.
Resepi ini kiriman pembaca blog ini iaitu Kak Raja. Nampak sedap dan menyelerakan resepi ayam panggang black papper ini. Jom kita belajar membuatnya:
.
Resepi Ayam Panggang Black Papper
Bahan-Bahannya
1 ekor ayam
Daun salad / tomato untuk hiasan
Serbuk black pepper kasar
Bahan Perap:
3 ulas Bawang putih ditumbuk halus
1 inci halia ditumbuk halus
4 camca besar sos lada hitam
1 camca besar madu
1 camca besar kicap cair
Cara Membuat Resepi Ayam Panggang Black Papper
1. Cucuk2 ayam dengan garfu dan lumur dengan bahan-bahan perap dan perap selama 5-6jam.
2. Kemudian Tabur serbuk black pepper
3. Panggang hingga ayam betul2 masak dan garing kulitnya. Jika guna oven bakar pada suhu 200 darjah selama 30-45 minit sehingga dalamnya masak… 😀
4. Masa hidang, potong tomato dan atur salad. Letak ayam tadi bulat2 atau dipotong nipis
Hairul.Com: Terima kasih kak raja kerana sudi mengirimkan resepi ayam panggang black papper ini. Tentu ramai ingin mencubanya…
riza says
Tengok gambar dah terliur…pandai kak Raja masak, kak Riza tak …Kebelakangan ni banyak masakan yang menggunakan ‘black pepper’/lada hitam. Sememangnya lada hitam dapat membantu sistem penghadaman kita. Satu lagi, kalau kita terluka,letak sikit serbuk lada hitam pada luka tu. Ia akan menahan pendarahan dan mematikan bakteria yang ada pada luka tu. Kena sentiasa ada botol kecil lada hitam di dapur kita. Rempah ratus pelbagai guna…
Hairul Hissam says
Lada hitam menjadikan makanan lebih sedap. Tak hairanlah dizaman dulu, negara luar sanggup datang dari jauh utk mendapatan rempah bernilai ini. Terima kasih atas info menahan pendarahan dengan lada hitam.. Mmg bagus menyimpannya di masa kecemasan… 😀
UmmiKami says
Salam rindu di angin lalu buat adik akak Hairul.. 😀
Seroi petai terlebih nyior,
Nasi beriyani sedikit tairu;
Amboi sampai meleleh air lior,
Resepi ini yang kak Ummi tunggu. hehe..
Hairul Hissam says
Salam rindu kembali buat anak kak ummi .heee
kalau buat masa puasa. confirm semua meleleh menunggu buka puasa .. heee
puteri kasih says
bila masuk blog hairul je mesti lapar jadinya..hehe
Hairul Hissam says
lain kali, sebelum masuk blog hairul.com kena sediakan makanan byk2 heee 😀
puteri kasih says
kena makan dulu sebelum singgah..hehe
Hairul Hissam says
he.he.he..
akubiomed says
Memang sedap. 🙂
Hairul Hissam says
selamat menikmatinya…
fiezaradzi says
senang nya resepi ni.. nanti nak cuba lah.. thanks hairul..
Hairul Hissam says
Selamat mencuba cik fieza. mesti keluarga cik fieza sukakannya.. 😀
Peja says
Tak pernah puas baca artikel2 tuan…
mmg mantop 😀
Hairul Hissam says
kena ngap ayam panggang dulu bro peja… baru puas. heee 😀
Peja says
kene praktis ni 😀
Hairul Hissam says
nanti boleh jual ayam panggang bro.. lumyan tu bisnes ayam panggang nie.. hee 😀
Peja says
terbaeekkk =)
Juan says
dengar perkataan ayam panggang dan juga black pepper pon dah dapat agak rasa dia yg best tuh
Hairul Hissam says
sedapnya tak terkata kan bro.. 😀
idros says
nak tanya resepi putu bambo x siap lagi ke?
Hairul Hissam says
kalau dah siap nanti, saya bagitaw…