.
Kebetulan beberapa bulan lepas adik saya kena demam. Agak panas juga badannya. Dah beberapa hari, tak baik-baik demamnya. Ubat dah makan. Heran juga. Bila saya tanya “Nak abang picit kaki tak”. Dengan pantas dia kata “tak pe la”. Emak saya dah mula kerisauan. “Erol, kau beli buah kembang semangkuk”. Buah kembang semangkuk memang berkhasiat untuk ubat demam panas. Ia juga cara menyejukkan badan anda.
Saya pun belilah di pasaraya Midas. Ia dijual di bahagian rempah ratus seperti bunga lawang atau kulit kayu manis. Nak beli, kena cedok sendiri. Punyalah banyak saya cedok dan beli. Mau setengah kilo. Dah emak merungut “Buat ape la kau beli banyak-banyak ni”. he.he.he Buah kembang semangkuk ini ringan. Setengah kilo memang dah banyak. Sampai sekarang tak habis-habis biji kembang semangkuknya. he.he.he. Nasib baik la, ia tahan lama.
Antara khasiat buah kembang semangkuk ialah menyejukkan badan. Inilah petua ubat demam panas tradisional. Memang benar, adik saya sendiri mengakui khasiat buah kembang semangkuk ini. Panas badannya banyak berkurangan selepas minum air kembang semangkuk. Saya sendiri mencubanya. Badan saya rasa lebih sejuk dan kurang berpeluh seperti sebelum ini. Kalau anda cepat berpeluh, cubalah air kembang semangkuk ini. Banyak khasiatnya.
Mungkin ada diantara anda tidak mengenali biji kembang semangkuk ini. Ia juga dipanggil buah selayar. Merupakan buah dari pokok balak di hutan yang digunakan untuk membuat perabot. Biji dari pokok hutan ini. Antara khasiat lainnya ialah mampu mengurangkan batuk. Dan buah ini biasanya ada di dalamnya air kegemaran anda iaitu lai chi kang. Memang sedap diminum bersama-sama pelbagai jenis bijian dan gula batu.
Cara menyediakan air kembang semangkuk ini mudah sahaja. Tetapi memakan masa. Anda hanya perlu meletakkan buah kembang semangkuk ke dalam gelas air dan tinggalkannya lebih 4 jam. Ia akan kembang dengan sendiri. Ada juga jenis yang cepat kembang. Ia akan kembang lebih besar dari saiz asalnya dan mengeluarkan jelly yang sangat enak dimakan. Tak perlu masak ya. Makan gitu je jellynya. Jangan lupa tambahkan sedikit gula batu ke dalam airnya untuk rasa yang lebih sedap.
Tengok, besar kan bila dah kembang. Jika anda kena demam panas atau demam biasa. Jangan lupa petua ubat demam panas tradisional ini. Ia mudah disediakan. Yang penting ia mampu menyejukkan badan anda dan juga menstabilkan suhu badan anda. Atau ketika cuaca panas terik juga boleh minum air biji kembang semangkuk ini. Banyak khasiatnya. Buah ini juga boleh dibeli di kedai ubat cina. Semoga info ini bermanfaat. Jika anda ada petua untuk demam, kongsilah di dalam komen dibawah. tq 😀
Untuk bayi yang demam pula, seorang pembaca Puan Aina berkongsi petuanya dalam komen dibawah. Katanya ramas daun bunga raya dengan air paip sahaja sehingga daun bunga raya hancur. Selepas itu, lap air tersebut pada kepala bayi. InsyaAllah reda demamnya.
fifi says
Salam hairul
Dulu fi pnh minum air buah kembang semangkuk. Memang sedap.
Hairul Hissam says
Salam Mesra Fifi. Memang sedap dan menyegarkan air kembang semangkuk nie cik Fifi 😀
nahar says
Salam, petua yang menarik. Terima kasih.
Nak tekan butang “LIKE” tapi butang tu tak jumpa. Kat mana yea…
Hairul Hissam says
Button like ada dibawah tajuk artikel dan dibawah artikel. Kalau tak de, cuba refresh semula laman web nie dengan tekan F5 kat keyboard. tima kasih ya en. nahar.
