Tentu ramai di antara kita menghadapi masalah sukar menyimpan wang. Gaji yang diperolehi cepat sahaja kehabisan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru mula bekerja. Belum lagi gaji, dah plan macam-macam nak dibelinya. Akhir bulan, terpaksa la mengikat perut. Bulan seterusnya berazam pula untuk menyimpan wang tapi akhirnya tidak tahu entah ke mana wangnya pergi . hu.hu.hu
Saya juga pernah menghadapi masalah seperti ini dulu. Banyak wang dihabiskan entah dimana. Sehingga saya mula merekod perbelanjaan saya. Namun hanya teknik merekod yang betul akan membantu anda menyelamat wang anda dari di baham oleh keinginan nafsu anda. Di sinilah timbul kesedaran untuk anda mula berjimat cermat. Ini juga merupakan teknik menguruskan kewangan yang berkesan.
Sedarkah anda, benda-benda yang berharga dua atau tiga ringgit yang dibeli boleh menjadi ratusan ringgit dalam sebulan. Saya sendiri terperanjat bila kali pertama melihat rekod perbelanjaan saya. Beli jajan (keropok, aiskrim dan sebagainya) sampai dua ratus sebulan, makan luar sampai enam, tujuh ratus sebulan. Saya yakin, anda juga akan terperanjat bila melihat rekod perbelanjaan anda. Inilah sebenarnya yang akan memberi kesedaran yang kuat untuk anda berjimat cermat.
Dengan merekod membolehkan anda mengetahui lebih tepat dimana wang dihabiskan. Dengan ini membuatkan anda lebih berwaspada untuk berbelanja. Seterusnya berjimat cermat dan menyimpan dengan lebih banyak. Namun cara yang betul akan membuahkan hasil dan mengelakkan anda dari bosan merekod. Memang bosan kerja-kerja merekod nie. Tak caya, tanyalah mereka yang pernah kerja di jabatan akaun.
Cara saya, saya tidak akan merekod dengan tepat setiap apa yang dibeli. Tak kan gula lima posen nak rekod dengan tepat kot. Mau pitam mencari kat mana lagi dua posen dibelanjakan he.he.he. Cara saya, saya akan lihat berapa baki awal dalam dompet saya dan selepas berbelanja, berapa wang yang tinggal. So perbezaannya merupakan wang digunakan untuk hari tersebut.
Katakanlah baki awal kat dompet ada RM100. Dan selepas berbelanja wangnya tinggal RM40. Ini bermakna wang yang anda belanjakan ialah RM60. So dari RM60 ini saya ingat semula apa yang saya beli pada hari ini. Dan saya kategorikan mengikut ketegori perbelanjaan yang saya fikir penting. Contoh RM20.00 untuk barang rumah, RM10.00 untuk makan luar RM5.00 untuk jajan, RM20 untuk pakaian dan RM10.00 untuk computer dan Rm5.00 untuk alat tulis. Jadi jumlahnya ialah RM60.00
Saya tidak merekod satu persatu barang yang saya beli, tapi saya merekodnya mengikut kategori yang saya fikir penting untuk membantu saya mengesan perbelanjaan saya. Dan saya merekodnya di dalam Ms Excell, didalam column mingguan dan bukan harian. So dalam column mingguan, saya akan tambah dan tambah sehingga habis 7 hari. Seterusnya saya membandingkan perbelanjaan mingguan saya dan perbelanjaan bulanan saya. Disinilah saya dapat mengesan di mana wang yang boleh saya jimatkan.
Inilah cara saya mengurus kewangan dengan merekod menggunakan Ms Excell. Jika anda tidak mahir menggunakan Ms Excell, jangan risau. Anda hanya perlu mencipta teknik anda sendiri. Yang penting anda tahu konsepnya iaitu merekod mengikut kategori perbelanjaan. seterus membandingkan perbelanjaan mingguan dan bulanan megikut kategori. Dan mengesan dimana anda boleh menjimatkan wang anda.
