.
Artikel ini kiriman pembaca blog hairul.com iaitu Cik Tie. Kalau masak nasi guna dapur biasa tentu ada yang terleka sehingga nasi dimasak hangit. Jika anda menghadapi masalah ini, jangan risau kerana petua cara hilangkan bau nasi hangit ini sangat membantu anda. Jom baca artikel penuh ini.
.
Petua Cara Hilangkan Bau Hangit Nasi
Kalau zaman dulu2 selalu guna dapur gas atau dapur kayu untuk memasak nasi. Tapi sekarang dah canggih, semua dah guna”rice cooker” so tak perlu lagi bimbang nasi hangit. Tapi bagi mereka yang masih menggunakan dapur gas untuk masak nasi, boleh guna petua cara hilangkan bau nasi hangit ini. Cik tie pun guna dapur gas, coz dapur gas lagi cepat berbanding “rice cooker”.
Kalau masak nasi dengan dapur gas, tak boleh leka, tak pasal2 nasi hangit. Kalau dah hangit tu, susahlah jadinya, takkan nak buang kan. So kat sini Cik Tie nak kongsikan macamana nak hilangkan bau hangit nasi, bukan hilangkan kerak hitam hangit nasi. Tu magic la pula uhhuhuhuhu. Antara cara yang boleh kita gunakan ialah, letakkan lada kering di atas periuk nasi. Boleh juga gantikan lada kering dengan daun sireh atau sebuku roti.
Selain itu boleh juga letakkan semangkuk air di tengah2 periuk nasi. Tutup dan angkat mangkuk itu setelah bau hangit hilang. Banyak lagi kaedah lain yang boleh digunakan untuk cara hilangkan bau hangit nasi seperti tutup periuk dengan daun pisang, atau ambil daun pandan dan diletakkan di tengah periuk hingga bau hangit hilang dan juga boleh gunakan kulit bawang.
Caranya, cuci kulit bawang dan letak di tengah periuk. Tutup periuk hingga hilang bau hangit. Sebenarnya banyak petua nenek moyang yang boleh diguna pakai walau di zaman moden, Cuma kadang2 kita terlepas pandang. So, mulai sekarang bolehla guna petua kat atas tu jika nasi hangit dan bolehla terus makan nasi walaupun hangit tanpa perlu membazir.
Hairul.com: Terima kasih Cik Tie diatas kiriman artikel Petua Cara Hilangkan Bau Nasi Hangit ini. Selepas ini, tiada lagilah masalah bau nasi hangit.
etuza says
gunakan petua nenek..kan kita dilarang membazir..usahakan dahulu, kalau benar bukan rezeki kena buang pun cara sedekakkah ke ayam ke mana2 lah yang suka makan nasi hangit…
Hairul Hissam says
Kalau ada bela ayam, mmg bagus diberikan pada ayam spt kata en etuza 😀
nurmisnan says
Sekarang 90 persen guna periuk karen
tapi kalau masak nasi atas dapur kayu alangkah
nyamannya rasanya…
Hairul Hissam says
Rasa nasi dgn dapur kayu tentu berbeza dan lebih sedap 😀
TehR says
memang dah jarang sangat jumpa nasi hangit sekarang ni
apa pun petua terbaik ni boleh dicuba nanti
Hairul Hissam says
Mcm emak saya lebih suka masak nasi atas dapur dari guna yg karen.. 😀
akubiomed says
Bagaimana rasanya akan turut diselamatkan dengan tip ini?
Hairul Hissam says
Masa makan nanti, kena letak byk kuah atau sambal. InsyaAllah rasanya ok…:D
grosir jilbab says
saya lebih suka menggunakan daun pandan, mmmh aroma harumnya membuat nasi tambah sedap 🙂
Hairul Hissam says
Terima kasih atas info tu… Aroma daun pandan mmg menyelerakan.. 😀