Ropidah Mohd Tajuddin says
Selalunya saya tambah buah getah anggur dan biji selasih selain dari gula batu. Yang eloknya diembunkan. Selain dari cara ini boleh guna daun bunga raya atau daun sirih yang di ramas-ramas. Gunakan tuala kecil dan dicelupkan ke dalam ramasan tersebut kemudian diletakkan di bahagian kepala / di dahi dan di bawah ketiak.Air ramasan dari buah durian belanda juga boleh digunakan untuk tujuan ini.
Hairul Hissam says
Terima kasih cik Ropidah kerna sudi kongsi tips yg sungguh bagus nie.. amat dihargai.:D. Tentu lebih sedap dengan getah anggur… tq ya
MONA says
maaf.. air buah durian belanda atau air daun buah durian belanda? dulu kecik2 mak guna air daunnya utk demam
Hairul Hissam says
taiping error tu.. sudah semestinya daun durian belanca… biasanya kita meramas daun bagi tujuan perubatan… 😀
bEe says
Sejuk & nyaman 😉
Hairul Hissam says
Benar tu cik bee 😀
Ijan says
Salam, bagus juga petua ni. kadang2 anak demam, selain ubat tak tahu nak buat apa. boleh try 🙂
Hairul Hissam says
wsalam, lepas nie boleh try petua nie Cik Ijan… 😀
maz says
aslmkm w.b.t.selamat berhari raya.terima kasih info atasi demam panas td.sebenarnya buah kembng semankuk tu sering saya makan,yg terdpt dlm air lai ci kang,ingat tuk meredakn batuk aje.TQ hairul.
Hairul Hissam says
Wsalam cik Maz dan selamat hari raya.. benar tu, biji kembang semangkuk membantu mengurangkan batuk…. 😀
Pn Hamiah says
mix dgn biji selasih dan getah anggur …lagi berkesan
Hairul Hissam says
Tima kasih Pn Hamiah atas tips tersebut :D.. tentu lebih mujarab dengan biji selasih dan getah anggur dengan IzinNya…
hasmah says
bulan puasa lalu saya banyak gunakan buah kembang semangkok ini campur dgn biji selasi …enak..terima kasih atas maklumat
Hairul Hissam says
tima kasih kembali cik hasmah, memang enak dan menyegarkan.. 😀
nizamghazi says
1st time tahu nama buah kembang semangkuk ni
nama buah selayar pun x pernah dgr. Nmpk sgt sy ni byk x thu nma buah2 ni
Neway nice sharing bout dis 🙂
Hairul Hissam says
Mmg ramai yg tidak mengenali biji kembang semangkuk nie en nizam
lebih2 lagi bagi golongan muda. Semoga artikel ini bermanfaat 😀
Juan says
mak saya dulu rajin buat minuman nih
Hairul Hissam says
Org tua-tua mmg suka minuman nie en Juan 😀
Juan says
betul tuh
Makaji says
Selain dari kembang semangkuk, sirih dan daun durian belanda untuk menurunkan suhu panas ramas asam jawa dengan air basahkan kepala Insyaallah panas akan turun. Untuk pengetahuan anda daun durian belanda boleh digunakan dalam mengubat terkena sihir dan santau. Jin tidak suka dengan bau daun durian belanda tau……..!
Hairul Hissam says
Baru saya tahu khasiat daun durian belanda. Boleh berubat terkena sihir rupanya.
Tima kasih cik Mekaji kerna sudi berkongsi petua yg bagus ini. 😀
mahani says
salam Hairul. Terima kasih untuk tips ini. Semoga dapat membantu jika perlu, insyaAllah….. Saya pernah gunakan buah kembang semangkok ni untuk buat minuman cingteng saja; tak tau pulak hasiatnya lebih dari hanya enak diminum. Terima kasih sekali lagi Hairul.
