Memang seronok melihat gelagat anak kecil. Lebih-lebih lagi melihat baby mula merangkak dan seterusnya berjalan. Semasa saya tinggal di rumah kakak saya dulu, saya berikan sedikit senaman pada anak kecil kakak saya. Cara ini menjadikan ia cepat berjalan. Caranya seperti dibawah
.
Petua Cara Anak Kecil Cepat Berjalan
1. Pegang tangan atau ketiak anak kecil. Buat ia berdiri. Seterusnya jalankan anak kecil itu dengan laju. Anak kecil tersebut pasti akan seronok. Ini memberi keinginan pada mereka untuk berjalan dan melatih kaki anak kecil agar lebih kuat dan cepat berjalan.
2. Lobak merah juga mengandungi kalsium yang tinggi. Boleh masukkan lobak merah ke dalam bubur baby anda. Ini akan akan membantu pembentukkan tulang mereka agar cepat berjalan.
InsyaAllah tips ini dapat membantu anak kecil kesayangan anda berjalan dengan lebih cepat. Cubalah Petua Cara Anak Kecil Cepat Berjalan ini
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara menghilangkan mata sembam. Tapi sebelum itu, kliklah button Like. Baru saya tahu anda sukakan artikel ini.
gloryatie says
cam bagus je info ni tuk kegunaan masa depan, boleh try kat anak sedara dulu nih. bubur carrot tu kena kisar ke carrot tuh?
Petua Emak says
Saya dapat info tentang karet tinggi kalsium dan bagus utk anak kecil nie dari buku Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Tapi lupa plak cara penyediaannya… Tak silap saya, karet tu perlu dimasak bersama bubur sehingga ia lembut dan dikisar lagi utk memudahkan anak kecil memakannya. 😀
gloryatie says
ok nanti boleh bagi kat anak sedara,
tq for the info
Adif Fida says
ikut petua org2 tua…klu nak anak jalan cepat …ketuk sikit sabut kelapa kat lutut si anak kecil tu…insyaAllah akan berjalan lah anak tu..
Petua Emak says
Mungkin sabut kelapa merangsang kaki anak kot… tqvm cik fida..
levelsatu says
hehe..bagus gak tips nih. leh cuba.
Petua Emak says
selamat mencuba 😀
choco nila says
boleh simpan tips ni utk future since saye x kawin and ade anak lagi
Petua Emak says
Kalo kawen nanti, langkah petama.. buka blog petuaemak.com…he.he.he
azrie amriey says
petua yg kita biasa dgr, bwk ank berlatih berjalan atas rumput yg berembun (awal pg).. smbil berjalan, bacakan selawat…
hatiputera says
satu lagi petua anak kecil cepat jalan ialah mandikan dengan air daun seringan,,,,
Petua Emak says
tima kasih atas petua tu en hatiputera
syikin says
anak saya dah nak masuk 11 bulan merangkak pun blum lagi… anak saya dia takut skit
Petua Emak says
Kena rajin senyum pada anak.. ia akan meghilangkan rasa takutnya dan bersemangat… 😀
Zakrif says
Trima ksih ats ptua anda smua..bgus ruangan ni..
Zakrif says
Best ruangan ni..