Pernah rasa nak marah. Rasa geram semacam je. Atau rasa sedih dan celaru tak tentu hala. Tentu hilang mood dan keceriaan dibuatnya. Saya pasti, anda pernah merasainya kan. Namun pernahkah anda mencari puncanya dan cara menanganinya. Tak kan lah asyik nak moody memanjang kot. Tak best la macan tu kan.
Di dalam artikel ini, saya nak berkongsi sedikit petua dari pengalaman dan pandangan saya. Sekadar berkongsi pandangan, agar petua ini menjadi ingatan buat diri sendiri. Yelah Hairul nie mudah lupa taw 😛 . So artikel di sini lebih kepada mengingatkan diri sendiri dan juga pembaca blog yang sudi membaca. Bila kita menulis, kita akan lebih mengingati.
Seperti biasa, saya suka straight to the point sahaja. Jika anda berasa marah atau sedih. Cuba tanya pada diri anda. Tanya dengan jujur di dalam diri anda. Tanya di dalam hati anda dengan ikhlas. Tanya “Apakah sebenarnya yang anda mahukan”. Tanya “Apakah sebenarnya hati anda inginkan”. Cuba tanya dan jawab dengan jujur. Kerana emosi kita akan terganggu apabila keinginan dalaman ini tidak dicapai.
Apabila anda menemui jawapannya (keinginan dalaman). Cuba kurangkan keinginan tersebut. Bagitahu pada diri anda untuk kurangkan keinginan tersebut. Kesannya perasaan anda akan lebih tenang dan otak anda akan kurang berfikir dan kurang bercelaru. Dari pengalaman saya, ia hanya berkesan apabila anda menemui keinginan dalaman yang sebenarnya atau yang betul. So kena cari sampai jumpa. 😀
Elok saya bagi contoh untuk anda mudah memahaminya. Katakan selepas menyiapkan tugasan kerja, anda berasa geram je. So step pertama, tanya pada diri anda dengan jujur “Apakah sebenarnya yang anda mahukan”. Mungkin juga semasa menyiapkan tugasan, anda telah membina keinginan untuk hasil tugasan anda dihargai. Apabila keinginan ini tidak dipenuhi, hati anda akan memberontak. So step kedua, kurangkan keinginan dalaman diri anda. Cuba kata pada hati anda “Aku tak berminat nak dapat pujian dari bos” “Ucapan terima kasih dari bos, tak nak lah, tak penting lah semua tu” atau sebagainya.
Ini satu contoh yang simple untuk anda memahami konsepnya. So, bila anda rasa marah atau sedih, anda hanya perlu mengenalpasti keinginan dalaman yang tidak dicapai. Seterusnya mengurangkan keinginan tersebut. Dari pengalaman saya, ia berkesan. Otak anda akan lebih rehat dan kurang fikir yang bukan-bukan, Namun ia memerlukan masa untuk mencari keinginan dalaman diri yang betul dan mengurangkannya. InsyaAllah ia akan membantu anda mengawal emosi anda.
Satu lagi, apa jua kita lakukan katakan “Itulah yang terbaik aku lakukan. Kalau orang lain berada ditempatku pun akan melakukan perkara yang sama”
.
Jom Kongsi Tips Mengawal Emosi Dari Pengalaman Anda Pula
Tips ini dari pengalaman saya sendiri. Mungkin juga anda mempunyai tips mengawal perasaan emosi dari pengalaman anda sendiri. Sudilah kongsi dalam ruangan komen dibawah. BIla kita menulis dan berkongsi, bertambah lagi ilmu dan petua kita. InsyaAllah.
azriey amrie says
bagus tips ni… 🙂
Hairul Hissam says
tima kasih kerna sudi membaca cik azriey amriey.. InsyaAllah jika dipraktikkan dgn betul, sangat membantu kita lebih tenang 😀
akubiomed says
Saya adalah seorang yang ‘cool’ sebagai manusia biasa ada juga ‘blow up’ apabila kesabaran sampai kemuncak.
