Inilah keratan akhbar yang hairul.com ambil dari surat khabar metro hari ini. Memang mengerikan. Gara-gara ingin mendapatkan wang mudah seorang pemuda yang berusia 24 tahun melecur teruk hampir 40% tubuhnya. Mangsa berusia 24 tahun dipercayai penagih dadah cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad Maran. Menyebabkan bekalan elektrik terputus selama 30 minit di Pusat Bandar Maran kelmarin.
Dah macam mayat hidup hairul.com lihat. Tujuan hairul.com berkongsi keratan akhbar ini sekadar memberi pengajaran kepada anak-anak muda agar berhati-hati supaya tidak terjebak genjala tidak sihat ini. Masalah mencuri kabel dan masalah penagihan dadah perlu dibenteras dari peringkat awal dengan memberi kesedaran. So Ibu bapa perlu memberi kesedaran kepada anak-anak mereka.
Mungkin ada yang tak tahu kenapa penagih dadah suka sangat dengan kabel elektrik. Kerana kuprum di dalam kabel. Sememangnya harga kuprum agak mahal dan mempunyai permintaan tinggi dari bengkel-bengkel besi buruk. Ini juga punca utama yang menggalakkan kegiatan tidak bermoral ini. Mungkin juga pihak polis mencari inisiatif untuk mengawal kegiatan bengkel-bengkel ini agar dapat mengurangkan masalah ini.