Membayar Zakat Mampu Membersihkan Harta Dan Jiwa Anda



.
Ramai betul yang sms saya pasal rahsia putu seperti dalam artikel 6 Modul Rahsia Putu. Jika anda belum baca 6 modul putu specialnya, elok sangatlah baca dulu. Klik Sini

Siang tadi saya ke Majlis Agama Islam daerah Kulaijaya. Alhamdulillah, selesai juga membayar zakat pendapatan dan simpanan tahun 2012. Saya lebih suka bayar di kaunter pejabat agama berbanding secara online. Sebabnya, ada hadiah cenderahati. Dan dapat resit dengan segera untuk kegunaan income tax bisnes online saya.

Masa saya keluar U dan start kerja dulu, emak awal2 dah pesan “Hairul, kau jangan lupa bayar zakat. Tak berkat duit kau nanti”. Memang betul lah kata mak. Keberkatan duit membuatkan jiwa kita lebih tenang. Kurang bimbang atau risau terhadap harta atau wang simpanan kita. Kurang kerosakkan atau kehilangan harta benda. Dan menjadikan hasil pendapatan kita berlipat kali ganda. Memang betul la. Hanya orang yang rajin berzakat dan bersedekah je yang tahu rahsia ini. :P

Memang mudah sekarang nie nak bayar zakat. Boleh bayar di kaunter atau secara online. Pergi je ke Majlis Agama Islam Daerah Anda. Kalau tak tahu, call sahaja 103 menggunakan h/p anda. Seterusnya minta nombor telefon Majlis Agama Islam yang berdekatan. Manakala menggunakan Online lagi mudah. Ini link untuk pembayaran zakat secara online https://www.zakat2u.com.my/zakat_pay_bayar.cfm .

zakat

Kalau ada soalan tentang zakat, elok baca dulu kat laman web rasminya di www.zakat.com.my atau www.e-zakat.com.my. Atau nak lebih mudah, call sahaja hotline zakat di 1-300-88-5757. Disitu anda boleh tanya berkenaan jenis zakat dan pengiraannya. InsyaAllah pegawai di sana akan membantu anda. Memang mudah lah sekarang nie.

Allah berfirman dalam Surah AT-Taubah Ayat ke 34 “Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”

Dari Jabir bin Abdillah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda : “Setiap orang yang mempunyai kekayaan dan tidak membayar zakatnya nanti di hari kiamat kekayaannya menjadi seekor ular besar yang berbisa Ular tadi mengikut orang empunya kekayaan itu kemana dia pergi sedang orang itu melarikan diri daripadanya. Lalu dikatakan kepadanya : Inilah hartamu yang kamu sangat bakhil (mengeluarkan zakat) Setelah orang itu mengetahui bahawa dia tidak dapat melarikan dirinya lalu dimasukkan tangannya ke dalam mulut ular itu. Digigit orang itu seperti unta jantan yang menggigit.” Hadis sahih riwayat Muslim

Kepada yang belum berzakat, cepat-cepatlah berzakat. Ia kewajiban kita sebagai seorang muslim. InsyaAllah ia memberi ketenangan dan kebahagian dalam kehidupan anda. Yang penting ikhlas. Tak sabar pula menyambut tahun baru 2013. InsyaAllah, minggu depan saya ank berkongsi tentang azam dan perancangan saya untuk tahun 2013. Mungkin anda boleh berkongsi azam anda di sana nanti. Tunggu minggu depan ya..



Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan


Anda dialu-alukan :D
1. Jika anda suka artikel ini, boleh klik button LIKE. Barulah saya tahu anda sukakannya :D
2. Anda dialu-alukan berkongsi artikel ini dengan button disediakan atau share url link artikelnya.
3. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
4. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.


Artikel Menarik Berkaitan:


Artikel Pilihan Blog Hairul.com:









Posted on 26 Dec 2012 - Visited 3553 times, 23 so far today    19 Comments » Hak Cipta Terpelihara @ HAIRUL.COM

Ada 2 ruangan komen iaitu Komen FB dan Komen Biasa.



Komen Menerusi Facebook (Baru Dibuka June 2012)

Ruangan Komen & Pertanyaan Biasa:

 

19 Responses to "Membayar Zakat Mampu Membersihkan Harta Dan Jiwa Anda"

  1. pahan says:

    setuju bro. zakat ni banyak faedahnya. moga2 kita diberkati :)

  2. TehR says:

    moga2 zakat kita membersihkan harta
    mudah2an diterima

  3. ya setuju..pasti ada hikmahnya

  4. akubiomed says:

    Tak susah hendak membayar zakat. Boleh buat pembayaran secara online.

  5. riza says:

    Alhamdulillah, bagus Hairul mengingatkan orang keliling tentang zakat. Apa yang ada pada kita, bukan semua…nya milik kita. Ada bahagian orang lain di dalam simpanan kita.Pulangkanlah kepada yang berhak…! Tentang sedekah, ringan-ringankan hati untuk memberi…syaratnya ‘IKHLAS’ kerana Allah, tak banyak sedikitpun jadi…kesannya tengoklah sendiri…!

    • Hairul Hissam says:

      Benar kata En riza. Harta kita, sebenarnya ada bahagian yg bukan milik kita. So kena pulangkan kepada yng berhak dan memerlukan melalui zakat. .Jika tidak, bala yang datang nanti. Apa2 pun keikhlasan tu penting bagi memberi impak yg besar dlm kehidupan kita.

      Semoga artikel ini mengingatkan yg terlupa. Maklum lah semua sibuk dengan kerja dan persekolahan anak2.

      • riza says:

        Hairul boleh panggil saya, kak riza. Saya teringat semalam dengar tazkirah Ustaz Ghazali. Kata beliau, Mother Theresa seorang paderi Kristian, hidupnya diisi dengan membantu orang. Sumbangannya kecil-kecil…, tapi hatinya besar. Itu orang Kristian. Kita orang Islam telah diberi garis panduan dengan jelas…kalau dalam konteks zakat dan sedekah ni, laksanakanlah…mengikut kadar kemampuan kita.

        • Hairul Hissam says:

          Ok.. kak riza… sorry..ingatkan en tadi..heee
          betul tu kak riza. agama kita dah beri panduan cukup baik dan jelas… Cuma tinggal amalkan sahaja… :D

  6. cik tom says:

    bayar zakat..insyaAllah rezeki bertambah2 berkat..

  7. fifi says:

    Assalam… Selamat tahun baru..semoga hidup kita bertambah ceria, berkat & lebih bermakna banding tahun2 yg lepas!! Sesungguhnya Membayar zakat memang membawa berkat dlm hidup kita!!!

  8. mekar says:

    Saya bayar zakat guna online. Diaorg akan pos resit kpd kita. cuma ambil masa utk mendapatkannya.

    • Hairul Hissam says:

      Kelebihan byr dikaunter, ada hadiah gift dari mereka.. Tapi dulu saya bayar guna online, mereka ada juga hantar kelender kalau tak silap. :D

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.