Kisah handphoneku rosak.
Saya menyedari handphone saya rosak pada 2 pagi selepas terjaga dari tidur. Masa tu jugalah saya survey handphone baru diinternet. Risau beb. Sebab so far, setiap hari siang malam, pagi petang. Ada je yang call dan sms. Kebanyakkan bertanya tentang pakej yang saya jual. Soalan yang kerap ditanya. Masih jual lagi ke. Macam mana nak beli. Berapa diskaun kalau beli dua dan sebagainya.
Sekiranya ada yang call atau sms saya pada 14hb May malam sehingga 15hb petang dan tiada jawapan. Harap dapat call atau sms saya semula. Saya baru je beli handphone baru mengantikan handphone lama yang tiba-tiba rosak. Time busy-busy macam nie. Dia rosak pula. Satu hari suntuk dihabiskan mencari handphone baru. hu.hu.hu. No handphone tetap sama.
Mula-mula nak beli yang RM280 je, last-last beli……
Keesokannya. Selepas saya poskan pakej yang dibeli pelangan. Saya terus ke dua buah hypermarket. Tapi tengok macam mahal je kat sana. Saya balik rumah semula dan survey lagi diinternet. Mula-mula call dealer-dealer sony ericsson untuk check harga dan sebagainya. Lepas tu ternampak kat mudah.my sony ericsson xperia mini pro X10 dengan harga RM350. Memang murah sebab secondhand. Bila call, dia boleh bagi RM280. Cantik. Tapi kedainya memang jauh.
.
.
Bila sampai je dan tengok. Banyak juga kesan calar dibelakang handphone tu. Dah mula risau nak beli. Cancel je la. Kang rosak, dah satu kerja nak cari handphone lagi. So ingat beli yang baru je la. So tanyalah Xperia Mini Pro model terkini SK17i. Tapi tak de pula stoknya. Memang Sony tidak produce lagi model mini pro. Yang ada di pasaran stok lama atau yang tak ori. Saya minat mini pro sebab ada keypad. Senang sikit nak reply sms customer.
.
.
Round punya round kat hypermarket tu. Jumpa satu kedai yang merupakan dealer sony ericsson. Katanya ada stok mini pro. Harganya ok, RM500. Tapi nak kena ambil dari centernya. Esok baru boleh dapat. Aduhai, saya tak boleh tunggu la. Bual punya bual dengan amoi tu terpikat pula dengan Xperia Pro. Specifikasinya lebih baik dan ada keypad. Akhirnya beli jugalah xperia pro. Dari harga RM900++, dia bagi kurang RM850. Datang jauh-jauh nak beli yang RM280. Last-last beli yang lain.
.
.
Sony Ericsson Supporter Kini Dan Selamanya…..
Sebelum ini saya guna Sony Ericsson K550. Hampir 5 tahun juga saya pakai. Amoi tu tengok “Wah model lama, biar betul”. Kalau model tu tak rosak, jangan haraplah saya nak beli baru. Saya pilih sony ericsson sebab kurang radiasinya. Dulu first pakai nokia, agak kuat juga radiasi. Lepas tu ada beli PDA dengan harga RM1,800. Akhirnya jual semula sebab sakit kepala dibuatnya. Produk samsung dulu pernah guna, tapi sama juga. Semenjak tu dah serik beli gadget-gadget nie sebab kepala saya kurang kebal la. 😛
.
.
Harap-harap sony ericsson model nie tak membuatkan kepala ku berdenyut. Setakat nie baru samalam pakai, ok lagi. OK, sesape ada call atau sms saya pada 14hb malam hingga 15hb petang berkenaan pakej saya. Harap dapat call atau sms semula. Yang berkenaan dgn pakej je ye. Silapnya mula-mula simcard masuk kat h/p Xperia mini pro yang second hand tu untuk testing. So alert semua masuk kat sana kot.
nizamghazi says
Lepas ni mesti bertubi-tubi orang call Hairul untuk dapatkan resipi terbaik di sini 🙂
Canggih tu pakai Xperia. Saya sony dah tak layan.
Hairul Hissam says
kalau dapat sms bersambung2, lagi teruk.. dah tak boleh buat kerja lain… tapi kena layan jugak.. 😀 .
akubiomed says
Selalu berlaku lain yang di hajat dan lain yang dibeli. 🙂
Hairul Hissam says
Biasanya begitulah kan 😀 .
jemarioren / ciknor says
saya antara peminat sony 🙂
Hairul Hissam says
Welcome to the club.. Cik Jemari oren 😀
tehr says
Mahal juga ni sony
Aku sekarang ni suka yang skrin besar je sebab
Mata dah rabun
Hairul Hissam says
Saya pun dah mula rasa seronok la pakai xperia pro.. screen besar, sedap mata memandang kan en tehr…
suri says
hu betul besar mudh nampk..tpis y still sy yg lama nokia tu hee,lancar je taip..ni samsung adui..makan hti…mujur tak der spa call selain suami dna kluga
Hairul Hissam says
Tu yg kena beli ada keypad.. lagi syok menaip… 😀
fiezaradzi says
peminat setia sony ni.. tapi pakai sony mmg best lah.. rugi plak tukar pakai nokia, tak best.. haha.. nnti2 nak survey yg lain.. ce, de hati nak tukar lagi tu.. hhii.. lau rajinlah..
