Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap ini kiriman Cik Azriey Amriey. Jom kita pelajarinya.
Bahan-bahan Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap:
2 ketul ikan kayu
1/2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2 inci halia – dimayang halus
1/2 cawan kicap manis
1 sudu teh cili kisar/cili boh (ikut suka pedas masing-masing)
garam secukup rasa
air dan minyak untuk menumis
1/2 biji bawang besar dimayang
Cara Membuat Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap:
1. Ikan dibersihkan dan digoreng. Ketepikan.
2. Kisar bahan bertanda * sampai hancur. Panaskan minyak dan tumis bahan blend ini.
3. Masuk cili, halia dan bawang besar. Tumis lagi hingga naik bau.
4. Masukkan kicap dan air. Biarkan mendidih.
5. Masukkan ikan dan biar lagi sampai kuah pekat.
6. Tambah garam secukupnya. Siap dan sedia untuk di hidang.
Hairul.com: Terima kasih kepada Cik Azriey kerana sudi berkongsi resipi Ikan Tongkol Masak Kicap
Leave a Reply