang nampak kuih ini kat kedaai.. Cubalah Cik Mekar..
Balik raya baru2 ni, terkejut tgk mak sya pun pertama kali beli biskut Y ni. Sya tiba2 teringat blog hairul.com yg perkenalkan kpd sya..hehe. Memang sedap la.. asyik nak ratah jer.. kami tak hidang kat tetamu sbb dok makan sendiri je..
Mmg sedap biskut Y nie kan cik mekar…. belum raya dah habis.. he.he.he…
Serius, ini pertama kali dengar Kuih Dahan Patah!
Masa saya bawa ke office pun.. tiada siapa yg kenal kuih ini..
salam… nmpak sedap…
InsyaAllah sedappp cik azriey..
wah semua produk 1 malaysia hee blh tahan jimat brg2 asasnya
sy ingatkan kuih batang buruk tu heee… ni baru pertama kli degar nama kuih tu hee..pelik..tpi kata bro cam sedp
knk bt kuih ni kena ada acuan cma tu ker?
Mmg harganya Ok cik suri di kedai 1malaysia…..
ramai juga yg baru dengar nama kuih nie.. pelik tapi benar.. ha.ha.ha
boleh guna apa jua acuan.. kalo guna acuan bintang… namanya kuih bintang..
Dulu waktu kerja kat kuala kubu bharu pernah pergi rumah kawan kat PJ dia tengah buat kuih ni, ambik juga resepi dia tu sbb rasa suka juga makan kuih ni, tapi bila pindah balik ke kedah ni entah kemana pergi resepi ni menghilang. En khairul dah bagi ni boleh la buat semula tahun ni, terima kasih kerana sudi berkongsi resepi.
Mungkin juga resepi ini asal dari area selangor.. sbb kat Jb pun tak pernah nampak kuih ini…Selamat mencuba puan aini..
hoho..rupa aje dah pelik. rasa mesti sedap gila nih..
Sekali makan nak lagi .. he.he.he
macam menarik untuk dicuba je..tp kat umah takde mixer n oven =( tp xpe.chii nak amik resepi ni..leh kasi kat kawan..minta dia buatkan ke.eheheh..
thanks hairul utk resepi yg menarik..nama pun unik
Bagus juga kerja sama tu cik chii.. Yg penting dapat rasa kuih raya nie kan…
Salam dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang mulia ini. Pernah terjumpa acuan di kedai bekalan bakeri. Ingat kuih apa le… akan cuba dan sememangnya saya suka mencuba resepi2 baru. Menambahkan koleksi resepi saya. Terima kasih Encik Hairul.
Salam Ramadhan juga buat cik baizura. Itulah acuan kuih dahan patah atau kuih Y. Mmg seronok menyambut hari raya dengan aneka kuih raya.. nanti tentu saudara mara tanya.. kuih apa nie…
Wah cam best je. nanti boleh try…hehehe
Mmg best daddydee. slmt mencuba dan berpuasa..
Assalamulaikum tuan,
Nak tanya sikitlah bagaimana nak jadikan kek kita lembab. Saya buat kek menggunkan butter cup, tapi kek saya kering dan berderai tak canitk bila dipotong dan semasa dibakar ia naik cantik apabila dah masak dikeluarkan dari overn tunggu sejuk sedikit keknya turun sedikit. Apa puncanya dan bagaimana nak kek kita lembab.
Kena tunggu pakej rahsia kek saya nanti.. lepas raya kot saya buat dgn kerja sama kedai kek makcik saya.. tunggu ya..
Terimakasih untuk resepi ini…
Terima kasih kembali..
aku tak pernah pandai bab resepi ni
aku tahu makan je
haha
Same je ayatnya.. ha.ha.ha
kalo tengok rupa..x cantik… tapi ada kacang..mcm sedap pulak.. ada masa nak buat ler..
Kacang dan marjerin yg buatkan ia sedap tu..
Salam bro,
kat utara kuih ini di panggil biskut “Y” memang best dan mudah di sediakan
Saya pun biasa panggil kuih Y.. Ohh.. dah ada kat utara rupanya…..
bila nak bt kuih raya ni hee asyik keje lain jer..
sedang memikirkan resepi apa yg nk buat heee
time puasa nie.. ramai yg agak sibuk…
slow2 cik suri
Harus bookmark dan try buat untuk raya nanti
Rugi kalo tak try buat cik zidai oiiii
Encik Hairul,
nak tny sket la,cre bakar ada kesan berbeza x??
contohnya klu loyang/dulang pembakar diletak pd aras plg bwh dengan yang di tengah dlm oven ad beza x???
jenis loyang ad effect tak pd hasil???
boleh x msuk 2 loyang skali??ad step x???
kalo nak bakar dengan baik, guna industrial gas oven spt dalam video preview http://www.rahsiabun.com. Oven ini satu tingkat je. So yg terbaik pakai satu tingkat je. Elok ditengah2 utk oven biasa…
bakar bersama acuan ke? sy pernah buat kuih ni tapi lain resepinya kne bakar bersama acuan “y” tu..jadi perlukan acuan yang banyak…untuk resepi ni kte keluarkan dari acuan sebelum bakar ke?
Mmg la kena bakar dengan acuan…cuba baca penerangannya betul2.
Kuih ni d terap atau d masukkan dlm acuan? Mna nak dpt acuan ni?
Masuk dalam acuan dan tekan… saya pun tak pasti mana nak dapat.. dah lama mak saya beli .. guna acuan lain pun boleh…
Salam. Kak dah cari merata acuan tu tapi tak jumpa… Boleh ke kalau minta tolong Hairul belikan?
ops, tak baca komen Hairul kat atas tu.. mak Hairul pun beli lama dah…
Ya betul tu kak nor…
Saya pun tak pernah nampak acuannya disini..
acuan sampan aluminium ada la…tapi kak dah try buat, jadi tebal & susah nak control
Mungkin masa isi dalam acuan tu, jangan penuh sangat….
bang,
acuan biskut dahan patah ni..susah nk jumpe..mane nak cari ek…
saya pun tak pasti