Hairul Hissam says
Itulah fitrah kejadian kita yg diberikan emosi. Semoga kita bersama bijak mengawalnya… 😀
ciknor says
lagi satu nak kurangkan tekanan saya pikir macam ni – bersyukurlah dengan apa yang anda dapat, ada orang lain lebih teruk lagi.
apa pun ,tkasih perkongsian bijak ini.
Hairul Hissam says
Tima kasih di atas tips bersyukur tu cik nor. Jika kita bersyukur ke hadrat Ilahi, insyaAllah hati kita lebih tenang. 😀
ashrih says
Baik,
terima kasih,boleh jadikan pedoman
Hairul Hissam says
Tima kasih kembali.. semoga bermanfaat ya Cik Ashrih.. 😀
fila says
good tips, I will share dgn my colleague yg selalu sgt moody, campur adukkan masalah personal sampai terbawak ke office. I pon akan apply this to myself, sbb I believe berperasaan positif will attract positive energy, and org sekeliling pon happy 🙂
Hairul Hissam says
Bagus juga share pada rakan sekerja.. Agar suasana office menjadi ceria dan harmoni…. 😀
marzura says
sy stuju ngan cik nor. kita patut fikir positif. buat perkara2 yg positif. impaknya hidup pun lebih positif.
Hairul Hissam says
Berfikiran positif mmg sgt menceriakan kehidupan kita…. 😀
Nurul says
yea..sy bersetuju dgn pandangan en.hairul..sy pernah mengalaminya malah bukan sekali menghadapi perkara tersebut..saya suka apabila melakukan satu kerja dengan penuh teliti supaya kerja yang dilakukan mendapat hasil yang berkualiti..contohnya, sy hendak buat satu tugasan, saya akan cuba sedaya mungkin untuk melengkapkan tugasan tersebut, bukan sekadar mengikut list yg mst ada dlm tugasan, tapi saya akn cari pula alternatif untuk membezakan hasil kerja sy dgn org lain..bermakna, sy cuba meletakkan semaksimum yang mungkin kualiti atas hasil kerja saya..tapi adakala tak tercapai hasrat sy..dan apa yang sy lakukan..sama mcm en.hairul sarankan..alhamdulillah..sy dpt tnangkan keinginan tersebut dan sehingga kini sy mengamalkannya..:)
Hairul Hissam says
Bagus tu cik nurul. Buat sesuatu kerja dengan bersungguh2 dan terbaik.. Namun apa jua hasilnya, kita perlu redha sebab kita dah buat yg terbaik kan…tima kasih cik nurul.. 😀
Nurul says
btul tu..tp ble kte dh cuba bt sehabis baik, tp hasilnya tak seperti yang diharapkan..rse terkilan juga skit..tp pastu sy tetap redha sbb sy dh cuba bt yg terbaik..hehe sme2..:)
Hairul Hissam says
Sebab itu Islam mengajar kita utk redha dgn qada dan qadar. Kerana tiada siapa yg perfect.. 😀
Nurul says
yea..btul tu..hehehe 🙂
sarifah says
Amat bersetuju dengan pendapat dan cadangan. Pengalaman saya jika rasa marah @ tak puas hati dng seseorang saya akan cakap pada diri sendiri ” Lantak le – lebih baik cakap dng pokok dari cakap dng orang yg tak faham bahasa.
Hairul Hissam says
Bagus cara cik sarifah. Yg penting kita kena cool down diri kita kan.. 😀
azrin says
terima kasih kerana memberikan tips yang sangat membantu saya dalam menjalankan tugas dengan lebih baik.
Hairul Hissam says
tima kasih kembali.. semoga menceriakan lagi kehidupan cik azrin 😀
suri says
sy akan buat keje cma biasa bab mrah abaikan ketepi klu tak tahan luahkan heeee
Hairul Hissam says
Bagus cara tu. Ketepi kan dulu sehingga emosi kita lebih stabil. tima kasih cik suri… 😀
lewis says
memang kadang2 susah nak handle tekanan, tip ni bagus
Hairul Hissam says
Yap.. bila emosi kita terganggu.. mmg sukar juga sebenarnya… 😀
Encik Anif says
Bila dalam tekanan, biasanya saya cuba untuk bertenang dan sentiasa mengingatkan diri supaya terus bersabar. Dengan bersabar, Insyallah otak mampu jadi rasional semula.
