Petua ini kiriman En Mohd Rujhan (Mohd Rujhan) dalam Kuiz Kongsi Petua dapat hadiah
Seperti yang kita tahu masalah resdung berpunca daripada alahan terhadap habuk, kutu dan pijat atau makanan tertentu.Biasanya seseorang yang terkena resdung akan kerap bersin, berhingus, gatal-gatal dan berkahak. Di sini saya akan memberi petua mengubati penyakit resdung…
Petua Cara Mengubati Resdung
1. Hiris secara halus 3 biji bawang merah. Ambil 2 helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke dalam mangkuk dan tuangkan air yang sedang mendidih. Wapkan ke muka anda. Amalkan selalu.
2. Amalkan perbuatan menyedut air ke dalam hidung(seperti berwuduk),kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati.Buat berulang kali sehingga kedua-dua belah selesai.Amalkan selalu.
3. Ambil 3 sudu makan tepung pulut dan bancuh dengan sedikit air.Bulatkan seperti bebola ikan dan golek-golekkan kemuka anda.lakukan sekerap yang mungkin .Amalkan selalu sebagai ubat tradisonal resdung..
Anda semua amalkanlah selalu untuk mengubati masalah ini.Insyaallah mungkin masalah resdung akan menghilang.
Admin: Terima kasih En Rujhan di atas kiriman petua cara mengubati resdung ini 😀
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua mengilatkan barang kemas. Tapi sebelum itu, kliklah button Like, jika sukakan artikel ini.
tehr says
maslah bagi kebanyakan orang ni
syukur alhamdulillah aku sihat dalam bab resdung ni
Petua Emak says
Nikmat Allah yg tak terhingga tu bro tehr 😀
azrie amriey says
Elakkan makan makanan yg gatal, lebih-lebih lg belacan… kalau boleh sebulan sekali buat rawatan resdung… Insya Allah, resdung bkn lg 1 masalah..
Petua Emak says
Sape ada resdung, kalo makan belancan.. memang terasa gatalnya… asyik gosok hidung je…
'Izzah says
wahh,,,bg0s la petua nie!mak sye ade masalah sbegini s0 nnt bleh k0ngsi nie ,,,heheheh,,, 😀
Petua Emak says
Semoga mak cik izzah cepat sembuh ya… 😀
Choco Nila says
Bagus petua ni … sedara saya ada resdung.. boleh dikonsi bersama nanti
Petua Emak says
bagus tu saling membantu saudara mara… dpt merapatkan lagi silaturahim… 😀
gloryatie says
boleh juga amalkan tumbuk 3 sudu jintan. bungkus dengan kain dan hidu setiap kali sebelum tidur.
atau rebus bawang besar 10 minit, then kisar. ambil air patinya dan titis dalam hidung. biarkan bersin.
selamat mencuba (*,*)
Petua Emak says
tima kasih atas petua tu cik yatie.. tentu mujarab tu… 😀
chii says
chii sendiri taktau sama ada chii ada resdung ke idak..tp bila nak makan seafud je…mesti idung gatal..x pasal2 da jadi macam ronald mcdonald plak :p
Petua Emak says
Ada resdung la tu cik chii.. cubalah petua di atas… 😀
saza says
Suami saya slalu amalkan petua masukkan air dlm hidung.Memang pada mulanya terasa pedih bila msk dlm hidung.Tp lama2 dia dh biasa & tk sakit lg.Resdungnya jg dh brkurangan.