Kiriman Kak Raja (Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com)
Resepi ayam masak merah ini kiriman Kak Raja. Wah, nampak sedap dan menyelerakan resepi ayam masak merahnya. Jom kita mempelajarinya:
Bahan-Bahan Resepi Ayam Masak Merah:
1/2 ekor ayam
2 labu bawang besar (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
5 biji buah keras (ditumbur kasar)
10 tangkai cili kering yang direbus dan dikisar kisar
3 sudu besar sos cili
1 cawan susu segar (boleh digantikan dengan santan)
1 keping asam keping
2 sudu besar serbuk tumix
Hiasan : tomato dan daun bawang
Cara-Cara Membuat Resepi Ayam Masak Merah:
1. Sebelum membuat resepi ayam masak mereah ni, anda perlu goreng ayam setengah masak atau jangan garing sangat. Lepas siap ayam digoreng, angkat dan tos
2. Di kuali yang lain, tumis bawang besar, bawang putih, halia sampai naik bau wangi
3. Masukkan cili kisar dan buah keras (yang ditumbuk kasar). Masak sehingga naik minyak.
4. Tuang susu (nak tukar ngan santan pun boleh ikut citara rasa anda). Saya suka resepi ayam masak merah guna susu.
5. Masukkan ayam, asam keping, sos cili dan serbuk tumix. Masak sehingga ayam empuk dan masak.
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Taburkan daun bawang dan tomato yang dipotong nipis ke atas ayam masak merah.
Hairul.com: Terima kasih kepada Kak Raja Kerana sudi berkongsi resepi ayam masak merah
tyah says
salam nak tanya,kalau kita nak lebihkan kuah dia..kena gandakan semua ke bahan2 dia? atau lebihkan susu shj?
Hairul Hissam says
kalau tambah susu sahaja, kurang rasa kuahnya. Elok tambahkan lagi bahan2nya. agak2 je 😀
tyah says
hehe..thanks ya 🙂 baru je cuba utk bukak puasa hari ni. best!
Hairul Hissam says
kalo guna santan segar lagi sedap…. 😀