Mungkin selepas anda memahami perbelanjaan anda dan mampu berjimat cermat. Setelah anda mampu mengawal perbelanjaan anda, anda boleh berhenti membuatnya. Yang penting kesedaran dan keinginan untuk menyimpan wang akan membantu anda. Selamat mencuba.
Jika anda rasa info ini bermanfaat, klik la button like dibawah atau kongsilah bersama rakan anda melalui button share di bawah.


















very good tips
tq Shahrul
thanks a lot for the tip….alreaday share with friends in fb
terima kasih Linda kerna sudi share dgn rakan2 di FB..
nie yg bersemangat saya nak share lebih byk lagi..thanks ya
tq saya pun share tip2 ni ngn kwn2 fb
tq, azie kerna sudi share kat fb azie..
… tq…
p/s: kpd pembaca yg lain boleh share kat fb guna button share di atas..
semoga memberi menfaat kpd ramai sahabat kita..
salam…
klu dapat msukkn cnth rekod yg tlh di buat lg baik…
ape2 pn tq coz sudi share tips yg brmanfaat ini…
Wsalam… maafkan saya..
tq ya..
klu x rekod tp tampal aje bil dlm buku boleh ke en.hairul?..
Bergantung pada tujuan kita cik nuri….
kalo nak tengok jumlah terkumpul setiap perbelanjaan kita.
barulah rekod…. Ini sedikit sebanyak akan memberi kesedaran untuk kita berjimat cermat..
tq
thanx .. gud tips..
tima kasih kembali cik Ainna..
wah…bgus2…saya cukup suker bca tip bab simpan duit…hihi..tq
tima kasih kembali cik zira
cara seperti ini memang saya amalkan..tapi ini semua bergantung pada induvidu itu sendiri mendisiplinkan diri mereka dalam membelanjakan pendapatan bulanan..dengan cara ini kita akan ketahui kemana wang itu di belanjakan dan dengan cara ini juga kita akan ketahui sama ada perbelanjaan kita itu satu pembaziran ataupun tidak
benar tu cik purple.. ia bergantung kpd displin seseorang….
memang tidak mudah mendisplinkan diri untuk berjimat cermat…
pada saya, yg penting kesedaran sebenarnya…
InsyaAllah dgn mengetahui dimana dibelanjakan memberi kesedaran
kuat untuk berjimat cermat.. tq ya :d
dh cuba bai tpi memandangkn bini tk keja habis je. aku pernah pulun ot dpt 7k
mase tu gak bnyk bende pakai duit. 5 hari nk gaji menung bai. mane duit aku?
kekadang tu dpt simpn bai tpi ade je halnya lebur juge yg di simpn. sanggup ke tgok ank
nk sekolah tu tk de ni tk cukup. aku lelaki pakai tshirt ku ujung m’sia aku smpai tpi
sanggup ke tgok bini tk betukr bju. ade nasihat lain tk bai.
ada sape boleh bagi nasihat kat abg badar nie
abg badar, menyimpan mmg penting utk masa depan dan masa2 kecemasan, apa2
pun utamakan tangungjawab terhdp famili.Itu akan disoal diakhirat kelak. jangan dikesal apa yang telah kita belanjakan utk keluarga, ikhlas dan berbelanja secara berhemah. kaedah merekod juga sesuai digunakan agar kita tak habiskan byk mwang utk brg yg tak berapa ptg so boleh wang itu digunakan utk pekara yang lebih baik
joint insuran pun boleh menyimpan, cubalah untuk anak2…
tima kasih cik hajar.. tips yg sungguh bagus tu. tq ya
Salam sy dh penah buat cmtu tp xjalan gatal je tangan nak pakai duit so, so terpaksa gune alternatif y comfom berkesan iaitu bukak akaun semasa dapatgaji terus bankin 3rat, dh comfom ade simpanan
, ni hanya org y susah nak simpan duit je tq
wsalam, bagus juga cara tu. kalo nak lebih mudah minta company kita bekerja terus deduct gaji dan masuk ke akaun ASB. tq en. am atas tips tersebut.
saya dah mencuba juga menyimpan secara senyap2.. eh tau tau “terambil” juga simpanan tu!
must do something la.. kalau tak.. susah ni nak kaya!