Hairul Hissam says
tu la gatal tangan ge tukar nokia.. he.he.he…
Mmg syok guna sony nie kan cik fieza….
titan says
aku tunggu hp rosak dulu. baru beli yang baru. hehe..
Hairul Hissam says
Hidup nie kena berjimat cermat kan en. Titan. he.he.he
suri says
hadaui ada ksan ridiasi rasanya mana hp ada kena pula letak kt cuping telinga hu..alahi.
selamat dtg ke hp baru heee
Hairul Hissam says
Mengadap nye le yg terasa radiasi dan penuh kepala nie…. sony nie kurang sikit.. 😀
hatiputera says
niat nak beli yang murah dari rumah biasanya jadi lain bila dah sampai ke kedai
Hairul Hissam says
Kena pula ngan amoi cantik kan en hatiputera 😀 ….
tapi mmg niat nak beli yg ada keypad je…
azriey amrie says
salam.. En Hairul, pasni bleh berniaga hp plak… hehehe
Hairul Hissam says
wsalam.. mmg untung besar jual h/p nie… he.he.he…
azriey amrie says
apapun nokia gak yg tahan lasak… jatuh gedebuk gedebak pun, relax je… hehehehehe
Hairul Hissam says
tak de laaa.. sony lagi tahan.. he.he.he
chii says
heeh…dari 280 jadi 850…biasalah tu,kita hanya mampu merancang sahaja.
chii dulu pun peminat sony gak. tp memandangkan dulu slalu problem kat speaker..tu yg xmo lg tu. skrg ni selesa ngan samsung =)
Hairul Hissam says
Cuma tu la.. masa byk terbuang nak cari yg murah… tapi last2 sama je…. 😀 ..
p/s… mungkin nasib chii kurang baik dpt ada masalah……..
chii says
heheh..mungkin la..tp x nafikan..chii suka dgn sound dr sony..mmg best
Hairul Hissam says
Mmg ramai yg kata sound dari sony ericsson adalah terbaik :D…..
azman says
Tak per ada kegunaan nya nanti…he3..
Hairul Hissam says
Betul.. byk juga kegunaanya.. kameranya pun sgt clear… 😀
Izzuddin Fauzi says
Untung ada fon baru… Kalau yang ori jangan risau tahannyer fon tuh 😀
Hairul Hissam says
Kalo yg ori memang tahan lama selagi tak masuk dalam air.. 😀
shraqs says
Mana2 henpon pun sama bro. Yg penting ikut gaya penggunaan & keperluan. Rasanya bro ni lebih kurang sama ngan boss sayalah,.. jenis nakkan henpon yg ada keypad (especially slide). Awal tahun tempohari jenuh kitorang tolong carikan Communicator yg dah lama tak keluar. Dapt pun 2nd hand.
Hairul Hissam says
Untung jadi bos ya bro.. arah pekerja tolong cari kan je…. tak payah pening kepala pegi cari… 😀
shraqs says
Dia mintak tolong tanya2 je bro. Lagipun boss kitorang nih jenis yang tak berkira sangat & sempoi ngan staff dia..
Hairul Hissam says
Kalo dpt bos mcm tu, mmg syok bekerja kan bro 😀
shraqs says
Yup,.. betul sangat!
cik tom says
smart juga xperia pro ni..
ciktom just guna hp w705 je..
ok bg ciktom asal blh sms n call sb bg ciktom nak hp canggih2 hanya satu kehendak bukan keperluan..so pakai hp biasa pun no hal..hee
Hairul Hissam says
Saya pun guna h/p untuk sms dan call je cik tom… dpt yg ada keypad, senang sikit nak reply sms. 😀
MR.Z says
sony memang best lagi2 dari segi kamera dan bunyinya. saya yang pakai samsung pun kurang berpuas hati dengan bunyi dan kameranya.. 🙂
Hairul Hissam says
Kamera sony mmg terbaik Mr Z.. mmg clear betul… 😀
puanbee says
Pertama kali dengar tak nak beli fon sebab radiasi tinggi , hehe sebelum ni orang semua nak yang latest je ..termasuklah saya
Hairul Hissam says
Kalau dulu puan bee, sebelum beli h/p.. check tahap radiasi setiap h/p. yg h/p nie.. tak sempat nak check… he.he.he
Oh! budu says
memang murah dah hp sekarang.
Hairul Hissam says
rasa saya kosnya lagi-lagi murah kan.. 😀