Kiriman Kak Raja (Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com)
Resepi spaghetti bersos tomato ini merupakan kiriman Puan Gloryatie. Nampak simple tapi tentu sedap dan menyelerakan. Jom kita mempelajarinya:
Bahan-Bahan Resepi Spageti Bersos Tomato:
1/2 paket spageti
1/4 tin pati sos tomato
Sebuku daging
5 Biji Cendawan butang (dalam tin)
2 ulas bawang merah
seulas bawang putih
garam secukup rasa
air dan minyak
Cara Membuat Resepi Spageti Bersos Tomato:
1. Rebus spageti dengan sedikit minyak (supaya spageti tidak melekat) hingga masak
2. Pada masa yang sama, panaskan minyak dan tumis bawang putih dan merah hingga naik bau
3. Masukkan daging dan cendawan
4. Masak hingga daging empuk
5. Masukkan air (mengikut kepekatan yang diingini)
6. Masukkan pati sos tomato
7. Biarkan mendidih kemudian masukkan garam secukup rasa
8. Tos spageti dan hidangkan bersama sos
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan Gloryatie Kerana sudi berkongsi resepispeghetti bersos tomato