img src=”https://hairul.com/blog/wp-content/uploads/suami-isteri.jpg” alt=”” title=”suami-isteri” width=”300″ height=”320″ class=”aligncenter size-full wp-image-7565″ />
Petua ini kiriman Cik Rafidah (Adif Fida) dalam Kuiz Kongsi Petua dapat hadiah
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Hati yang bersih menjadikan hidup kita lebih tenang dan bahagia. Oleh itu di bawah ini ada beberapa panduan dari Islam, bagaimana membersihkan hati
.
Petua Cara Membersihkan Hati dari Sudut Islam
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a dan memohon kepadaNYa agar dibersihkan hati ini.
2. Selalu berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w kerana pahala dan ganjarannya amat besar. Disamping membersihkan hati.
3. Sentiasa memaafi kesalahan kawan-kawan dan tidak berdendam sesama manusia.
4. Bersedekah, berzakat dan memberi orang miskin makan. Ini cara terbaik memberi ketenangan jiwa.
5. Solat taubat memohon keampunan daripadaNya. Ini memberi ketenangan dalam hati kita.
6. Kerap membaca Al-Quran kerana mampu menenangkan jiwa. Di samping penawar segala penyakit.
7. Selalu berkata perkara yang positif dan jangan sesekali mengutuk atau mengkritik diri sendiri.
8. Sebelum tidur, kata pada diri sendiri berulang-ulang “Aku bersyukur pada mu, Ya Allah, bersihkanlah hatiku”.
9. Berpuasa. Ini merupakan cara menundukkan nafsu daripada melakukan maksiat.
10. Selalu ingat mati dan takut pada azab neraka dan Menjaga mata, telinga dan mulut daripada perkara yang tidak disukai Allah.
InsyaAllah cara ini membantu membersihkan hati anda agar sentiasa tenang dan bahagia.
Admin: Terima kasih Cik Rafidah atas kiriman Petua Cara Membersihkan Hati dari Sudut Islam ini 😀
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara mencantikkan bulu mata. Tapi sebelum itu, kliklah button Like. Baru saya tahu anda sukakan artikel ini.
gloryatie says
semua kat atas tu memang bagus diamalkan dan mudah, tapi satu je yang susah nak amal uhuhuhuhuhu, memaafkan….. bab ni yang susah ni kan… tak semua boleh saling memaafkan. takpe saya cuba 🙂
Petua Emak says
Ingat satu je Cik yatie.. jika kita mahu org lain memaafkan kesilapan diri kita. kita kena mulakan memaafkan kesilapan org lain.. no body perfect… he.he.he
gloryatie says
baikla……uhuhuhuh
yas says
Kalau la semua manusia dlm dunia ni boleh amalkan perkara2 mcm ni…dah tentu dunia akan aman tanpa sebarang masaalah…tanpa pertumpahan darah…..hmmm, nice entri PEH!!
thxs….
tehr says
aku setuju
kalau la semua amalkan petua macam ni
aman dunia
Petua Emak says
saya pun setuju seratus peratus….
apaajanews says
salam ziarah, banyak juga petua di blog tuan rumah ni ye
Petua Emak says
wslm… petua kiriman org.. bro tak nak kirim petua ke di sini.. insyaAllah besar pahalanya……..
blackrosehunter says
kalau dapat buat dua atau tiga daripada yang tersenarai tu secara istiqamah pun dah kira cukup bagus.
ahmad kamil says
Setuju dengan BRHunter.
Petua Emak says
Elok buat satu persatu secara istiqamah kan 😀
ohcikgu says
itulah. masalahnya ramai yang tak tahu semua nih. pelajar sekolah pun ada yang tak tahu selawat yang mudah-mudah.
Petua Emak says
itu dah kes berat tu cikgu….
tapi yg kesian.. nanti cikgu jugak yg dipersalahkan.. hu.hu.hu..
ahmad kamil says
mmg kes berat….kena dedahkan mereka dengan ilmu2 agama tu cikgu.
ahmad kamil says
Thanks PEH. InsyaAllah teman cuba perbaiki diri ini.
Petua Emak says
Bersama2 kita amalkan secara istiqamah En Kamil 😀
Mohd Rujhan says
sbnrnya, trdpt bnyk cara untk mmbersihkn hati dri sudut islam yg kita boleh amalkan…antaranya melakukan rukun iman dan rukun islam…
Petua Emak says
Benar tu en rujhan .. rukun iman dan rukun islam.. yg paling utama perlu dilaksanakan 😀
azrie amriey says
sentiasa redha dgn apa juga ketentuan Allah.. Bila kita redha, hati pun jd tenang dan lapang… Setiap ketentuan Allah, ada hikmahnya… Tgk dri sudut positif.. Hati dan jiwa akn tenang bila kita sentiasa bersyukur dgn rahmat Allah…
Gulaz says
Semua tu betul.. Cuma satu je yg tertinggal…. Zikrullah adalah air utk menyamak hati2 yg kotor…
Petua Emak says
benar tu.. zikir sangat bagus… 😀