Petua tradisional menghilangkan luka dalam atau bisa dalam badan Jom kongsi petua

Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan Kongsi artikel ini di FB

Teringat lagi suatu ketika dulu, saya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Menyebabkan tulang selangka (collarbone) patah. Tulang ini terletak di atas dada dan berdekatan dengan leher. Memang menyeksakan apabila tulang ini patah kerana menyukarkan pergerakkan badan. Asal bergerak sahaja terasa kesakitan dan bisa-bisa di dalam badan.
.

Kunyit Hidup

Bermacam-macam jenis dan warna ubat diterima dari doktor yang bermurah hati :D . Namun sukar saya menelannya sehingga dipaksa oleh akak saya yang merupakan staff nurse di hospital pakar. Nak tak nak, kena telan juga la. Tapi sekali je la. he.he.he. Kerana salah satu ubatnya ialah pain killer yang berfungsi melemahkan sistem saraf agar kita tidak terasa sakit. Jika diamalkan selalu boleh merosakkan buah pinggang pada jangka masa panjang.

Saya sungguh bertuah kerana emak saya mempunyai petua tradisional, warisan dari keluarganya untuk menghilangkan bisa-bisa dalam badan. Memang mujarab. Beberapa hari, terasa kurang bisa-bisa dalam badan dan badan terasa lebih segar. Petua ini mudah sahaja dengan meminum air kunyit. Air kunyit yang diperbuat dari kunyit hidup.

Caranya membuatnya mudah sahaja, tumbuk kunyit hidup dan campurkan dengan air masak. Kemudian tapis air tersebut dan dicampurkan dengan madu. Seterusnya boleh la diminum. Walaupun rasanya kurang sedap dibandingkan teh tarik mamak namun memberi penyembuhan luka atau bisa-bisa dalam badan dengan lebih cepat. Inilah herba terbaik menyembuhkan luka atau bisa dalam badan

Sebenarnya banyak lagi petua-petua tradisional dari nenek moyang kita yang hebat dan mujarab. Namun sayangnya petua ini semakin hari semakin hilang ditelan zaman. Salah satu sebabnya ialah petua-petua ini hanya disampaikan dari mulut ke mulut dan tidak ditulis. Akhirnya petua-petua ini hilang bersama pengamalnya.

Semoga petua melayu ini membantu mereka mengurangkan rasa sakit.

LIKE
Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan Kongsi artikel ini di FB


Anda dialu-alukan :D
1. Jika anda suka artikel ini, boleh klik button LIKE. Barulah saya tahu anda sukakannya :D
2. Anda dialu-alukan berkongsi artikel ini dengan button disediakan atau share url link artikelnya.
3. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
4. Hanya boleh share url link artikel atau menggunakan button2 yang disediakan ya. tqvm :D
5. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.








Posted on 30 Nov 2010 - Visited 21503 times, 24 so far today    12 Comments » Hak Cipta Terpelihara @ HAIRUL.COM

Komen & Pertanyaan Anda:

 

12 Responses to "Petua tradisional menghilangkan luka dalam atau bisa dalam badan Jom kongsi petua"

  1. lin says:

    Mmg btol ptua minum air kunyit mmg bgus utk ksihatan badn.Klu dtmah dgn pengaga lg bnyak khasiatnya. Saya sndiri mngamalkan nya semasa dlm pntang brsalin. Semasa brsalin mak saya yg jaga makn minum dan mak saya jgk yg urut bdn.Minyak kunyit jgk bleh dibuat utk smbuhkn luka jahitan.Kbanyakan petua org tua2 saya dah gunakan mmg brkesan.

    • Hairul Hissam says:

      Tq Puan Lin kerana sudi berkongsi petua keluarga.
      First time saya dengar minyak kunyit, tentu byk khasiatnya.. tq ya.. :D

  2. wan94 says:

    terima kasih..
    bole jugak ilangkan bisa2 badan ni…

  3. Idir says:

    Mak saya ‘goreng’ kunyit yg ditumbuk dalam minyak masak biasa tu…hasilnya guna utk sapu kt luka..kudis pun boleh hilang kalau sapu minyak kunyit ni..insya Allah.

    • Hairul Hissam says:

      Tqvm En Idir.. mmg bagus petua nie untuk mengubat luka2 pada kulit….
      lagi pun mudah utk membuat minyak kunyit nie.. tqvm ya :D

  4. Nas says:

    Air Kunyit ni tajam x? ade efek kat ibu mengandung?

    Kalau badan kerap tumbuh bisul ade petua x?

  5. Tajul As'ari Bin Abbas says:

    Salam, Terimekasih atas tips2 yang di paparkan….saya minta izin utk share di wall FB saya…TK

  6. Leen says:

    Salam, TQ for the petua..saya mengalami sakit bahu yg sgt kronik tanpa diketahui puncanya, dr. kata takde apa2, cuma urat tegang je..lepas baca yr petua ni, I terus buat air kunyit.tak sampai 1/2 jam….mcm magik je, sakit bahu I hilang, badan lebih segar

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam.. tima kasih atas info tu…. saya baru tahu boleh digunakan untuk urat tegang…. lepas nie kalo saya kena plak, boleh dicuba..tqvm ya Cik Leen..

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.