Petua tips kebahagiaan rumah tangga ini adalah kiriman dari pembaca blog ini iaitu Cik Tie. Tips ini dari pengalaman beliau sepanjang meniti kehidupan berumah tangga. Jom kita baca info yang bermanfaat untuk kebahagiaan rumah tangga.
.
Tips Kebahagiaan Rumah Tangga
Kita asyik mendengar masalah rumah tangga dan penceraian. Disini Cik Tie ingin bekongsi tips kebahagiaan rumah tangga buat pasangan yang berumah tangga. Sebelum itu, jom kita check apa yang berlaku sebenarnya.
~ Ego : Hm….ni masalah besar ni, masing2 nak pertahankan ego je, so siapa yang nak pertahankan rumahtangga? Tak salah kalau salah seorang mengalah. Mengalah bukan ertinya kalah. Tapi mengalah demi kebahagiaan rumah tangga
~ Panas baran : Kalau salah satu pasangan tengah marah, yang seorang lagi tu kenalah tenangkan. Kadang-kadang dalam perhubungan, salah seorang kena ambil sikap memendam daripada meluahkan. Tips kebahagiaan rumah tangga ini perlu dititik beratkan terutama pada suami.
~ Malu : Ini selalu terjadi samada dikalangan suami atau isteri. Malu dengan kawan-kawan samada mempunyai suami/isteri yang tidak setaraf. Bagi sesetengah suami, suka menunjukkan kekuasaanya di depan kawan-kawan dan malu jika dikatakan mengikut telunjuk isteri, hingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga. Oleh itu suami isteri hendaklah saling tolong menolong, dan jangan pedulikan pandangan orang lain. Kebahagiaan rumah tangga terletak dari diri kita, bukan orang lain.
~ Tanggungjawab : Telah menjadi lumrah, tanggungjawab mencari rezeki adalah tugas suami, manakala menguruskan rumahtangga adalah tugas isteri. So, jika isteri menggadakan tugas mereka membantu mencari rezeki, tidak salah para suami juga mengorbankan masa mereka membantu para isteri dalam menguruskan rumah tangga.
~ Romantik : Sesetengah lelaki tidak pandai menunjukkan kasih sayangnya. Jadi para isteri cuba memahami keadaan ini. Dan bagi suami pula, tidak salah sesekali berbelanja untuk memberi kejutan istimewa untuk isteri. Semoga si isteri memahami tips kebahagiaan rumah tangga ini.
~ Ibadat : dalam kehidupan seharian, kita digalakkan beribadat. Kerana kunci kebahagiaan rumah tangga terletak pada ibadat kita. Oleh itu, jangan sesekali tinggal solat. Kerana solatlah membentuk peribadi kita, dan membantu menenangkan fikiran kita.
~ Doa : Disini Cik Tie berkongsi doa untuk amalan supaya hubungan suami isteri bertambah bahagia iaitu dari Surah Taha Ayat 39.
Hairul.com: Terima kasih Cik Tie kerana sudi berkongsi Tips Kebahagiaan Rumah Tangga Mengelak Penceraian. Agar dapat membantu pasangan suami isteri hidup lebih bahagia.
Psst: Si isteri janganlah asyik nak romatik ajeee macam filem korea tu. Si suami pula kenalah belajar sikit2 skill romantik untuk kebahagiaan keluarga. Alaaa tiru je macam mamat korea tu buat he.he.he.
TehR says
aku adalah salah seorang yang tak reti nak romantik
pelik je rasa
Hairul Hissam says
berpantun juga kira romantik juga bro tehr 😀
romantik ini subjektif … berbeza pada setiap wanita/lelaki
pada saya.. apa sahaja yg membuatkan perasaan wanita disayangi ……
akubiomed says
Minta jauh perkara-perkara yang boleh meruntuhkan keharmonian rumah tangga.
Hairul Hissam says
Semoga keluarga bro akubiomed terus ceria dan bahagia..
UmmiKami says
Salam manis menumpang lalu.. 🙂
Sampah bersepah diberi plastik,
Penuhnya ulat sudah berbau;
Alangkah bahagia suami romantik,
Suruhnya buat semuanya mahu. 😀
Hairul Hissam says
Suami romantik pilihan hawa
Membuat hati hawa teruja
Menyuruh suami biarlah berpada
Agar keluarga hidup bahagia
UmmiKami says
Cantik terserlah sirama-rama,
Besar kepaknya menghisap madu;
Romantik kenalah bersama-sama,
Agar hendaknya bersuap selalu. 😀
Hairul Hissam says
Kalau kat kedai makan bersuap2 kak Ummi… tentu isteri lain jeleous je tgk. heee
UmmiKami says
Tau tak pe kaan..hehe
UmmiKami says
Jangan di cap tengah buang tabiat sudah ye 😀
Hairul Hissam says
he.he.he. 😀
nazray says
wah terasa matang la pulak bila cerita pasal kisah rumah tangga terima kasih atas doa nya, InsyaAllah
Hairul Hissam says
Semoga menjadi panduan bro berumahtangga nanti… Tips dari cik tie yg berpengalaman nie…
riza says
Satu lagi tips yang kak riza nak tambah…kita kena sedar, suami atau isteri kita ini akhirnya boleh membawa kita ke syurga atau neraka…kita sememangnya nak bersama-sama masuk syurga bila di alam lain nanti. Jadinya, BERSAMA-SAMALAH BERUSAHA sedaya upaya mengharungi hidup ini mengikut landasan yang telah ditetapkan oleh Ilahi.
Hairul Hissam says
Benar kata kak riza. Org yg bijak org yg bersiap2 utk hari kematian. Kalau dapat bersiap2 bersama keluarga tentu lebih bermakna. 😀
riza says
Itulah tujuan berumah bertangga…
Hairul Hissam says
bagus tu 😀
hanafi abdullah says
tujuan utama perkahwinan untuk mendapat ketenangan(sakinah) jiwa,emosi dan apa sahaja yang berkaitan.Hanya kelurga yang bahagia dapat merasai nikmat sakinah.Walahualam.
Hairul Hissam says
Setuju ngan en hanafi. Itulah salah satu tujuan utama berumahtangga. semoga Allah s.w.t. memberi kita sakinah dalam kehidupan kita. 😀