Kini masyarakat kita telah mula peka terhadap kesihatan dan makanan yang bahaya pada kesihatan. Memang menakutkan apabila membaca bermacam-macam keburukan makanan yang dimakan setiap hari. Ditambah lagi pelbagai penyakit yang dihidapi oleh golongan muda membuatkan kita lebih berwaspada.
Namun tahukah anda, kita telah menggunakan pelbagai makanan yang merbahaya pada kesihatan semenjak dulu lagi. Antara makanan tersebut seperti dibawah:
1. Ayam yang disuntik dengan hormon pembesaran
2. Kebanyakkan daging lembu telah ditambah dengan bahan pengawet dan pewarna
3. Ikan yang mengandugi PCB, sisa pencemaran dan air pengawet.
4. Beras yang di diputihkan dengan bahan kimia.
5. Buah import telah di sembur dengan air pengawet 5-7 kali agar tahan berbulan-bulan.
6. Roti mengandungi bahan kimia pelembut
7. Hampir kesemua makanan yang di bungkus mengandugi bahan pengawet.
8. Daun Teh yang kita minum mengandungi sisa racun serangga
9. Hidangan fast food mengandungi tahap trans fat yang tinggi
10. Kimia pada plastik boleh menyerap ke dalam makanan
11. Dan banyak lagi.
Semua ini bahaya kesihatan terutamanya pada organ-organ tubuh dan sistem peranakan kita.
Boleh ke macam nie -> Dengar je ayam yang disuntik bahaya kesihatan, terus tidak memakan ayam? atau dengar je beras diputihkan dengan bahan kimia, terus tidak makan nasi? Kalau semua bahaya, nak makan apa ya. Akhirnya mati kelaparan..he.he.he π
Sebenarnya tubuh kita mempunyai sistem imun dan organ-organ yang berperanan membersihkan dan memulihkan kesihatan kita pada keadaan asal. Inilah menjadikan kita masih lagi sihat walaupun telah consume atau memakan makanan ini. Namun pemakanan yang berlebihan barulah boleh menjejaskan kesihatan kita dan merosakkan organ-organ di dalam tubuh kita.
Sama seperti sebuah mesin pembersihan di indah water. Ia berfungsi dengan baik jika kotoran yang masuk pada tahap terkawal. Tetapi jika kotoran yang dimasukkan pada kuantiti banyak dan berlebihan, sudah pasti mesin pembersihan tersebut akan overload dan rosak kerana tidak dapat menampung jumlah kotoran yang tinggi. Sama jugalah pada organ-organ di dalam tubuh kita.
Dan tahap bahaya sesuatu makanan ada tinggi dan rendah. Elakkan memakan makanan yang bahaya tahap tinggi.
.
.
Cara Terbaik Menjaga Kesihatan Kita
Oleh itu cara terbaik menjaga kesihatan ialah memakan dengan sederhana dan tidak berlebihan. Ini semua sebenarnya telah diajar di dalam agama islam. Kita dilarang makan berlebihan, berhenti makan sebelum kenyang , mengisi 1/3 perut dengan makanan, 1/3 perut dengan air dan 1/3 perut dengan udara. Berapa ramaikah kita mengamalkannya. Inilah sebenarnya salah satu punca ramai menghidapi penyakit.
Salah satu cara lagi meningkatkan kesihatan ialah dengan senaman. Senaman juga amat penting dalam meningkatkan kualiti organ dan sistem imun kita. Dengan senaman kita dapat mengeluarkan toksik-toksik di dalam badan melalui peluh. Ia juga mampu menguatkan otot, organ-organ dan kelenjar di dalam badan. Oleh itu lakukan sedikit senaman setiap hari bagi menguatkan sistem imun anda.
