Petua ini kiriman cik Norhayati (gloryatie) dalam Kuiz Kongsi Petua dapat hadiah
Masalah peti berbau selalu terjadi. lebih-lebih lagi jika barangan yang disimpan telah rosak atau tamat tempohnya. seperti buah-buahan yang telah rosak dan buruk. selain itu makanan basah seperti ikan, ayam juga boleh menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.
.
Petua Cara Menghilangkan Bau Peti Ais
1) kupas kulit nenas, dan letakkan kulit nenas di setiap tingkat dalam peti ais hingga hilang bau yang kurang menyenangkan.
2) titiskan esen vanila atau soda kuih pada perca kain dan simpan dalam peti ais
3) masukkan sebungkus kopi ke dalam peti ais
selain itu petua tambahan untuk mengelakkan air dari membeku di dalam peti ais ialah dengan menggosok garam di bahagian dalamnya.
selamat mencuba (*,~)
Admin: Terima kasih Cik Gloryatie atas kiriman Petua Cara Menghilangkan Bau Peti Ais ini 😀
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara menghaluskan dan memutihkan kulit muka. Tapi sebelum itu, kliklah button Like, jika sukakan artikel ini.
mak lagenda says
peti es mak mmg slalu berbau..so, nak amik kopi la nnt kat dapur. Baling je dalam peti es kasik ilang baunya..
mudah gila kija mak! hihihi..
Petua Emak says
tak perlulah menyental dalam peti lagi mak lagenda…. senang kan. 😀
tehr says
pernah cuba dengan arang je
tips baru ni boleh dicuba nanti
thanks
Petua Emak says
Org tua kita mmg kaya dgn pelbagai petua en tehr… 😀
Jebeng Otaiâ„¢ says
mmg ade kajian arang leh serap bau..ia bertindak sbgai ‘active filter’.. 🙂
Adif Fida says
boleh gak letak bbrp keping roti dlm peti sejuk tu…kepingan roti ni boleh menyerap bau dari peti sejuk….
Petua Emak says
Tq cik fida atas petua tambahan ini… Roti mmg berkesan menyerap bau..
faiz says
nnti bau lain pulak nnti..mcm2 letak dkt situ..
Petua Emak says
kena cuba salah satu je petua diatas en faiz 😀
kalo cuba semua, mau bau rojak keluar nanti…
Mohd Rujhan says
peti ais ni mmng brbau…lebih2 lagi bila tidak pasang elektrik…cukup busuk..
gloryatie says
bolehla try petua kat atas tu tuk hilangkan bau peti ais, lebih2 lagi kalau takde letrik
titan says
nak try letak kopi la..
Petua Emak says
saya pun ingat nak cuba gakk..
azrie amriey says
pastikan klau kita simpan makanan, gunakan bekas yg bertutup rapat.. begitu juga klau kita simpan ikan/daging/ayam. Jd bau makanan tidak akan bercampur aduk.. Klau boleh, sentiasa kemaskini peti ais anda.. Jgn simpan makanan yg sudah tamat tempoh. Jd, xdelah bau2 yg kurang menyenangkan….
Pojiepooh says
Dengan arang, daun pandan dan kulit limau mandarin pun boleh juga kan..
Petua Emak says
Arang mmg bagus menyerap bau yg kurang menyenangkan… 😀