Rasa menyesal pulak beli rumah depan sekolah. sebab banyak keburukkan membeli rumah di depan sekolah nie. Keburukkannya bila time budak-budak masuk atau balik sekolah. Dengan asap kereta, riuh budak2 sekolah dan bermacam lagi. Memang tension beb. Ok sebelum saya berikan 7 keburukan rumah depan sekolah, apa kata kita tengok dulu testimonial pakej deco.rahsiakek.com
Rajin betul abang tu hantar gambar kat wasap saya semenjak bun dulu. Seronok juga tengok gambar-gambar yang dihantar. Dan saya pun tumpang gembira bila tengok beliau berjaya menjual bun, pizza dan terbaru kek. So jika ada pembaca blog ini ingin belajar membuat kek dan deco, boleh belajar di www.deco.rahsiakek.com
Tips 7 Keburukan Beli Rumah Depan Sekolah
Mungkin ramai yang plan nak beli rumah di depan sekolah. Dengan alasannya, senang anak nak ke sekolah. Namun pada saya lebih banyak keburukkan daripada kebaikkan beli rumah di depan sekolah. Di bawah nie 7 keburukan beli rumah di depan sekolah:
1. Rumah cepat berhabuk dan lantai rumah cepat hitam akibat asap kereta. Kena pulak kereta boleh lalu belakang rumah. Depan rumah dan belakang rumah kena sembur dengan asap kereta. Memang asyik kena mop lantai jee laa.
2. Kawasan luar rumah penuh dgn sampah budak-budak sekolah. Tension beb tengok sampah-sampah minuman dan makanan di depan rumah. Sabar jee laa.
3. Suasana bising dan riuh-rendah budak sekolah. Biasanya bising pada waktu diaorang masuk kelas, waktu diaorang rehat dan waktu diaorang balik. Kalau penduduk yang kerja syif malam, memang menganggu juga tidur siang mereka.
4. Leceh sikit kereta nak keluar rumah. Kena pula yang parking betul-betul depan pagar. Dah nak kena suruh diaorang alihkan ke tempat lain. Dah terasa macam duduk kat kawasan kedai atau bank pulak.
5. Udara yang kurang baik menjejaskan kesihatan dan boleh cepat tua. Yelah kalau tiga hari tak makan, masih boleh hidup lagi. Tapi kalau seminit tak bernafas, confirm laaa kiokkk. So udara yang segar amat penting pada kesihatan dan keremajaan diri anda.
6. Mudah untuk pencuri mengintip rumah kita. Sesiapa sahaja boleh parking depan rumah dengan alasan menunggu anak sekolah. Kita pun bukan kenal mereka. So peluang terbuka luas untuk pencuri mengintip mana-mana rumah sebelum menyamun.
7. Kereta di carporch, cepat betul berdebu. Memang selalu kena basuh kereta. Manakala baju yang disidai di luar rumah atau carporch pun confirm kena sembur dengan asap kereta.
So pada pandangan saya, lebih elok beli rumah bukan di depan sekolah atau jauh dari kesesakkan kereta. Ini dapat memberi ketenangan, keselesaan dan kesihatan yang baik pada keluarga anda. Semoga artikel ini bermanfaat.
mrhanafi says
selain bising rumah dekat sekolah boleh jadi tempat persinggah murid yang ponteng sekolah
Hairul Hissam says
Nasib baik juga rumah ada pagar, kalau tak, jadi tempat melepak budak2 sekolah semasa saya tiada skrg nie..
ahmadyani says
Rumah dekat sekolah bagus tapi bila di depan atau bersebelahan sahaja memang menyusahkan…
Hairul Hissam says
Rumah betul2 depan sekolah tu yg masalah kan bro..
Tapi asap kereta, van, bus tetap tersembur ke rumah yg berdekatan…
Putri says
Tu tak termasuk lagi jalan yang akan jem setiap kali budak balik sekolahhhh hohohoo
Hairul Hissam says
Petul tu. sampai rumah, dah terasa mcm kat trafik light pula. .heee
azimah mohd zainuddin says
Rumah opah saya depan sekolah. Dulu masa kecil selalu fikir kalau tak datang sekolah mesti cikgu akan datang rumah. Tak bestnya, tak dapat ponteng sekolah
Hairul Hissam says
Bagus juga kepada anak-anak utk lebih berdisplin dan rajin belajar….
MDHAFiZ.NET says
biasanya cikgu muda mcm saya lah yg gemar klu rumah mereka lg dekat dgn sekolah tempat mereka mengajar.
Hairul Hissam says
Kalau cikgu mmg seronok dpt rumah depan sekolah mereka. jimat tenaga, duit petrol dan bermcam lagi.
Raihanah Ahmad says
selalu saya minat juga beli rumah depan sekolah atas alasan sama. ni kena pk baliklah
Hairul Hissam says
Mmg banyak perkara perlu difikirkan. Sebab nanti bila anak dah habis sekolah, kita tetap kena lalui 7 keburukan tu seumur hidup kita.
