Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Nasi Ayam ini kiriman Puan My1981. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Nasi Untuk Resepi Nasi Ayam
=2 pot beras – cuci,toskan.
=1cm halia – tumbuk
=2 ulas bawang putih – tumbuk
=1 sudu makan mentega
=serbuk pati ayam secukup rasa
=air@stok rebusan ayam secukup kegunaan
Bahan SUP Untuk Resepi Nasi Ayam
=setengah ekor ayam
=1 batang seleri – potong dadu
=1 biji lobak merah – potong bulat2
=2 biji kentang – potong 4
=2 cm halia – ketuk
=2 ulas bawang putih – ketuk
=1 labu bawang merah – hiris halus
=serbuk pati ayam secukup rasa
=bebola ayam – optional
=air secukup kegunaan
Cara-Cara Membuat Resepi Nasi Ayam:
1) panaskan periuk nasi,masukkan mentega.tumis halia dan bawang putih hingga naik bau.
2) masukkan beras-kacau.tambahkan pati ayam dan masukkan air.kacau sebati.tutup periuk nasi.biarkan smpai nasi masak.
3) dalam periuk lain,panaskan sedikit minyak,tumis bawang merah,bawang putih dan halia hingga naik bau.masukkan pula ayam,seleri,kentang dan lobak merah.masak sehingga terbit minyak dari daging ayam.
4) masukkan air.teruskan memasak hingga kentang empuk.tambahkan pati ayam.perasakan secukupnya.
5) selepas sup siap(jgn padam api-teruskan reneh sup dgn api perlahan),keluarkan ayam dan halia serta bawang putih – toskan.
6) ayam tu bolehlah di perap dengan bahan yang sesuai utk digoreng/panggang – ikut selera masing2.bawang putih dan halia tu tumbuk lumat dan campurkan dengan kicap pekat dan sos tiram utk dijadikan kicap pencecah.
7) hidangkan bersama timun atau sayur kegemaran anda.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan My1981 kerana sudi berkongsi resipi nasi ayam
Leave a Reply