Antara kuih yang sangat saya gemari ialah karipap kentang. Dulu sebelum masuk kerja mesti beli karipap di gerai di tepi jalan. Di sini saya ingin berkongsi resepi karipap yang sangat sedap. Jom cuba.
Ada dua Bahan dalam Resepi Karipap Kentang
1. Kulit Karipap kentang
2. Inti Karipap kentang
Bahan Kulit Resepi Karipap Kentang
500gm tepung gandum
10gm gula pasir
1/2 sudu teh aji shio papper (serbuk lada putih)
secubit garam sbb marjerin dah masin
50gm marjerin pelangi
50gm minyak masak saji
Air letak sedikit demi sedikit
Cara Membuat Kulit Karipap Kentang:
1. Gaul semua bahan kering dalam bekas (kecuali marjerin, minyak masak dan air). Kemudian letak tepi.
2. Masak marjerin dan minyak masak sehingga marjerin cair dan panas
3. Tuangkan cecair panas marjerin dan minyak masak ke dalam bahan kering. Gaul dan ramas-ramas bahan tersebut.
4. Masuk air sikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga menjadi doh karipap kentang yang lembut. Jika doh melekit, tambah sikit tepung dan uli lagi
5. Perapkan doh karipap kentang dalam setengah jam dan utup dengan plastik. Siap untuk digunakan.
Bahan Inti Resepi Karipap Kentang
5 biji kentang (Di potong dadu),
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Segengam ikan bilis
2 sudu rempah kari ayam (dibancuh dengan sedikit air)
garam dan gula secukp rasa
5 sudu minyak masak
Cara Membuat Inti Karipap Kentang
1. Kisar dulu bawang besar, bawang putih dan ikan bilis dengan blender. (Kalau tak mau kisar, boleh cincang halus. Lagi mudah tumis)
2. Panaskan 5 sudu minyak di dalam kuali. Apabila minyak benar-benar panas, masukkan hasil blend bawang besar, bawah putih dan ikan bilis ke dalam kuali. Tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan 2 sudu rempah kari daging yang dibancuh dengan sedikit air. Dan masak sehingga minyak keluar.
2.Kemudian masukkan kentang. Tambah air hingga menutupi sikit kentang. Kecilkan api dan biarkan dalam 45 minit sehingga kentang empuk atau lembut. Boleh tambah air jika air terlalu kering. Selepas kentang empuk, tambahkan gula dan garam secukup rasa dan matikan api. Sebenarnya sukatan untuk membuatnya, agak-agak sahaja. Tidak perlu tepat.
3. Nak lagi sedap, letak daun kari semasa menumis inti karipap kentang ini.
Cara Siapkan & Goreng Karipap Kentang :
1. Ambil sedikit doh karipap kentang dan tekan-tekan dengan tapak tangan hingga leper. Kemudian masukkan inti dan kelim karipap tepi karipap kentang. Boleh juga gunakan acuan karipap yg dijual dikedai.
2. Panaskan minyak dan gereng karipap kentang dengan api yang sederhana. Goreng hingga kuning kekuningan
Ada satu lagi resepi karipap ayam yang berbeza cara membuatnya. Anda boleh belajar dengan klik >>> Resepi Karipap Ayam
akubiomed says
Saya suka Karipap isi kentang berbanding keledek yang manis.
Hairul Hissam says
saya pula lebih suka karipap sardin…