Kalo nak kaya mmg kena belajar menyimpan dan buat bisnes
insya allah..terima kasih
Salam Hairul,
Saya selalu membuat perkiraan dalam kewangan saya. Dengan mengikut kategori saya akan plan setiap bulan. Tapi yang membuat saya pusing setiap bulan, pasangan tidak pula mengikut apa yang telah saya lakarkan untuk perbelanjaan yang telah dibuat. Setakat melihat apa yang saya plan dan tidak pulak merujuk semula apa yang diplan kan. Akibatnya, perbelajaan selalu lari dari bajet. Akhirnya dia akan serahkan segala baki kewangan yang dia tahu tidak akan mencukupi dan pandai2 saya lah untuk mencukupkannya.
Sebenarnya saya sudah bosan dengan cara sebegini. Bulan2 dan akhirnya menjadi tahun. Simpanan jauh sekali.
Apa pandangan hairul? Saya dan pasangan saya bekerja.
Wsalam en Fitri, sebenarnya teknik di dalam artikel saya ini bertujuan menimbulkan kesedaran dalam berbelanja dan berjimat cermat. Yg paling penting sekali ialah kesedaran. Susah juga jika kita seorang sahaja yg ada kesedaran tetapi tidak pada pasangan kita. Mungkin cik fitri boleh fikirkan cara untuk menimbulkan kesedaran pada pasangan en. fitri. Kerana en fitri lebih mengenali pasangan en fitri.
atau mungkin juga boleh cuba teknik en. Am dalam komennya sebelum ini.
terima kasih hairul. call me fitri jer.
akan cuba sekali lagi. mungkin silapnya saya plan sebelum perbelanjaan, sesudahnya, kita tak duduk fikirkan mana peginya wang itu. Sekarang ni lagi nak terapkan dengan anak2 mengurusi sendiri wang raya mereka. Buat balance sheet sendiri, duit masuk kuar, harus ditulis. mudah2an berjaya!
Sorry .. ingatkan laki
….
Memang bagus tu fitri. Ibu bapa seharuskan didik anak2 untuk berjumat cermat dan menguruskan perbelanjaan dgn berkhemah. Yelah, melentur buluh, biarlah dari rebungnya kan. Yg penting timbulkan kesedaran pada diri mereka. Semoga berjaya
Assalamualaikum… boleh tak upload jadual msexcell perbelanjaan ni… tq.
Lebih elok cik fadzilah bina sendiri. buat simple je untuk mengesan perbelanjaan…
Kalo saya beri yg saya punya belum tentu cik fadzilah paham formulation yg digunakan….
Alhamdulillah dari awal bulan lepas saya mula praktis untuk merekod perbelanjaan dalam Microsof Excel di H/P saya. Bila tinjau-tinjau balik, baru dapat lihat ke mana perginya wang kita selama ini. Dicadangkan juga kita juga merekod untuk satu fail dari Akaun Simpanan kita.
Benar tu en. Azeri, merekod di dalam excell file ini memudahkan kita mengesan kemana wang kita dibelanjakan.. Seterusnya memberi kesedaran kuat kpd kita untuk berjimat cermat.
Bagaimana panduan dan pandangan tuan dalam mengendalikan Pengurusan Kewangan bagi peniaga Kecil-Kecilan…sebagai contoh peniaga Pasar Malam…kerana ada yang mengaut keuntungan yang banyak pada masa-masa tertentu dan adakalanya langsung rugi..so perlu ada jalan terbaik mengatasi permasalahan ini..mohon pandangan tuan…
Memang benar tu en Aree.. ada masa2 bisnes pasar malam akan slow terutamanya selepas hari raya.. Oleh itu perlu ada kepelbagaian bisnes dan kesedaran menyimpan wang
Perniagaan pasar Malam di sekitar Pulau Pinang dan Seberang Perai mencatatkan kadar nisbah kerugian yang ketara pada bulan November…bukan di sebabkan selepas Hari raya tetapi hujan yang berterusan selama 3 minggu berturut-turut ..bila mana masuk jer jam 5 petang hujan pasti akan turun sehingga ke malam..
