Program Kongsi Resepi Kuih Raya Dan Juadah Berbuka Puasa Tajaan Blog Hairul.Com
Resepi Kuih Akok Berkedut kiriman Puan Ummu Uwais. Jom kita cuba resepinya seperti dibawah.
Bahan-Bahan Resepi Kuih Akok Berkedut Special :
-5 biji telur
-200 ml pati santan
-100 ml air atau lebih (lihat pada cairan adunan)
-2 ketul Gula Melaka
-30 gram tepung gandum
-2 helai daun pandan- disiat-siat
-2 cubit garam halus
– Pewarna Hijau (optional)
Cara Membuat Resepi Kuih Akok Berkedut Special :
1. Masak air bersama gula melaka dan daun pandan hingga mendidih. Tutupkan api.
2. Masukkan santan. Tunggu suam sedikit.
3. Kemudian Pecahkan telur dan blend dulu atau guna mixer.
4. Satukan ke dalam blender semua bahan tadi.
5. Masukkan Tepung dan blender sehingga rata. Tapiskan. (saya tak tapis pun) hihii
6. Panaskan Pembakar Roti.
7. Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit atau bila lampu hijau pembakar dah menyala. 8. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari pembakar, ia akan sedikit mengecut. Selamat Mencuba!
Anak-anak suka makan!
Terima kasih kepada Puan Ummu Uwais kerana sudi mengirimkan Resepi Kuih Akok Berkedut Special ini. Jom kita klik like tanda terima kasih kepada pengirimnya.
Mus says
belum pernah mencuba kuih ni
Hairul Hissam says
Tentu seronok mencuba sesuatu yg baru 😀