Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi asam pedas bawal ini kiriman Cik Azriey. Jom kita pelajarinya.
Bahan-bahan Resepi Asam Pedas Bawal:
3 ekor ikan bawal (ikut saiz yg disukai)
7 biji cili padi
2 biji cili merah
5 ulas bawang kecil
1 sudu besar asam jawa
1/2 paket serbuk kari ikan
belacan(sebesar ibu jari tangan)
segenggan daun kesum
setangkai bunga kantan
sebiji Terung (goreng dahulu)
garam dan bahan perasa
2 mangkuk air
Cara Membuatnya Resepi Asam Pedas Bawal:
1. Kisar cili padi,cili merah,belacan dan bawang
2. Masakkan bhn kisar bersama2 rempah dengan api perlahan hingga cili dan rempah masak
3. Perap ikan dgn asam jawa supaya isi ikan lebih kenyal dan tidak mudah hancur
4. Tambahkan air
5. Masukkan ikan bawal
6. Tambah air pada lebihan asam jawa perapan ikan tadi, masukkan dlm periuk
7. Masukkan daun kesum dan bunga kantan
8. Tambah garam dan perasa
9. Biar mendidih sehingga ikan masak, masukkan terung dan padamkan api. Hidangkan
*Saya juga seringkali menggantikan bunga kantan dan daun kesum dengan daun kariā¦ Asam pedas akan jd lebih harum dan enak.. Cubalah
Hairul.com: Terima kasih kepada Cik Azriey kerana sudi berkongsi resipi asam pedas bawal
Leave a Reply