Kehidupan yang ceria juga sebenarnya meningkatkan kesihatan anda. Ia membantu peredaran darah dan pernafasan berfungsi dengan lebih baik. Elakan dari tekanan, kerana ia hanya menyebabkan ketegangan otot dan ketahanan sistem imun kita menurun. Dan seterusnya menyebabkan kita terdedah dengan pelbagai penyakit. Sebenarnya fikiran positif sangat membantu menceriakan hidup kita. Namun lebih ramai memilih untuk berfikiran negative. Nak tahu sebabnya. Itulah kerja syaitan-syaitan yang menghasut di sekeliling kita. Dari zaman Nabi Adam sehingga sekarang tidak mati-mati. Oleh itu berhati-hatilah dengan fikiran negatif.
Dikesempatan ini saya ingin berkongsi dengan anda sebuah buku yang menarik dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Saya memang rajin membaca buku mereka. Salah satu bukunya ialah βKetuhar Gelombang Mikro Resepi Kanserβ Tahukah anda microwave atau gelombang mikro dari Ketuhar ini mampu menjadikan makanan anda bertoksik. Ini akan menambah lagi toksik ke dalam tubuh anda. Saya amat menyarankan anda untuk menggelakkan dari menggunakannya.
Anda boleh mendapatkan buku ini dari kedai buku seperti Popular dan Badan. Ia kini mula diedarkan oleh kedai-kedai buku. Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda. Anda dialu-alukan berkongsi dengan rakan-rakan anda melalui button share dibawah. Semoga lebih ramai mengetahui cara terbaik menjaga kesihatan mereka.
mekar says
Saya baru lepas buat artikel pasal pemakanan roti dalam blog saya. Iaitu roti putih kurang baik utk kesihatan berbanding roti gandum,. Byk komen masuk kata tak mampu pula nak beli roti gandum sbb ia lebih mahal.huhu
Hairul Hissam says
Saya pun baru baca artikel tersebut..
memang bagus artikel yg cik mekar tulis tu…
lepas ini kena la saya tukar beli roti gandum pula.. :D..
Roti gandum lebih sihat dari roti putih..
namun dalam pembuatan roti gandum mereka tetap
juga letak bahan pelembut yg tidak elok pada kesihatan…
Oleh itu lebih baik makan dgn cara bersederhana.. tq ya π
Bumilangkawi says
Btul tu beserdahana ketika makan…walaupun makanan tu sihat ttp portion @ saiz makanan terlebih akan menjdikan makanan sihat tu tidak sihat….cth nasi putih disarankan hanya 1 mangkuk manakala roti hanya 2 keping shaja..selalunya kita terlebih makan..hhehe
Hairul Hissam says
Betul tu… Perlu bersederhana dalam makanan dan berhenti sebelum kenyang.. π
mamaji says
Kalau ayam/daging bahaya boleh ganti gan ikan atau telur, nasi yg kite makan tu hari2 camane pulak nak ganti gan ape agaknya – ubi kayu kot. pas ni hairul bolehlah tolong bg resipi berasaskan ubi kayu. Tq hairul dpt share info ni, ramai yg tak sedar bahayanya makanan zaman moden ni.
Hairul Hissam says
wah. bagus tips yg mamaji berikan. π
teringin pulak nak makan ubi kayu rebus cicah sambal..
sekali sekala makan memang sedap…
Bumilangkawi says
apa yg sy baca jika boleh kurngkan makanan didalam tanah seperti ubi, lobak kerana ianya berkanji dan berkarbohidrat tinggi..karbohidrat tinggi menghasilkan gula berlebihan dan akhirnya disimpan sebagai lemak.. π
Hairul Hissam says
Terima kasih atas pandangan dan nasihat tersebut π
sejenjang says
saya katakan saya amat bertuah berada dalam lingkungan blog ini.atikel semuanya menarik dan memberi manfaat dalam kehidupan.sungguh ikhlas tulisan anda.saya berharap hubungan saya di sini akan berterusan sampai kapan.dengan izin anda. Moga Allah menambahkan pahala anda di dunia dan di akhirat.salam.
Hairul Hissam says
tima kasih kembali En. Sejenjang :D..
Saya turut gembira dan bersyukur sekiranya tulisan saya memberi manfaat bersama…
semoga en. berjaya di dunia dan di akhirat..
hazita says
salam en. hairul, boleh x bgtau sumber tu dapat dari mana? saya ada wat asignment pasal pemakanan yg meliputi pelbagai aspek.. so..sy kena letak reference kat situ.. tq.
