Kiriman Kak Raja (Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com)
Resepi Udang Sambal Tumis kiriman Kak Raja. Sambal udangnya memang nampak pedas dan menyelerakan. Jom kita pelajarinya:
Bahan-Bahan Resepi Udang Sambal Tumis
1. 500 gm udang sederhana besar. Buang kepala sahaja
2. Rm 2.00 cili kering – rebus biar lembut
3. 2 biji bawang besar
4. 1 labu bawang putih
5. 1 keping asam keping atau 2 sudu perahan adam jawa
6. Garam, gula, ajinomoto
7. 2 sudu minyak
Cara-Cara Resepi Udang Sambal Tumis :
1. Kisar cili bersama bwg putih
2. Dlm kuali masukkan minyak. Bl dah panas, masukkan cili kisar
3. Masukkan gula, garam dan biar sampai mengelegak, terbit minyak
4. Masukkan asam n bawang besar. Agak2 layu jek
5. Masukkan udang. Agak2 udang bertukar warna dan membongkok, tutup api. (Udang jk lm dimasak nanti jd keras.)
Siap
Hairul.com: Terima kasih kepada Kak Raja Kerana sudi berkongsi resepi sambal udang