Petua ini kiriman En.Mohd Rujhan (Mohd Rujhan) dalam Kuiz Kongsi Petua dapat hadiah
Ramai dari golongan dewasa sering mengalami sakit kepala.Banyak punca sakit kepala ini. Bagi seorang ibu mungkin disebabkan kenakalan anak-anak, tugas seharian di rumah dan mungkin juga masalah di tempat kerja.
Bagi seorang bapa pula mungkin disebabkan oleh bil-bil api,air,internet,hutang sana-sini dan mungkin masalah di tempat kerja. Jadi, ada beberapa petua untuk menghilangkan sakit kepala yang boleh diamalkan oleh semua.
.
Petua Cara Hilangkan Sakit Kepala
1. Tumbuk enam helai daun sawi hingga lumat, kemuadian campurkan dengan sedikit garam,lumurkan serta gosokkan perlahan-lahan pada dahi dan pelipis.
2. Tumbuk dua atau tiga daun setawar hingga lumat, kemudian tempekkan pada kepala dan balut. Biarkan semalaman.
3. Rebus beberapa biji kulit manggis dengan tiga gelas air.Biarkan airnya tinggal satu gelas sahaja Tapis dan
buangkan hampasnya.Berkumur setiap hari tetapi jangan sampai terminum pula airnya.
Mungkin dengan mencuba beberapa cara ini dapat menghilangkan sakit kepala yang menghantui anda.
Admin: Tima kasih En Rujhan atas kiriman Petua Cara Hilangkan Sakit Kepala ini 😀
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara menghilangkan kelemumur. Tapi sebelum itu, kliklah button Like. Baru saya tahu anda sukakan artikel ini.>
Adif Fida says
bahan yg mudah didapati senang caranya…time kasih.
biasanya klu saye sakit kepala…saya letak minyak kapak jek….
biasenya mmg akan ok….
azrie amriey says
Kaedah yg sy pernah baca, ambil tiga atau empat keping asam gelugor atau asam keping. Rendamkan dalam air suam semalaman. Minum air tersebut pada keesokkan harinya. Insyaallah sakit kepala anda akan hilang serta merta.
Tp kaedah yg sy selalu gunakan bila sakit kepala, sy akan cuba muntah… Sebab kadang2 sakit kepala 2 berpunca dri angin (gastrik). Jd, klau muntah pun angin je yg keluar.. Bila dah muntah, mmg lega…
1 lg kaedah yg sy pernah cuba, rendam kaki dlm air suam… lg elok, masukkan sikit garam bukit. Smbil tgk tv pun boleh rendam kaki… Mudah je…
Mohd Rujhan says
sesiapa yang pening kepala boleh la ikut cara ini sebab bahan-bahannye mudah dicari …tetapi kalau sudah ada cara sendiri dan berkesan tidak apalah…ok..salam.
gloryatie says
bagus la semua cadangan kat atas, selalu juga sakit kepala. mungkin terlebih tidur kot. so next time boleh la try cara2 kat atas.
yas says
Bagus juga ada petua ni…org rumah selalu migrain…boleh bg cadangan kat dia nih…tq.
choco nila says
selalu nye lps bagon tido mesti hilang sakit kepala,,, urm,, lain kali boleh cube petua ni since brg nye dh ade kat dapur