Hairul Hissam says
Wsalam. Kebanyakkan dari pembacaan buku dan majalah persatuan pengguna pulau pinang.. tapi tak ingat buku yg mana.. π
amie says
secara tidak sedar kita sebenarnya mendedahkan diri dan keluarga kepada kanser.. macamana kita nak tahu yg beras yg kita beli tu tak “diputihkan”?
Hairul Hissam says
Setahu saya semua beras diputihkan kecuali yg warna coklat. π
amie says
ermmm..lupa pulak nak tambah…sekarang ni saya sedar kenapa org dulu2 payah nak kena penyakit…awak percaya tak hairul?diorang xmakan mcm kita..
Hairul Hissam says
Benar tu cik amie. Satu lagi org dulu2 byk buat kerja berat. Itulah yg menjadikan sistem imun mereka kuat dan badan sentiasa sihat. Org skrg ini, asyik duduk je π
amie says
ermm…time raya nanti mesti ramai yg xberingat time makan… bedal jer apa yg ada di atas meja…ketupat, lemang, gulai, aneka biskut yg kaya ngan butter, gula…xlupa pelbagai jenis soft drinks… kalau saya time raya mmg intai biskut apa yg sedap kat dlm balang… especially like tat nenas.. mmg best !!! lepas makan mulalah menyesal sbb makan banyk… raya baru jer seminggu..tapi badan naik….
Hairul Hissam says
Mungkin juga sebab tu lepas raya ada puasa enam. Untuk kurangkan makan dan minum yg berlebihan. semoga kita menjaga kesihatan bersama π
amie says
salam aidilfitri buat hairul…mesti meja hairul penuh dgn juadah istimewa dan biskut yg best2…………..
Hairul Hissam says
Salam aidilfitri. semogo Cik amie ceria menyambut hari raya ini.. π
sham iman says
maknanya roti gardenia, hi5 & massimo tu semua tak elok ke. nak makan roti ape ni
Hairul Hissam says
Dalam artikel ini, bukan kata tak boleh makan en sham. tapi makan dengan sederhana.. kena baca artikel hingga habis π
riza says
Pasal fikiran positif ni, kak Riza ada kawan yang apabila dia mengulas tentang sesuatu mesti cakap yang positif je. Jarang dia ikut mengata orang lain. Baik betul dia. Dia ada satu amalan lagi, suka solat tahajud, itupun kata dia, dia solat dah mendekati subuh. Kesannya kami perasan pada wajah dia, ‘bercahaya’ je…cantik..tak pakai mekap pun. Sebenarnya dia tak sedarpun yang wajahnya begitu, bila kami bagitau dia, baru dia tau. Anugerah tuhan di dunia ni…
Hairul Hissam says
Kalau kita bergaul dgn org yg positif, insyaAllah diri kita pun akan jadi lebih positif. Sebaliknya bila bergaul dgn org yg asyik berkata negatif, serba sedikit ia memberi tekanan dalam hidup kita. Banyak betul manfaat solat tahajud. Mmg untung mereka yg amalkannya di dunia dan akhirat π
riza says
Betul tu Hairul. Orang sekeliling memang ada pengaruh dan memberi kesan pada kita. Tapi yang utamanya, kita kena positif dulu, aura positif ni akan tersebar pada orang sekeliling kita juga. Masing-masing mendapat manfaatnya.