Hairul Hissam says
Wsalam cik mahani. Semoga perkongsian ini memberi manfaat bersama. Banyak juga petua yg bagus dari pembaca melalui komen mereka. tq ya 😀
che aini says
memang benar, buah kembang semangkuk ni memang sangat sangat berkesan untuk menurunkan panas badan. elok juga jika di amalkan sebulan sekali meminumnya bagi menstabil suhu badan. kalau nak sedap lagi boleh campur dengan getah anggur yang direndam sama seperti buah kembang semangkuk ni.
ada satu lagi petua untuk mengurangkan panas badan ni. buah limau nipis.. kupas kulit buah limau nipis ni jangan sampai terkena bahagian berwarna putih. kupas lah lima atau lebih. rebuskan kulit limau ni. minumlah air rebusan limau nipis ini yang dicampur dengan air perahan limau nipis sendiri. saudara bukan saja dapat menurunkan panas badan malah jika diamalkan sekali seminggu saudara tidak mudah dijangkiti selsema. sekiranya panas badan masih tinggi air perahan limau nipis boleh digunakan untuk menjelum kepala anda. Insyaallah panas badan akan turun dengan cepat.
selamat mencuba. insyaallah berkesan
Hairul Hissam says
Wah.. bertambah lagi ilmu perubatan saya 😀 .. tima kasih cik aini kerana sudi share… Saya memang suka minum air limau nipis.. nak cubalah minum air rebusan kulit limau nipis.. tentu banyak khasiatnya… tq ya 😀
suwaibah says
buah kembang??..zaman skrng lebih senang telan panadol..skrng ni saya tngh demam,biasanya di jual kat mana eak??
Hairul Hissam says
Cik Suwaibah boleh cari di kedai ubat cina. biasa dipanggil sinsei… Semoga cepat sembuh ya 😀
nur says
salam, air kembang semangkok ni mmg sdp diminum,selain itu byk khasiat. saya juga nak kongsi cara mengubati demam panas d ape2 dmm pn blh..petua ni turun temurun keluarga saya iaitu menggunakan minyak bawang.
Caranya ialah:
Ambil bawang kecil beberapa biji, kemudian dicampurkan dengan minyak kelapa atau myk masak. ramas2kan bwg tersebut dgn myk td.pastu sapukan keseluruh tubuh d juga kepala.
i’allah dengan izin allah pns demam anda akan berkurangan. klu demam campak lg cpt baik.
selamat mencuba.
*ada sesetengah org rimas dgn bau myk bwg ni d bdn agak melekit tapi petua ni amat mujarab..selamat mencuba..
Hairul Hissam says
Tima kasih cik nur kerana sudi berkongsi petua keluarga turun temurun nie.. Mmg susah nak jumpa petua keluarga mcm nie. Yg bagusnya ia boleh mengubat demam campak. Semoga boleh dimanfaatkan oleh pembaca blog ini.. tima kasih sekali lagi cik nur 😀
titan says
emm..panadol aje aku. Hoho..
Hairul Hissam says
lepas nie boleh la try air kembang semangkuk pula en. titan. ataupun petua-petua dari sumbangan pembaca.. 😀
adele says
sy pun jenis badan panas juga..selalu kena ulser..agak2nya buah kembang semangkuk ni sesuai tak utk sy?huhu.. kalau nak cari bunga kekwa utk dibuat teh kt mna ye?
Hairul Hissam says
Boleh cuba cik adele air kembang semangkuk ini. Mmg membantu menurunkan suhu badan kita. Tentagn bunga kekwa tu, saya kurang pastilah 😀
iansazha says
kalau membeli belah ke giant, tesco, c4 r mydin cuba cari kat bahagian rempah2 yg kena timbang. biasanya semua ada kat c tu. mcm2 ada. hentian setempat tuk membeli brg2 lai chi kang.
Hairul Hissam says
Tq atas info tu puan sazha.. mmg benar tu.. kebiasaan diletakkan dekat dgn rempah ratus… 😀
cik tom says
first time tgk buah kembang ni…bagus jugak petua ni..boleh try cari pasni..tq!
