Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi karipap inti keledek ini kiriman Puan Mekar. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Kulit – Resepi Karipap Inti Keledek
500 gm Tepung gandum
120 gm Marjerin
160 ml Air biasa
1/2 sdk Garam – tak letak tak pe
Cara menyediakan Kulit Resepi Karipap Inti Keledek:
1. Masukkan semua bahan dan uli sebati (sehingga tepung tak melekat pada tangan).
2. Doh dileperkan
3. Masukkan inti dan kelim dengan tangan / acuan
Bahan-Bahan Inti – Resepi Karipap Inti Keledek
5 biji Ubi keledek
1 paket Rempah kari daging
5 ulas Bawang merah
2 ulas Bawang putih
1 tangkai Daun kari/ daun sup
Ayam / daging – nak lebih letak banyak
1 batang Kulit kayu manis
2 inci halia
garam/gula/perasa
Cara Menyediakan inti Resepi Karipap Inti Keledek:
1. Tumis kayu manis, bawang dan halia.
2. Bila dah naik bau, masuk rempah yang telah dibancuh
3. Masuk ayam/ daging dan keledek
4. Perisakan dengan garam/gula/ perasa
5. Tunggu sampai ubi lembut dan kering.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan Mekar kerana sudi berkongsi resepi karipap inti keledek