Kiriman Puan My1981 (Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com)
Resepi kari ayam special style kering ini dari Puan my1981. Memang lain dari yang lain dan sedap. Jom kita belajar resepi kari ayam nya.
Bahan-Bahan Resepi Kari Ayam
= setengah ekor ayam
= 1 labu bawang besar (saiz sederhana) } ditumbuk
= 1cm halia } ditumbuk
= 2 ulas bawang putih } ditumbuk
= 2 kuntum bunga lawang
= 2 biji cengkih
= 2 biji buah pelaga
= 1 kayu manis
= 2 sudu besar serbuk kari daging }
= 2 sudu besar rempah briyani }campur ke 3-3 nya dan bancuh dgn sedikit air utk dijadikan pes
= 1 sudu kecil serbuk cili }
= 2 biji cili kering }belah 2,rendam dgn air suam,buang biji.
=1 tangkai daun kari
=Sedikit Garam
= sedikit air
Cara-Cara Membuat Resepi Kari Ayam
1) Potong ayam-bersihkan,gaul dgn sedikit garam dan serbuk kunyit.goreng seketika.angkat dan ketepikan.
2) Tumis bawang besar,daun kari,rempah 4 sekawan,bahan tumbuk dan cili kering.tumis sehingga naik bau.
3) Masukkan pes kari dan tumis dlm 2-3minit(kacau terus spya pes kari tidak hangit.
4) Masukkan ayam.kacau seketika.masukkan sedikit air.gaul hingga sebati
5) Tumis sehingga kuah agak kering dan pecah minyak.(jgn terlalu kering pulak)= 2-3 minit je.
6) Angkat dan hidangkan Kari Ayam Special Style Kering ini.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan My1981 Kerana sudi berkongsi resepi.