Hairul Hissam says
Tima kasih atas tips bersabar tu En. Anif. Betul tu. Kena selalu ingatkan diri sendiri 😀
Billytai says
Bila masa emosi bad dtng,relex aje sekejap & pergi mandi,sembahyamg,makeminun /brfikir cerita suka silang.Buat pura2 ceria.
Hairul Hissam says
terima kasih di atas tips mengawal emosi tu..
hafizmd says
Best!
Maksudnya, kalau dalam contoh ni, jangalah kita buat sesuatu kerana selain dr Allah. Kalau kita dah siap target redha manusia, kita mmg akan rasa kecewa kalau tak dapat, kalau kita harap redha Allah, pasti kita akan lebih tenang dan ceria.
TErim kasih bro hairul! =)
Hairul Hissam says
Betul tu bro.. kalo buat sesuatu kerana mencari keredhaan Allah, insyaAllah hati akan sentiasa tenang sahaja. Tima kasih atas tips bagus tu bro..
tehr says
ada ketika aku juga geram dengan kerja
tapi kejap je
hehe
Hairul Hissam says
Kalau geram ngan kerja.. apa kata en. tehr buat bisnes online… gerenti hilang geramnya.. he.he.he
aina says
tips ni bagus terutama golongan yang ada tekanan hidup.
harap2 dengan adanya tips ni boleh kurangkan sikit tekanan yang ada 😉
yang penting basa kepada nawaitu diri.. buat apa2 pun takpe yang penting nawaitu kena betul 😀
Hairul Hissam says
Betul tu kata cik aina.. jika kita perbetulkan niat.. InsyaAllah hati kita lebih tenang dan fokus… 😀
Hazmin Hamudin says
Emosi ni kalau tidak dikawal dengan betul, boleh menyebabkan perasaan marah tu datang. Lepas tu mula rasa jadi pergaduhan.
Hairul Hissam says
Benar tu kata en. hazmin. pergaduhan berpunca dari kemarahan dan emosi yg tidak dikawal 😀
chii says
tips dan pandangan yg bagus utk dipraktikkan..
emosi chii sering berubah2..tp cpt cool..ehehe
Hairul Hissam says
Biasalah cik chii, kita nie kan manusia. Bukannya robot.
Namun perlu usaha mengawalnya agar tidak memburukan keadaan 😀
Mekar says
kalau hati tengah nak marah & tiba2 stress, cepat2 la istifar. InsyaALLAH emosi yg tak baik itu akan berkurangan
Hairul Hissam says
Tima kasih cik mekar.. bagus tips tu.. Ia juga dapat menghalau syaitan yg menghasut kita 😀 ..
akram raffik says
assalaimualaikum.saya akram.saya mempunyai masalah di tempat kerja kerana mempunyai bos yg suka memarahi sya walaupun kerja yg saya lakukan itu betul dan sering memaki -hamun sya.apakah tindakan yg patut saya lakukan?
Hairul Hissam says
Kalau saya, saya lebih suka cari kerja lain yg bosnya bertimbang rasa dan menghormati kerja dan kebolehan kita. 😀
nadiah says
salam.terima kasih atas perkongsian yg bermakna ini. tp betul. bila ada keinginan dalam hati tak tercapai, emosi kita akan terganggu. tp sy ada masalah, seolah2 mcm xboleh nk kawal diri sendiri….maybe sbb sy ni slalu bfikiran negatif..sy sdg berusaha memperbaiki diri sbb sbnrnya kita boleh kawal apa yg kita fikirkan & rasakan. betul kan?
Hairul Hissam says
Betul kata cik nadiah.. Keinginan ini kadangkala kita bina tanpa disedari yg boleh menyebabkan kita gagal mengawal emosi kita.. semoga tips ini membantu cik nadiah untuk hidup lebih ceria dan bahagia 😀
idham isco says
sya seorang yg permalu. …takut utk bertnya mcam mne nak mengantasi msalah sya ini tlong sya …
Hairul Hissam says
Cuba baca artikel nie dgn teliti dan fikirkannya. Kerana hanya diri kita sendiri sahaja yg dapat mencari jalan penyelesaiannya…