Masa kecik, memang liat betul nak mengaji. “Hairul, berapa kali mak nak panggil mengaji nie”. Bila arwah ayah bersuara, barulah nak bergerak. Namun cara emak mengajar membaca al quran memang berkesan. Tapi sebelum saya ceritakan cara nya, jom baca dulu testimonial dari pembeli pakej www.bisnesair.com yang tak cukup tangan jual dadih.
Tahniah buat puan Nazatul kerana telah berjaya menjual bun dan juga dadih. Semoga Allah s.w.t. terus memurahkan rezeki Puan Nazatul dan juga pembeli lain. Lepas nie bolehlah jual mousse dan tiramisu in the cup. InsyaAllah meletup lagiii. Kepada yang nak belajar seperti Puan Nazatul, panduan membuatnya ada di www.bisnesair.com
Cara Belajar Membaca Al Quran Dgn Lancar Berlagu
Sampai sekarang emak masih mengajar ngaji. Cara emak mengajar mudah jee. Caranya, kita perlu mengikut bacaan emak terlebih dahulu. Kemudian barulah bacaan sendiri sambil ditegur mana salah dan silapnya. Cara ini boleh anda lakukan sendiri di rumah menggunakan al quran online seperti www.quranexplorer.com/quran/. Caranya kita membaca Al-Quran mengikut bacaan AlQuran online ini. Sambil mendengar sambil membaca AlQuran. InsyaAllah ia sangat membantu anda membaca al-quran dengan lancar dan berlagu.
Seronoknya Bila Membaca Al Quran Berlagu
Jika anda membaca al quran tanpa lagu, anda tidak akan rasa keseronokkan membaca al quran. Lagu dari bacaan Alquran lah yang menjadikan seronok. Tapi bagaimana nak belajar membaca alquran dengan berlagu? Mudah sahaja. Caranya sama sahaja. Iaitu dengan mengikut bacaan dari quranexplorer.com/quran/ yang berlagu. Pada permulaan, mungkin anda akan rasa sedikit sukar untuk mengikut bacaannya. Tapi lama kelamaan ia akan menjadi mudah dan seronok. Percayalah.
Rasulullah s.a.w turut menyuruh kita membaca al quran dengan berlagu seperti dalam hadis, βBukan dari kalangan kami siapa yang tidak melagukan Al-Quran.β (Hadis riwayat Bukhari; Misykat Mashobih, no: 2194). Ini sangat jelas menunjukkan Islam menyuruh kita membaca Al Quran dengan berlagu untuk mendapat manfaat dari bacaannya. Baru seronok membaca AlQuran.
Membaca Makna AlQuran Akan Memberi Keinsafan Dalam Diri Anda
Sangat rugi jika kita membaca alquran tanpa membaca maknanya. Memang rugi. Kerana hanya dengan memahami maknanya akan memberi keinsafan dalam diri kita. Malah Rasulullah s.a.w. sendiri menempelak orang-orang yang membaca Al Quran tanpa memahami maksudnya. Ini jelas suruhan membaca alquran dengan memahami dan membaca maknanya.
Namun kita perlu tahu di dalam Alquran terdapat ayat mutasyabihat dan muhkamat. Ayat muhkamat ialah ayat yang jelas maksudnya. Manakala ayat mutasyabihat ialah ayat yang samar-samar maksudnya. Ayat samar-samar maksudnya ini bertujuan untuk menguji keimanan dan kepercayaan kita pada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. JIka hati kita masih ragu2, kita akan berfikiran buruk sangka pada ayat mutasyabihat. Ini juga sebagai cara untuk kita memperbetulkan kepercayaan dan keyakinan kita kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. serta hari akhirat.
Semoga artikel ini memperingatkan diri saya sendiri yang semakin hari semakin lalai dengan keseronokkan dunia ini. Semoga kita bersama-sama memperingatkan sesama kita untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Hero Borneo says
informasi yang amat menarik ini bro..