Hairul Hissam says
Cubalah cari, buat dan minum cik tom.. memang menyegarkan.. 😀
akubiomed says
Semasa kecil kalau demam panas ada ibu saya sediakan buah Kemabang Semangkuk untuk menyejukkan badan.
Hairul Hissam says
Memang mujarab petua org tua. tambahan lagi rasanya pun sedap 😀
MEKAR says
Salam Hairul.
Buah ni selalu jumpa masa minum/makan lai chi kang. memang sedap bila tergigit. Sya jarang demam.alhamdulilah. Tapi kalu tak sihat nnti insyaAllah boleh cuba petua mudah ni. TQ
Hairul Hissam says
wsalam cik mekar.. yap ada dlm lai chi kang.. boleh juga selalu minum untuk mencegah demam cik mekar :D….
che aini says
memang ada banyak petua untuk mengurangkan demam panas ni, selain buahkembang semangkuk, air limau nipis ada lagi petua yang bolehkita kongsi bersama. bagiorang dewasa macam kita bolehla minum air limau nipis,buahkembang semangkuk dan yang lain lain tapi bagi kanak kanak ada petua lainyang boleh di gunakan. baby,kanak-kanak yang belum mula makan makanan pepejal ni ada cara lain untuk mengurangkan demam panas ni. saya tak pasti samada saudara hairul tahu atau tidak tentang bedak batu genangsila (yang warna putih bukan pink). bedak ni sangat baik untuk mengubati kanak2 juga orang dewasa yang demam terutamanya demam selsema. selalunya kanak2 tak pandai nak hembus hingus mereka. jadi gunakan bedak ini yang dicampur dengan air asam jawa, sapukan keseluruh badan org yang demam tu kecuali kepalanya(jangan sapu dikepala)kemudian selimutkan.bagikanak kanak elok ditiarapkan mereka waktu tidur. saudara akan dapati hingusnya akan keluar termasuk kahak yang pekat. insyaallah demam selsema akan cepat sembuh dan hingusnya akan keluar, selamat mencuba
Hairul Hissam says
Tima kasih Che Aini. Mmg first time dengar tentang bedak batu genang sila. 😀 tanya mak tade.. katanya bedak sebuku nyonya… betul ke che aini….
Petua yg bagus untuk bayi yang kena demam, selsema dan batuk. Cuma campur bedak ini dgn air asam jawa dan sapu ke seluruh badan bayi. Tima kasih sekali lagi che aini atas petua ini. Sungguh bermanfaat.. tq ya 😀
Kimmy says
Bagus jgk kalau ada buah ni kt rumah. Kebetulan anak selalu dpt demam..first time dengar psl petua ni. Thanks for sharing 😉
Hairul Hissam says
Cubalah Cik Kimmy. mmg bagus untuk meredakan demam dan menyejukkan badan 😀
Pelisia Tahir says
Bolehkah buah kembang semangkuk menggugurkan kandungan
Hairul Hissam says
Saya tak tahu plak tentang perkara tu 😀
Cikgu Hairul says
Saya ada cuba petua ni masa wife kena denggi baru2 ni. Malangnya suhunya tak turun pun. Rasanya kalau demam denggi atau demam panas yang berpanjangan kena juga masuk sepital. Dapatkan rawatan doktor.
Hairul Hissam says
Benar tu cikgu. kalo keadaannya dah serius, elok jumpa doktor untuk mendapatkan rawatan 😀
azrie amriey says
adaorg kata, kalau rasa nk demam, cpt2 minum air kopi… Tp memandangkan sy tak minum kopi, tak tau lah mujarab ke tak…
Hairul Hissam says
Baru perasan komen nie… 😀 …
kopi mampu meningkatkan tekanan darah….. so mmg tak sesuai yg kena demam panas…. 😀
Abd Zed says
Betui setuju, cara tradisional mmg bes. Nk nmbh sikit. Sblm bah kmbng smgkuk tu kembang tak muat gelas, ingin abe kongsikan petua mudahjer. Ambil air suam ku2 eloknya isikan dlm bekas jenis alumunium. Kmdian ambilah tuala kecikje o pa2 kain, jngn tuala lap mandi lak, nanti xder lak nak lap pas mndi. Caranyer mdah jer, celup tuala td, perah tinggaler basah2 skit, and then sapu dari paras lutut bawa ke kaki kaki tu kenaler dua sekali jngn sebelah jer lak. Pas tu lap tangan lak mulakan paras siku bawa ke ujung jari, supa ngan kaki juga dua belah. InsyAllah wat ulang2 kali, ia bransur sejuk. Smtara buah kembang smkuk td kembang bagiler mnum air tu. Selamat mencuba….
