Kekerapan mewarnakan rambut boleh menyebabkan kanser

Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan Kongsi artikel ini di FB

warna rambut

.

Sekarang ini, ramai golongan muda suka mewarnakan rambut mereka. Kalau kita ke mana-mana, pasti nampak rambut pelbagai warna aneka citarasa :P . Kebanyakkan menggunakan pewarna tiruan atau sintetik yang kurang baik untuk kesihatan. Sedarkah anda, kekerapan mewarnakan rambut dengan pewarna sintetik boleh menyebabkan kanser pembawa maut pada diri anda. Memang menakutkan.

“Eh…Betul ke nie, hairul?”.. Mesti ramai ingin tahu dari mana sumber kenyataan ini. Info ini saya dapati daripada buku kecil Persatuan Pengguna Pulau Pinang yang bertajuk “Kosmetik & Produk Dandanan Diri Lebih Banyak Bahaya & Kesan Sampingan”. Salah satu info di dalam buku kecil ini ialah tentang bahaya mewarnakan rambut dengan pewarna sintetik bukan semulajadi. Sebenarnya banyak lagi info tentang bahaya bahan kosmetik yang lain di dalam buku ini.

Menurut buku ini, satu laporan yang diterbitkan dalam American Journal of Epidemiology menunjukkan lelaki dan wanita yang menggunakan pewarna rambut kekal dan separa kekal selama 16 tahun atau lebih menanggung risiko leukemia yang lebih tinggi. Manakala satu kajian oleh Anastasia Tzonou, DM. Sc dan rakan-rakan setugasnya dari Sekolah Kesihatan Awam Harvard dan Sekolah Perubatan Universiti Athens mendapati wanita yang mewarnakan rambut mereka 1-4 kali setahun menanggung 70% risiko diserang kanser ovari.

Sungguh jelas penggunaan warna rambut yang kerap (pewarna sintetik bukan semulajadi) boleh membahayakan kesihatan anda. Lebih baik kurangkan atau elakkan penggunaannya. Sebelum ia membahayakan kesihatan anda. Jika anda ingin mengetahui lebih detail tentang bahaya bahan kosmestik dan dadanan diri, dapatkanlah buku kecil persatuan pengguna pulau pinang ini di kedai buku berhampiran.

P/s: Pada pandangan peribadi saya, wanita lebih cantik dengan warna rambut yang semulajadi.

LIKE
Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan Kongsi artikel ini di FB


Anda dialu-alukan :D
1. Jika anda suka artikel ini, boleh klik button LIKE. Barulah saya tahu anda sukakannya :D
2. Anda dialu-alukan berkongsi artikel ini dengan button disediakan atau share url link artikelnya.
3. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
4. Hanya boleh share url link artikel atau menggunakan button2 yang disediakan ya. tqvm :D
5. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.








Posted on 24 Jan 2012 - Visited 8410 times, 11 so far today    28 Comments » Hak Cipta Terpelihara @ HAIRUL.COM

Komen & Pertanyaan Anda:

 

28 Responses to "Kekerapan mewarnakan rambut boleh menyebabkan kanser"

  1. adele says:

    terima kasih atas info..
    syukurlah sy memiliki rambut yg hitam semulajadi..apalah yg menarik sgt kalau berambut perang? kulit org melayu mmg sesuai dgn wambut warna hitam..bukannya perang..

    apapun,dalam semua perkara kalau kita berlebihan mmg ada buruknya kecuali dalam hal ibadah, Allah suka :)

    • Hairul Hissam says:

      Benar tu cik adele, lebih menarik dengan warna rambut yg semulajadi.
      Spt kata cik adele, berlebihan dlm ibadah yang terbaik :D

  2. titan says:

    tak suka warnakan rambut. rambut hitam lebih kacak.

  3. tehr says:

    mujur juga isteri dan anak2 aku tak pernah warnakan rambut
    aku juga tak suka, memang nampak palsu

  4. b3njy says:

    Kalau lelaki nampak kacak bila berambut hitam :D

  5. rahman says:

    fuhh bahaya.. nasib baik tak penah pakai.. rambutpun dah kurang ni, camna nak color :)

  6. chii says:

    tetiba terasa cam nak kaler purple plak..ehehe..
    thanks sharing..
    then mcm mana ngan inai eh? mcm ada sesetgh org buh inai sebab nak tutup uban

    • Hairul Hissam says:

      Kaler la cik chii… yelah rambut cik chii kan…he.he.he…
      Oh inai tu bahan semulajadi… tidak termasuk bahan pewarna sintetik… :D
      Mmg lebih baik guna inai dari bahan pewarna tiruan nie..

  7. yas says:

    Dulu masa zaman bujang…ade kengkawan yg pi kaler rambut…tp bila lama2 pblm lak rmbut dia tu…sehelai rambut boleh pecah jadi 2/3 lai….

  8. fiezaradzi says:

    tak baik tau warnakan.. heehe.. cantik lagi rambut hitam asal kot.. tah, lau org mrlayu rambut kaler2 ni macam tak sesuai la, tak kena dgn muka… lainlah lau die ada sakit dan perlu diwarnakan.. (lelaki la kan..), itu pun biar yg halal, guna inai ke..

    lau pompuan, tak yah la.. baik pakai tudung jer..

    • Hairul Hissam says:

      Betul tu cik fieza. lagi cantik dgn warna rambut hitam menawan he.he.he…
      Saya pun lihat.. samada cina atau melayu.. bila warnakan rambut..
      hilang ke cun an nya… :D

  9. suri says:

    pakai inai jer lagi bagus tu sya tgok jiran belakang rumah pakai.katanya lagi jimat
    orang sekarang lagi di tegah lagi di buat. sllu org cina rajin warnkan rambut.tapi tak juga org melayu ada gak terbabit dlm hal ini heee
    bersyukurlah dengan nikmat yang asli yg tu wajar d jaga dg sebaiknya.

    • Hairul Hissam says:

      Dlm buku persatuan pengguna tu pun sangat mengalakkan guna bahan semulajadi inai kerana lebih selamat.

      Betul tu cik suri, bersyukurlah apa yg ada :D

  10. akubiomed says:

    Ada juga mendengar kesan sampingan mengenai pengunaan perwarna rambut akan menyebabkan kanser.

    • Hairul Hissam says:

      Mmg byk kesan sampingan bahan tiruan ciptaan manusia nie en biomed.
      so kenalah berhati2 dan kurangkan mana yg termampu :D

  11. suri says:

    rambut yg ori ttp cantik sedp mata yg memandang.klu warna bukan bagus rambur cpt rosak.
    klu minyak rambut bagaimana pula?

  12. cik tom says:

    hukum warna rambut pun berdosa…setiap larangan Allah tue ada sebab musabatnya..seperti yang hairul share dalam entry ni..thanks untuk info menarik ni..

    • Hairul Hissam says:

      Benar kata cik tom.. apa yg dilarang mesti ada keburukkan..
      tapi bab hukum warna rambut.. saya kurang pasti.. kena check ngan ustaz :D

  13. suraya says:

    kalau pewarna rambut dari india tu ok x (cap eagle’s gold-brown henna).selamat x penggunaannya.

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.