Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Goreng Pisang Bijan ini kiriman Cik Azriey. Jom kita pelajarinya.
Bahan-bahan Resepi Goreng Pisang Bijan:
Pisang sesikat
1 1/2cawan tepung beras *
1/2 cawan tepung gandum *
1 biji telur *
1 sudu kecil air kapur*
1 sudu kecil kunyit *
2 sudu besar butter *
1 sudu kecil garam *
1 sudu kecil gula *
1 sudu kecil baking powder *
1 cawan air
3 sudu besar bijan (sangai)
Cara Membuat Resepi Goreng Pisang Bijan:
1. Campurkan semua bahan bertanda* dalam mangkuk besar
2. Tambahkan air dan bancuh batter dengan hand whisk hingga sebati
3. Masukkan bijan dan gaul rata
4. Untuk kaler yang lebih deep,saya tambah sikit pewarna kuning
5. Pisang dipotong kepada 3 bahagian sebiji (untuk lebih rangup)
6. Panaskan minyak dalam kuali.Celupkan pisang dalam bancuhan tepung dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan Angkat dan hidangkan.
Hairul.com: Terima kasih kepada Cik Azriey kerana sudi berkongsi resipi goreng pisang bijan
Leave a Reply