Hairul Hissam says
tima kasih en Zed atas petua tersebut. Semoga dapat di amalkan oleh pembaca yg mengalami demam…tq 😀
nur aisyah amira says
saya dan ibu saya demam selsema, bagaimana hendak mengatasi masalah ini?
Hairul Hissam says
Elok jumpa doktor 😀 .. Cubalah petua di atas nie cik aisyah…
ahmad says
salam.adk en.hairul umur brape?blh x diberi kepada baby 1thn?
Hairul Hissam says
Wsalam. Elok En Ahmad cari pasangan yg telah berkawin lama dan tidak mendapat anak. 😀
haninawawi says
Alhhamdulillah, saudara Hairul telah banyak menyampaikan petua yang berguna. Saya nak sentuh tentang demam dan cara menurunkan suhu badan. Insya Allah mujarab juga tapi kena sabarlah. Kalau anak saya demam saya campurkan gandum dengan asam jawa dan tampal pada dahi juga ubun-ubun. Tak perlulah beli cool fever. Cepat gak sejukknya.
Hairul Hissam says
Tima kasih Puan hani kerana sudi berkongsi petua keluarga tu. First time saya dengar. Tentu mujarab dengan IzinNya. Lepas nie kalo demam bolehlah cuba petua puan hani. tqvm ya…
AD says
Selain dri itu.. Hmm.. Saya rase, cbe kalau try mnum 100+ or air kelapa.:-)
Hairul Hissam says
Tima kasih En Ad atas tips tambahan tu… 😀
kamalia says
stengah kilo bulih buat kenduri laicikang..hihihi tp sememangnya buah ni sgt mujarab.bru mggu lps kakak sy demam panas.2x ke hospital tp msih xkebas.pilihan terakhir,minum air kembang semangkuk n alhamdulillah,demam beransur pulih.memang buah ni AJAIB!
Hairul Hissam says
Buat kenduri pun belum tentu habis..he.he.he..
Mmg mujarab kan cik kamalia…
Memang ajaib dengan IzinNya… 😀
khairul says
bby leh gna ke cra ni?
Hairul Hissam says
Saya kurang pastilah en khairul. tak pernah pula cuba pada bayi lagi… 😀
aina says
kalau utk bayi guna daun bunga raya insyaallah ok suhu panas badan ea..
Hairul Hissam says
Tima kasih cik aina di atas petua tersebut.. tapi daun bunga raya tu direbus atau direndam sahaja 😀
aina says
direndam dengan air sejuk je xyah diminum or direbus pun xyah xsedap diminum..huh dh rendam dgn air sejuk ramas daun tu sampai hancur lps tu lap kat kepala babi tu insyaallah ok.. 😉
Hairul Hissam says
Tima kasih atas info nie puan aina..Tentu ramai ibu-ibu mencara petua nie… semoga Allah s.w.t. membalasnya.. 😀
aina says
opass sori tercakap ‘babi’ lak..bayi la..try la..mak sy yg ajar ..utk ibu2 sekalian ea..maaf k sy bukan puan ag ok terima kasih..
