Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Bubur Ayam ini kiriman Kak Raja. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Bubur Ayam:
1 cawan beras
Air yang banyak.
1 inci halia
2 ulas bawang putih
1 keping dada ayam (carik2, jgn potong)
3 sudu besar bawang goreng
1 sup bunjut
1 biji kentang
1 kiub ayam
Garam
1 sudu teh Kicap
Daun bawang / tambahan bawan goreng
Cara Membuat Resepi Bubur Ayam:
1. Masak beras dengan air yang banyak. Masukkan sekali bunjut, halia, bwg putih
2. Bila beras dah betul-betul kembang, masuk ayam, bawang goreng dan kentang (kentang dipotong dadukan dulu).
3. Biar dalam periuk sampai pekat dan kentang dah lembut
4. Letak kiub ayam, kicap dan tambah air
5. Jika beras dah nampak cantik dan kembang boleh la dihidang. Tabur daun bawang dan tambahan bawang goreng. Tabur sikit carikan daging ayam. Siap
Hairul.com: Terima kasih kepada Kak Raja kerana sudi berkongsi resipi bubur ayam yang sedap ini.
Shahilah Sharif says
Erkkk… nak tnya ni.. dadukan tu ape? Kentang didadukan dahulu.. xfhm lah… (xperfek dlm mlyu) huhuhuhu
Hairul Hissam says
oh dadu tu potong kentang tu menjadi empat segi sama yg kecil2 macam buah dadu 😀
adlina zamri ali says
terbaik ! (y)
Hairul Hissam says
selamat mencuba resepi bubur ayam ini..
hajarrahman says
Tuan yang budiman. 1cb bawang tu
-cawan besar atau camca besar atau apa?
Hehe..terima kasih
Hairul Hissam says
Saya dah betulkan.. tqvm.
hajarrahman says
Eh…satu lagi soalan..kicap tu kicap manis atau masin.
Hehe..banyak plak soalan.
Hairul Hissam says
Ikut citarasa… boleh kicap masin atau kicap manis..