Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Sup Tulang ini kiriman Kak Raja. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Sup Tulang
1 kg tulang campur daging
5 bj bawang merah dikisar
2 cm halia
3 ulas bawang putih
1 bonjot rempah sup tulang
4 bj kentang
2 batang seleri
1 tomato
Lada hitam
Garam
Cara Membuat Resepi Sup Tulang
1. Rebus tulang dan daging sehingga empuk.
2. Di dalam kuali lain, tumis bawang merah, putih, halia dan rempah ratus hingga wangi
3. Masukkan tulang air rebusan dlm kuali
4. Masuk pula kentang dan seleri ke dalam periuk rebusan hingga kentang lembut
5. Masukkan garam, tomato dan lada hitam kisar secukupnya. Biar hingga sup agak pekat.
6.Taburkan daun sup dan bawang goreng
Masa hidang, letak hirisan limau dan sos kicap (cili padi tumbuk, ltk kicap, asam n gula)
Jika ada nasi himpit, buat pulak begedil, tambah tauge celup air panas, dah jd soto nasi
Siap
Hairul.com: Terima kasih kepada kak raja kerana sudi berkongsi resepi sup tulang
nur syazalina says
Resepi yang sangat sedap dan menarik.
Hairul Hissam says
selemat mencuba resepi sup tulang nie.. insyaAllah sedap..
noraininor says
sup ni mmg meletoppp yummyyy
Hairul Hissam says
insyaAllah. selamat mencuba…