Petua ini kiriman Cik Sakeenah (Choco Nila) dalam Kuiz Kongsi Petua dapat hadiah.
Pernah tak kita rasa macam hialng selera makan. Selalunya kanak-kanak mudah hilang selera makan dibanding dengan orang dewasa. Kesannya badan semakin kurus dan kurang bermaya. Sebenarnya banyak petua yang dapat membantu menambah selera makan.
Petua Cara Menambah Selera Makan
1. Jintan Hitam
Sebelum makan, gigit sesudu kecil Jintan Hitam ( habbah sauda’). Kemudian minum secawan air yang dicampur bersama beberapa titis cuka.
2. Daun pegaga
Daun pegaga juga boleh membantu. Anda cuma perlu memakannya secara mentah saja.
3. Minyak levender
Minyak levender dengan dos kecil boleh menambah rembesan hempedu dan meningkatkan selera makan.
4. Makan bawang merah, bawang putih, buah pelaga, parsley, limau sitrus dan lemon.
Semoga petua ini membantu menambahkan selera makan anda.
Admin: Terima kasih Cik Sakeenah di atas kiriman petua cara menambah selera makan ini 😀
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua ubat penyakit ekzima. Tapi sebelum itu, kliklah button Like, jika sukakan artikel ini.
azrie amriey says
Kanak2 mmg susah sgt nk diberi mkn.. lebih2 lg kalau suruh makan sayur.. Susah sgt.. Tp klau mkn snek, laju je.. Jd, kita kena variasikan masakan kita, biar nmpak menarik.. Kenalah kreatif sikit, bak kata org, kena belajar skill ala2 Master chef.. hehehe
Petua Emak says
Masa saya kecil, saya suka makan sayur. Sebab apa taw.. sebab tengok citer popay yg bila makan sayur jadi kuat.
TV sangat mempengaruhi minda anak kecil. Memang byk iklan makan snak, kfc, coco crunch dan sebagainya. Itulah sebenarnya yang mempengaruhi kanak2.
gloryatie says
saya kalau nak suruh selera makan, letak je budu semamngkuk, confirm habis licin nasi sepinggan, siap bertambah lagi uhuhuhuhu. len kali boleh la try petua kat atas kalau takde selera makan …(tapi macam makan tak pernah berhenti je, bila nak takde selera nye uuhuhuhu ) 🙁
Petua Emak says
bagus tu. kalo nak tambah selera, carilah makanan favorite kita.. insyaAllah datang semula seleranya.. 😀
tehr says
selama ni sentiasa ada selera je
nampak kena cari petua kawal/kurangkan selera makan ni
Petua Emak says
nie kena reverse petua… 😀
tapi mmg benar, org dah kawen, selera makannya bertambah dan tambah 😀
Adif Fida says
saye plak…klu xde selera atau xde lauk..hehhe
potong bawang + potong cili hijau + kicap = buat ulam…
sedappp…
Petua Emak says
mmg bagus ulam2 ini utk kesihatan… bagus di amalkan..
Choco Nila says
Huhuhu.. x tau ler seumur idop dpt x buat petua ni ..
Petua Emak says
kena cuba petua sendiri dulu :D. Tapi setiap org memang tak sama cara menambah selera… 😀