Hairul Hissam says
Setuju ngan kak riza.. yg penting kena perbetulkan diri dulu. Ia perlukan usaha, ilmu dan istiqamah. Dan kena ingat, syaitan di kiri dan kanan kita bekerja 24jam menghasut kita utk berfikiran negatif. .:D
hafizmd says
Nak elak mmg agak susah, tp kita masih ada pilihan lain. Tinggal nak buat atau tak nak jer.ermmmm
Rindu suasana kampung. Byk yg boleh dpat depan dan belakang rumah =)
Hairul Hissam says
Elok kurangkan yg termampu… Tapi kalau terasa nak makan.. bedal jeee… he.he.he…
Mungkin sebab tu org kampung sihat2 sbb makanannya betul2 asli dan tiada bahan kimia.. π
ARUMUGAM says
SETELAH SAYA MEMBACA ARTIKEL INI, IANYA MEMBERIKAN SAYA SATU KESEDARAN YANG AMAT BERGUNA BUKAN SAHAJA KEPADA SAYA MALAHAN KEPADA SEMUA AHLI KELUARGA SAYA. SEMOGA USAHA TUAN DIBERKATI. HANYA TUHAN SAHAJA YANG BOLEH MEMBALAS BUDI TUAN. SEKIAN
Hairul Hissam says
Mmg penting ilmu dan kesedaran kesihatan ini supaya kita dapat mencegah sebelum terlambat.. Semoga info ini memberi manfaat buat keluarga en arumugam…
husna says
Macam mane dgn oven? boleh ke tak?
Hairul Hissam says
eh.. saya ada tulis artikel pasal oven… try cari kat blog saya. heee π
Pendidik2u says
Memang makanan sekarang kita perlu memilih dengan baik..
semua benda orang suntik sekarang..nak kasi cepat besar…
kesannya pada kite yang memakannya..
Hairul Hissam says
semoga kita semua lebih berhati2 π
yatty says
Terima kasih en. Hairul atas ..Sgt memberi manfaat.
Hairul Hissam says
semoga dapat di amalkan π
ridzuan says
hye…. sekarang nih mmg banyak penyakit berpunca daripada pemakanan harap kita sama sama menjaga pemakanan kita semua yea….
Hairul Hissam says
Betul tu.. kebanyakkan penyakita berpunca dari makanan yg dimakan…:D
sabunaura says
Artikel yang menarik! Terima kasih kerana membolehkan saya berkongsi info dengan rakan-rakan sepejabat saya. Kadangkala memang nafsu makan ini tidak dapat dibendung.
Hairul Hissam says
Lagi2 berada di buffet.. Macam2 nak diambilnya dan terasa rugi pula tak ambil byk2. heee
semoga kita dapat bersederhana dalam menikmati hidangan utk kesihatan kita juga
zahida misa says
Info yang bagus.. sebaiknya bersederhana dalam pemakanan.. elakkan makanan yang berminyak & penyebab kanser..
Hairul Hissam says
Bila kita bersederhana.. insyaAllah kita akan lebih sihat… π
joe says
makanan yg sy amalkan:
minyak ikan
madu
habbatus sauda
teh halia
susu kambing
oat
tq
Hairul Hissam says
Terima kasih kerana sudi berkongsi makanan yg diamalkan.. π
Wira Merah says
Takut juga bila tahu senanarai makanan yang bahaya ni. Susah juga nak pastikan sama ada makanan yg kita makan bahaya atau tidak….
Hairul Hissam says
Kita kurangkan yang termampu bro.. π
mus says
salam…
btol dhtu ap yg saudara khairul bgthu, produk mkanan yang ada skrun di pasaran dan jgak termasuk makanan2x segera , masakan panas , masakan sejuk, malah keseluruhannya akan bhan2x dbeli, dibuat, n dimakan, hampir semuanya mngandungi bahan2x yang amat berbahaya kpada kesihatan badan manusia.
tiap hari, hari berganti hari, tiap jam, kite sentiasa penuhi penuhi perut kita dengan makanan yang halal tapi tidak bermanfaat pada badan, lantas memberi impak yang buruk pada kesihatan, lebih2 lagi, apabila mngadap Allah dalam solat, dalam keadaan yang lemah,malas dan ingin cepat selesai solat..sememangnya makanan sekarun memberi kesan bruk pd fizikal n spiritual kita..cepat marah, malas, tergesa2x, dll, kdg2 kite pikirkanya sbgai sikap si pulan memang bgtu, walhal makanan merupakan sumbangan penting kepada penghasilan hormon n daging yg mmbntuk perwatakan manusia tersebut..