Hairul Hissam says
semoga bermanfaat bro…
Azwan says
Kalau saya bro hairul, saya pakai aplikasi dari “juz 30 imaanstar “. Boleh cari kat internet guna keyword yang saya beri. Saya suka dengar bacaan dari Sheikh Mishary Rashed Alafasy, lagi lagi bacaan bunyi lagu beliau akan surah Yasin memang best.. π
Hairul Hissam says
SAya pun suka dengar suara Sheikh Mishary Mohamad.. Kalau handphone, saya lebih suka guna aplikasi myqalam dgn search: MQAPPS .Mmg mudah dan jelas guna aplikasi tu… Tapi lebih suka baca di komputer dgn screen yg lebih besar..
ahmadyani says
Sehari baca satu ‘ain’ beserta maknanya. Kalau tak dapat satu’ain’, satu ayat beserta makna sudah cukup.
Hairul Hissam says
Yang penting konsisten kan bro.. baru nampak hasilnya… π
Imran says
Bagus artikel ni, saya dulu masa kecik2 selalu kejar mengejar untuk mengaji ni.
Hairul Hissam says
Nanti bro ada anak, giliran bro pula main kejar2 dgn anak bro. hee
ayong_sakura says
tertarik dgn artikel ngaji berlagu tu…tq bkongsi dan sesama mengingatkan….yelaa slama ni ngaji jgk tp x pandai blagu tu…hihi
Hairul Hissam says
Baru terasa seronok bila mengaji berlagu sis. Semoga kita bersama2 dpt amalkan… π
Ayong Sakura says
kannn dh fefeeling mcm qariah yg wakil malaysia plak….hihihi
Hairul Hissam says
Manalah tahu, nanti ada rancangan pencarian qariah di TV .. boleh laa try masuk.. glamour tu. :-D. gurau jeee..
mrhanafi.com says
cara terbaik belajar membaca adalah melalui guru..komputer atau alat pandang dengar yang lain cuma sebagai alat bantu sahaja.
Hairul Hissam says
sama seperti di sekolah, kalau mengharapkan guru shj, amat sukar utk score dgn cemerlang. Tapi bagi mereka yang dah lama tak mengaji, cara nie mmg terbukti berkesan… π
Ibu Zarith says
Terima kasih ye atas peringatan
Hairul Hissam says
Bersama-samalah kita amalkan sis … π
islam di dadaku says
mencari uang sekaligus mendapat Pahala Insya Allah
Hairul Hissam says
Semoga kita bersama2 mengejar pahala disii Allah s.w.t.
Hafizul says
Yup..ayah saya dulu pun ajar cara yang sama..bagus kan ada panduan macam ni..hehe
Hairul Hissam says
Mmg bagus ada alquran online skrg nie. Memudahkan mereka untuk membaca Al Quran pada bila2 masa…
reezluv says
memang kalau kita baca al quran dengan tarannum yang betul,kekadang sampai mengalirkan air mata tanpa kita sedar.sebab betapa indahnya alunan bait bait al quran itu sendiri
Hairul Hissam says
Betul tu bro. Bila kita menghayati betul2 bacaan Al Quran dgn tarannum dan maknya, hati akan lebih tenang…. π
Noriza Rahman says
Teringat arwah ibu, selalu baca Al-Quran dengan tarannum…
Hairul Hissam says
Bagus tu kalau kita dpt buat perkara yg sama spt ibu bapa kita..
Mohd Asyrin says
Puasa pun dah nak start ni. Jom ramai-ramai pakat baca al quran… π
Hairul Hissam says
Yeah.. jom ramai2 kita baca Al Quran dgn makna sekali…
musadun says
tak pernah terfikir pulak bro sambil dengar quran, sambil ikut baca sekali boleh bantu melancarkan bacaan kita.nanti nak try la.tq bro.
Hairul Hissam says
Cuba la try bro.. nanti lama kelamaan bacaan akan lancar dan bertambah baik. InsyaAllah…
yati says
Assalamualaikum. Nak tnya saya tak jumpa button play..
saya dh follow , step by step..
software nie boleh apply kat mn2 laptop kn?
tq
Hairul Hissam says
Sepatutnya tiada masalah. Mungkin laptop cik tiadak perisian flash atau sebagainya kot..
cik tom says
ciktom pn suka dgr al-quran berlagu..tp xpandai nak mengaji camtu..byk kena baiki tajwid dulu..
Hairul Hissam says
Bersama-sama kita memperbaikinya ciktom..
Mohd Izwan says
Beruntunglah mereka yang pelajari Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran akan menjadi syafaat dan teman mereka di akhirat nanti.
Hairul Hissam says
Mmg tersangat benar tu.