Akhir bulan nie, genaplah 2 tahun umur kereta saya. Tapi yang lemahnya bila dapat surat insurance. Aduhai…. duit lagi beb. Lemah betul dibuatnya. So saya carilah info syarikat-syarikat insurance melalui google. Syukur, terjumpa Takaful Ikhlas. Saya pun call laaa mereka. Yes, boleh buat secara online jee beb. Lagipun geran kereta dah ada kat tangan.
Cara Renew Insurance Kereta secara Online
Memang mudahlah renew insurance melalui online. Saya renew melalui email sahaja dengan pihak insuran Takaful Ikhlas. Memang mudah giler laaa. Tak perlu laa nak bersesak-di jalan raya. Semuanya dilakukan di dalam rumah jee, Yang penting dapat diskaun 10%. Jimat betul laaa.
5 Langkah Mudah Renew Insurance dan Roadtax
Langkah 1: Email detail polisi insurance yang lama kepada pihak Tafakul Ikhlas. Nie emailnya: salamikhlas@takaful-ikhlas.com.my. Lagi elok, scan polisi insurance yang lama dan email atau fax kepada pihak takaful Ikhlas. No telefonnya: 03 2723 9526/9802/9521 dan no fax : 03 2711 8580.
Jika sebelum nie anda menggunakan syarikat insuran lain, tiada masalah untuk tukar ke Takaful Ikhlas. Dan tidak perlu maklumkan kepada syarikat insuran yang lama. Hanya perlu terus berurusan dengan pihak Tafakul Ikhlas. Dan semua NCD (No Claim Diskaun) tetap akan dapat seperti biasa. Dan dapat 10% diskaun lagi tu.
Langkah 2:: Jika semua maklumat lengkap. Pihak insurance Takaful Ikhlas akan hantar sebut harga polisi insuran melalui email. Kalau boleh anda minta nilai kereta terendah untuk di insuran kan. So dapat murah sikit insurance yang perlu dibayar.
Langkah 3:: Jika anda setuju dengan sebut harga tu. Anda boleh membuat pembayaran ke akaun bank yang diberikan oleh pihak insuarance Takaful Ikhlas. Pembayaran boleh dibuat secara online atau ke kaunter bank.. Selepas bayar, email bukti pembayaran pada mereka.
Langkah 4:: Dalam masa sehari jee pihak insurance Takaful akan menyiapkan polisi insuran anda. Anda akan dapat salinan polisi insurance melalui email. Manakala salinan original akan di hantar ke rumah anda kemudian.
Langkah 5:: Seterusnya bawa geran kereta sahaja ke pejabat pos atau jpj untuk renew road tax kereta anda. Dah siap renew, boleh laa tampal road tax tu pada kereta anda.
Memang mudah laaa renew insurance nie. Tapi sekiranya kereta anda belum habis bayar atau belum memiliki geran kereta, elok tanya dulu dengan pihak bank. Tanya samada geran kereta boleh dikeluarkan untuk renew road tax atau kena melalui agen. Saya pun tak pasti. Tapi yang pasti geran kereta disimpan oleh pihak bank dan bukannya kedai kereta. Semoga artikel nie bermanfaat.
puteri kasih says
mudah kan bila boleh renew online 🙂
Hairul Hissam says
Mmg mudah puteri.. roadtax pun boleh renew online sebenarnya… cuma saya belum try lagi.. 😀
Hero Borneo says
panduan yang cukup baik bro..terima kasih kerana berkongsi..
Hairul Hissam says
Terima kasih kembali.. semoga bermanfaat 😀
Hero Borneo says
jangan risau..blog ini memang banyak manfaatnya kepada kami semua
Hairul Hissam says
InsyaAllah akan terus memberi manfaat kepada pembaca blog.. terima kasih kerana sudi membaca bro.. 😀
myliferia says
sangat bermanfaat walapun saya tukang pakai kereta jer 🙂
Hairul Hissam says
Untung ada org bayarkan yeee 😀
Hafizul says
haha..senang punya hal kan..saya biasanya bank in ke pada Alliance jer..dia yang uruskan belaka..tunggu sari, sampailah roadtax kereta tu..haha
Hairul Hissam says
Oh lagi senang.. heee
ema says
wah, senangnya bila dah boleh bayar melalui online.
Hairul Hissam says
Mmg mudah kak ema renew insurance melalui email jeee. jimat duit minyak 😀
Mai Has says
selalu saya buat kt myEg tp xde diskaun.huhuh
Hairul Hissam says
Yg diskaun tu utk renew insurance secara online dengan takaful ikhlas. Tapi renew roadtax melalui myEg tu saya tak pasti pula sabab saya buat secara offline.. 😀
akubiomed says
Belum lagi pernah guna walaupun tahu mengenai perkhidmatan ini. Mungkin dimasa hadapan boleh dicuba.
Hairul Hissam says
Cubalah bro renew insurance melalui email dgn takaful ikhlas.. mmg mudah laaa 😀
Anak Askar Pencen says
Biasanya, pihak bank akan bagi juga geran original kat kita kalau kita request. Bila dah ada geran dalam tangan, mudah la nak buat process renew road tax.
Hairul Hissam says
Terima kasih atas info tu bro. So mudahlah bagi mereka yg nak renew insurance sendiri dan tukar pihak insuran yg lebih menjimatkan.. 😀
sabree hussin says
saya belum ada kereta sendiri lagi, tapi kalau dari penerangan ni, memang nampak mudah bila dapat renew secara online je ni
Hairul Hissam says
Kalau ada nanti, renew insurance online jee bro.. lagi mudah.. 😀
MissPuan Yati says
Urusan online memang menyenangkan, terutama jenis kerja yang macam saya ni.. payah nak keluar buat urusan waktu pejabat. Semua pembayaran pun saya buat online ^_^
Hairul Hissam says
Bertuah kita ada internet nie.. sgt memudahkan urusan harian.. lebih2 lagi jika suamai isteri bekerja… 😀
Nur Azhimah says
Hebatnya teknologi yg Allah kurniakan untuk kita smua…klu kita fikirkan lebih dlm lagi khidupan ats dunia ni bnyk yg ajaib2.. Alhmdulillah..sgala kprluan dan kmudahan dsediakn untk kta..Maha Pemurahnya Allah..kita tak minta pun Allah bg..
Hairul Hissam says
Bersyukur kita pada Allah s.w.t. kerana memiliki kehidupan yg selesa yang dipermudahkan… 😀
Myra Jay says
Myra baru guna Takaful masa renew bln 3 hari tu..
memang jimat berbanding insurans lain..
Bln 3 thn depan boleh la claim rebate sebab alhamdulillah setakat ni tak de claim insurans kemalangan.. Mintak dijauhkan..
Hairul Hissam says
Mmgbenar kata Myra.. mmg jimat betul guna takaful nie… Untung boleh claim rebate lagi.. 😀
Myra Jay says
Kalau tau dari awal, konpem dah laaama guna..heheee
Hairul Hissam says
Saya pun sama. yg penting lagi murah. heee 😀
Devy Mitchel Edwin says
info yang banyak membantu. terima kasih, tuan.
Hairul Hissam says
Semoga bermanfaat.. 😀
faritz shukry says
Salam saya nak tanya claim rebate ni apa ya? claim bagi cash ke macam mana?
Hairul Hissam says
Elok tanya dengan pihak tafakul utk penerangan yg lebih jelas..