Zurainny Ismail says
Betul jg tu….tapi sebenarnya rumah dekat dengan sekolah bagus, asal tak terlalu dekat…:D
Hairul Hissam says
Tapi bila ada pengalaman rumah depan sekolah, mcm serik pula dan lebih prefer rumah jauh dari sekolah.. 😀
Noriza Rahman says
Keburukannya itu lah kan, tapi kalau ada anak mudah la nak ke sekolah sebab rumah depan sekolah..hihi
Hairul Hissam says
Anak2 yg paling syok kan. tak perlu bangun awal sangat utk tunggu van sekolah..
cik tom says
jawabnya mungkin lagi lambat ke sekolah..ehhe
Hairul Hissam says
Mungkin juga .heeee
Hairul Hissam says
Kena buka citer upin ipin.. confirm cepatt jee bangun. heeee
Noriza Rahman says
yang tu sudah semestinya…
Sani says
Masa mula mula beli memang tiada sekolah kat situ, mana tahu tiba tiba nak buat sekolah pulak.. nak buat cam mana.
Hairul Hissam says
Kalau macam tu, kena redha jee bro. heee
cik tom says
ingatkan kalau depan sekolah lagi mudah nak meniaga..
tak sangka byk jgk rupanya bruk ek…
Hairul Hissam says
Kalau tujuan untuk berniaga mmg bagus.. Lagi2 kalau dapat supply makanan untuk kantin sekolah. Memang lumayan tu..
ema says
sama juga masalah yang saya hadapi..rumah dekat dengan kedai makan.
Hairul Hissam says
Kena banyak bersabar tu. heee
onlajer says
laa dulu masa kecik kawan ingat kalau rumah depan sekolah kan best, rehat boleh balik makan, nak gi sekolah boleh lewat sikit tak gitu hihihi
Hairul Hissam says
Jimat juga duit belanja anak2 bila boleh balik rumah makan..
Ummar Farouk says
Tak sangka pulak boleh jadi sebeban sebegitu. Ingatkan byk kpd kebaikan, sbb rata2 org fokus cuma kebaikan demi anak2 jer.. Tapi sebenarnya ade keburukan yg dia tak tahu.. Mesti kena sebarkan neh…
Hairul Hissam says
Yg ruginya selepas semua anak2 dah habis sekolah, kita tetap lalui semua tu seumur hidup kita. hu.hu.hu..
sabree hussin says
Kalau sampai mengganggu keselesaan kita, tu yang jadi tak syok tu
Hairul Hissam says
Keselesaan tu yg paling penting kerana rumah tempat kita beristirehat kan bro..
olaoli says
saya pun ada juga beli rumah berhampiran dengan sekolah. tapi bukan betul-betul depan sekolah
Hairul Hissam says
Berhampiran masih ok lagi bro…
aimannajmy says
rumah sedara saya betul2 depan sekolah.. view tepi sebelah padang.. bila pergi rumah dia time waktu rehat boleh la nampak budak bergasak kat padang.. riuh rendah (sekolah rendah).. mai time malam baru rasa sunyi balik
Hairul Hissam says
Bila terlalu riuh dan nak panggil jiran sebelah, mmg tak dengar laaa.. heee
Hafizul says
Huhu.. ALhamdulillah.. Mujurlah rumah saya jauh dari sekolah.. Duduk dikelilingi pohon-pohon kayu…
Hairul Hissam says
Lagi syok rumah keliling pokok, tentu sejuk, nyaman dan tenang. kan…
myliferia says
Sedapnyer tengok gambar kek pandan layer tuh…hehe
memang betul pun, bila dah dekat sekolah, tu semua terpaksa dihadapi.
Hairul Hissam says
Dan kena hadapi seumur hidup kita pulak tu. heee
Uncle Zuan says
ok noted. kena avoid beli rumah depan sekolah kalau macam ni 😀
Hairul Hissam says
Betul tu bro…
MOHD.FAISAL says
Setuju sangat sebb dulu tahun 2012 rumah saya depan sekolah kebangsaan. mulanya macam suka sebab kawasan depan rumah luas (tak ada rumah tp kawasan sekolah). Juga dekat dgn main road. Tapi lama kelamaan jadi tak suka sebab yg sama mcm yg penulis tulis kat atas. Tambah pulak Johor hari Ahad sekolah, kita pulak laki bini kerja swasta jadi weekend nak rehat/santai tp tak dpt sebab ahad dah semak depan rumah dgn van/bas sekolah, kereta parking, org meniaga, bla bla.. tahan 3 tahun jek tahun 2015 jual rumah tuh & beli rumah lain kawasan dlm sikit. sekarang hidup dgn aman dah jauh dari sekolah.
Hairul Hissam says
saya pun ingat nak jual rumah depan sekolah tu Tapi tunggu harganya naik triple dulu..
Tapi masa jual nanti mesti tulis kelebihan byk duduk rumah depan sekolah .heeee
Mohd faisal says
Aaah sy jual rumah dulu dpt untung double. Nasib boleh buat pengecualian cukai kalo tak kena 30% kena tax. Buat deposit rumah + renovation.. puas hati.
Hairul Hissam says
Boleh saya tahu mcm mana nak buat pengecualian cukai tu… rugi betul 30% untung melayang ke government..