Artikel ini merupakan kiriman pembaca blog ini iaitu cik Azriey Amriey. Kanak-kanak lumpuh biasanya dipandang rendah oleh masyarakat kita. Namun sebenarnya mereka mempunyai kemampuan setanding orang biasa. Jom kita baca artikel ini.
Siapa kata orang cacat tak boleh berjaya? Siapa kata orang cacat tak mampu untuk jadi cemerlang? Muhammad Shurahbil Elias, 19, berjaya membuktikan kecacatan yang menimpa dirinya akibat kemalangan yang berlaku kira-kira empat tahun lalu sehingga menyebabkan dia menjadi lumpuh tidak pernah mematahkan semangatnya.
Sebaliknya anak kepada peniaga roti canai ini bangkit dan bersemangat seterusnya membuktikan dia berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan keputusan 10A+ dalam semua mata pelajaran yang diambilnya pada Oktober tahun lalu.
Dia menganggap musibah yang menimpa sebagai dugaan dari Allah. Menurut bapanya pula, antara rahsia kejayaan anaknya ialah berkat doa dari ibunya. Bahkan ibunya berpuasa sepanjang anaknya itu menduduki peperiksaan STAM serta mendoakan kelancarannya.
Pelajar Sekolah maahad Johor itu merupakan salah seorang daripada 33 pelajar yang berjaya mencapai gred mumtaz. Insya Allah, berkat kesabaran dan usaha gigih tanpa mengenal jemu, seseorang itu pasti akan berjaya. Mudah-mudahan Muhammad Shurahbil akan lebih berjaya lagi pada masa akan datang.
Hairul.com: Terima kasih cik Azriey kerana sudi berkongsi artikel ini.
UmmiKami says
Salam manis selamat malam..
Bancuh kopi tangan sebelah,
Tambah gula akan disaji;
Lumpuh kaki jangan mengalah,
Tabah dan redha tahan diuji. =)
Hairul Hissam says
wsalam manis-manisan kak ummi,
Kopinya panas melecur lidahku
Tak dpt minum masuk hospitali
Perlu tabah, Orang OKU
Banyak hikmat ketentuan Ilahi
UmmiKami says
Salam semanis senyum 😀
Bersimpuh lawa memegang buku,
Berdua di meja dekat sehari;
Sungguh istimewa orang OKU,
Semua kerja dibuat sendiri.
Hairul Hissam says
wsalam.sambil tersenyum. Bila lihat org OKU.. rasa sgt bersyukur dgn segala nikmat yg diberikan Nya
akubiomed says
Membuat kita berasa segan yang mempunyai cukup sifat tidak secemerlang beliau.
Hairul Hissam says
Memang betul bro.. kekadang tu cukup sifat kita membuatkan kita leka dan tercicir…..
Hafizul says
Mereka ni ada target..tak macam org biasa..mereka rasa sempurna sedangkan OKU rasa tak sempurna dan ingin mewujudkan kesempurnaan..sebab tu mereka berjaya..kan?
Hairul Hissam says
Setuju sgt kata bro hafizul. Kekurangan diri membuatkan mereka lebih bersungguh2 berbanding kita yg cukup sifatnya. 😀
TehR says
tahniah untuk beliau
kadang2 rasa malu juga dengan diri sendiri
Hairul Hissam says
semoga kita mencontohi usaha gigih beliau…