Dengan ini pelanggan tak dapat keluar mencari bahan keperluan dan peniaga akan alami kerugian, runguntan sering terdengar di sana sini..dan apa yang mampu kita lakukan bersabar dan berdoa agar perubahan cuaca segera berlaku sekitar sini…sama-sama kita doakan…
Semoga kita banyak bersabar dengan ujian ini serta berdoa dan redha akan ketentuan Ilahi….
Sebab itu pentingnya menyimpan wang dan mempelbagaikan bisnes kita……
very the very good tips…
semoga dapat di amalkan…
erm..betullah..setiap perbelanjaan haruslah direkodkan even 10 sen pun…tu pada pendapat sayalah sbb sy sendiri wat camtu..hehehe..kalo wat camtu baru kita tau betapa berharga nya nilai wang tersebut selain kita dapat berjimat cermat dan menghargai penat lelah kita (kalo yg bekerja lah)..lepas tu dapatlah enjoy utk diri sendiri..betul tak..huhuhu
Mmg bagus cik zurie merekod segala perbelanjaan..
Disitu timbul kesedaran untuk menyimpan dan tidak membazir….
Dah simpan banyak2, bolehlah melancong.. he.he.he
alhamdulillah..setakat ni dapatlah melancong ke tempat-tempat yg saya gemari..sekarang ni simpan duit utk keperluan kecemasan plak..mana tau ada benda yg diperlukan urgent..huhuhu
Bagus tu cik zurie.. beringat2 masa kecemasan nanti…
tak setiap masa kita senang kan
sye tak setuju cara tu..10 sen pun rekod huhuhu..tu namanya kedekut sgt..bujang bley la..lau kawen hehehhe..pasti anda akan tahu nilai wang sbenarnye…
Oh nie berkaitan dgn cara cik zurie di komen diatas ya…
sebenarnya setiap org ada cara tersendiri yg bersesuai dgn mereka…
Yg penting kita buatlah cara yg bersesuaian dgn diri kita…
Objektifnya tetap sama kan en aree .. he.he.he..
paling mudah untuk yang susah menyimpan… buat loan asb.. memang menguntungkan…
Mmg bagus cara tu utk menyimpan.. lagipun ASB dijamin oleh kerajaan…tq cik Harlina…
Dah pernah buat cara ini, tapi perlukan disiplin yan tinggi untuk merekod setiap erbelanjaan yang menggunakan jumlah wang yang banyak.
Yap perlukan kesedaran dan displin
abang saya guna cara ni sebab ada haritu nampak dia bukak mexcell.. ahakss
Mmg bagus sebenarnya merekod perbelanjaan
ada lagi satu teknik menarik kalau nak cuba..bila dapat gaji..cepat2 asingkan duit ikut perlu bayar dan masuk dlm sampul berasingan spt sampul utk installment rumah kete api air etc..sampul utk belanja makan (groceries)..sampul utk duit simpanan dan juga sampul utk duit ‘enjoy’..kata la duit enjoy kita tiap bulan adalah rm300..jadi tiap kali keluar pegi shpping mall ke tgk wayang atau makan luar..itulah duitnya..bile duit dah habis jgn spend lagi..
Tqvm atas tips tambahan tu… bagus juga guna sampul surat utk mengasingkan duit simpanan
memang nampak senang..tapi bile dah pegang duit sampul semua ntah kemana..selalu mcm tu kan..hehe
Yg paling penting ialah displin diri en Idir,
kalo tak de displin.. apa juga cara.. tak boleh digunakan..
tips yang sgt baik…terima kasih banyak2…sy telah melakukan tips nih….berkesan…!!
tima kasih diatas feedback ini.
tips ini mmg bagus tetapi memerlukan displin dan konsisten…tapi mmg berbaloi kan..
sy sudah pun melakukan demikian
Tahniah cik rozita. semoga berjaya ya…