Hairul Hissam says
he.he.he.. typing error.. bahaya tu 😀 … tima kasih kpd cik adik aina dan emaknya juga 😀
princess says
kepala babi? hahahaha
Hairul Hissam says
bahaya betul tu.. .. ha.ha.ha… kepala bayi sebenarnya…
aina says
saya ada try petua ini tp demam saya xok gak..tp petua ini mmg bagus
Hairul Hissam says
Petua nie lebih mengurangkan suhu badan cik aina… kalo tak baik juga.. elok jumpa doktor.. 😀
yana says
assalam. tq sharing. anak buah yana skrg tgh demam panas suhu hingga 44.merisaukn jgk. mntk2 dia cpt sembuh.rindu dgn gelagat aktif dia.. amin
Hairul Hissam says
Tinggi juga suhu tu.. Semoga anak buah yana cepat sembuh ya… cubalah petua diatas dan juga dari pembaca… 😀
mohd zahari says
Saya dihinggapi gout baru baru ini, mengalami sakit yang agak kronik,
Kaki membengkak dan sukar berjalan. Badan rasa nak demam di sebabkan serangan gout ini, kaki terasa panas dan berdenyut,
Untuk itu saya amalkan minum air buah kembang semangkuk ini sekerap mungkin, kesannya panas badan ,menurun dan sakit makin kurang. Hingga kini gout dah berkurang dan dapat bergerak dengan selesa.
Hairul Hissam says
TErima kasih kerana sudi berkongsi petua yang bagus nie.. Saya baru tahu kembang semangkuk boleh mengubati gout ini dgn izinNya 😀
Nor Aziah says
saya menghidapi masalah kencing tak lawas, sentiasa berulang ,dan hampir lapan bulan menderita sakit ni, sudah
bermacam ubat klinik and hospital sy makan namun tak ada perubahan. Air kencing sy terasa panas.
Sy telah mencuba minum air kembang semangkuk alhamdullillah kencing sy sudah baik dan sakit pinggang juga
sudah hilang.
Hairul Hissam says
Terima kasih puan aziah kerana sudi berkongsi pengalaman dan manfaat air kembang semangkuk ini….:D
ct says
Anak sy umur 5thn mengalami demam d badan dia sekejap panas tinggi sekejap kebah peluh sikit pastu panas balik. Dah ambik ubat klinik pun x ok malah semakin panas badan dia. sy dpt info ni terus sy bg minum air kembang semangkuk ni tambah gula batu alhamdulillah badan dia berpeluh dan suhu badan dia seju k mcm biasa. terima kasih sbb bg petua ni skrg anak sy dah sihat.
Hairul Hissam says
Syukur anak puan kembali sihat. Mmg sedap ditambah dengan gula batu. Saya doakan anak puan terus sihat dengan izinNya 😀
mas says
tq info nyer saudara hairul..in sha Allah akak nk mencuba nanti. maklum la ade anak yg sedang membesar mmg agak kerap batuk, selsema n demam…in sha Allah dgn izinNya la kan..baby sitter penah bg petua rendam beras n asam jawa pastu sapu kt kepala (biasenye akak buat kt baby akak)…in sha Allah..semua dgn izinNya…ibu ayah kena la usaha selain dr ubat klinik kn..kdg2 mlm2 demam, usaha la dgn ape yg ade drumah sblm dbawa ke klinik..pas ni akak nk standby buah kembang semangkuk ; )
Hairul Hissam says
Terima kasih puan mas kerana berkongsi petua tu… mmg benar tu, jangan terlalu bergantung kepada ubat doktor.. banyak lagi petua kita yg mujarab dengan izinNya.
Salihah says
terima aksih atas perkongsian untuk menangani demam anak….anak saya pon baru je lepas demam..saya gunakan basic H untuk jelom dia…
Hairul Hissam says
Semoga bermanfaat 😀
azian says
Nice info..berguna untuk saya ..thanks
Hairul Hissam says
semoga petua demam panas nie membantu. tak perlu ubat lagi… 😀
Fairuza Mansor says
Terima kasih hairul di atas perkongsian. Boleh la cuba lepas nie 😉
Moga beroleh keberkatan.
Hairul Hissam says
selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
Noraizah mohd says
Waa menariknya, baru tahu pasal bunga kembang semangkuk ni,.. nanti boleh la amalkan jugak .. tq for sharing
Hairul Hissam says
Mmg bagus kembang semangkuk nie jika puan noraizah demam