kite skrun hanya mampu mngurangkanya,memilih dan minimakan pengunaan produk2x mkanan yg berbhaya tu.. di samping tu, berusaha untuk mnyumbangkan tenaga yg termampu untuk “penghasilan makanan halal lg bermanfaat kepada kesihatan badan” sebagai contoh menjadi pembekal , salah satu faktor besar yg mengaitkan permasalahan ini adalah disebabdkan pembekal ataupun penghasilan sesuatu produk itu adlah drpd org bukan islam.
jika kite kemaskini blk, memang hampir seluruh kilang2x mkanan yg besar n kecil pemiliknya adlah org bkn islam, persoalanya, jika org bkn islam jd pembekal produk mkanan kite, apa yg mereka fkirkan ? bg sy , slah satu mtlamat utama mreka adlah untuk mengaut keuntungan yg berganda2 dgn mninimakan kos pembuatan..
dan memang untuk mengurangkan kos pembuatan ini amat berkait rapat dgn perolehan bahan mentah yg mudah n berbahaya.. bkn shaja mkanan, tp hampir keseluruhan pengunaan harian kita sperti, kosmetik, produk kecantikan, ubat klinik, dll.
yang parah lg, apabila, pngaruh pembekal2x org bkn islam ini telah mempengaruhi sbilangan pembekal dn pengedar kecil milik org islam, jd, org islam trut mngunakan kaedah yang sma untuk mnghasilkan produk mkanan yg trtalu kurang kos n trlalu tingi untungnya..etika islam dinafikan ..
sy sndiri pernah lawati satu kedai yg mnjual produk2x mkanan islam n pembekalnya org islam sperti madu, ubt gg, kurma, kayu sugi, minyak zaiton, alhamdllah sbilangan besar produk mkanan tersbut pure, n campuranya gunakan kaedah etika islam, tp ada jgk bbrape produk yg mngandungi bahan kimia yg berbahaya tetapi halal, wallahu’alam..
bila kita lihat perkara begini, kite akan trbayang tentang kewibawaan jakim dalam meluluskan logo halal..dan bgaimana tolenrasi antara pihak jakim dgn jabatan kimia yg trlibat mnfailkan bhan2x yg trkandung dlam mkanan sperti roti, ayam,dll..
tetapi,sy mngethui yg jakim adlah satu bdan yg bkn snang2x nak luluskan logo halal kpada produk hasilan makanan.ia perlu melalui pelbagai2x n byknya prosedur sblum lulus…wallahu’alam
jd, sperti ada kesulitan yg berlaku dlam pengurusan pentabiran dlam mempastikan logo halal yg dberikan adlah yg halal lg bermanfaat kpada manusia…
buat masa yg masih berbaki lg untuk kite ni skrun kite perlu jd penguna yg arif, sambil berusha mnjadi pembekal, jika kita sndiri tidak mampu, berdoa dan brusaha tuk dakwah kpada org laen untuk mnjadi pembekal..lgpum ia satu perniagaan yg mnguntungkan jka niat n displin ilmu kite prktikan sbaek munkin iaitu lillahi ta’ala.
wallahu’alam
Hairul Hissam says
Terima kasih di atas pandangan dan nasihat en. Mus .. semoga memberi manfaat buat pembaca blog ini …
Hanim says
Perkongsian yang menarik dan berguna. Kita adalah apa yang kita makan dan buat.
Hairul Hissam says
Semoga bermanfaat..
Azlia says
Info yang sangat bermanfaat. Terpaksa berhati-hati dalam pemilihan makanan untuk anak-anak dan keluarga. Makanan organic atau semulajadi menjadi pilihan masa kini. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati.
Hairul Hissam says
Mmg bagus amalkan makanan organik utk kesihatan keluarga… π
manfaat says
cara menjaga kesihatan memang paling utama dimulai dengan menjaga pola makan, apalagi sekarang ini makin sulit ya memilih makanan sihat.
Hairul Hissam says
Mmg kena pandai pilih makanan yg betul utk kesihatan tubuh..