Tak sabar nak buat bisnes offline pada tahun depan. Kedai pun dah dapat dengan sewa agak murah dari saudara terdekat. Kawasannya pula di area bandar. Rugi lah kalau dilepaskan. Tapi yang lemahnya kena berhijrah lagi dan lagi pada tahun depan.. hu.hu.hu. Sebelum saya teruskan topik best nie, jom baca dulu testimonial bisnes air di bazar nie.
Saya doakan abang tu dan pembeli pakej bisnes air berjaya dalam perniagaan air mereka nanti. Bulan puasa nie memang sesuailah berniaga air. Confirm tak cukup tangan nanti. Anda juga boleh belajar membuat bisnes air di www.bisnesair.com. Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa dan semoga amalan puasa kita diterima. Elok juga saya berehat dari menulis artikel di bulan puasa nie.
Bisnes Online Vs Bisnes Offline. Mana Yg Ramai Lingkup?
Ada kajian mengatakan lebih 90-95 peratus yang menjalankan bisnes online berakhir dengan kegagalan. Macam sukar nak percaya kan. Tapi cuba kita lihat. Berapa ramai yang buat bisnes online nie secara full time?. Jawapannya tidak ramai kan. Manakala bisnes offline, terlalu ramai yang buat bisnes offline secara full time. Ini jelas menunjukkan potensi besar perniagaan adalah pada bisnes offline. So jika anda ingin buat bisnes online secara fulltime, pastikan ada bisnes offline yang boleh dijalankan bersama.
Mungkin ada yang kata, bisnes online kan luas. Tiada sempadan. So tak mungkin laa ramai yang gagal. Betul kee??? Cuba anda fikirkan. Katakan ada 10 kedai roti dibuka bersebelahan. Apa akan jadi?. Sudah tentu banyak kedai roti akan tutup dan tinggal hanya 2 atau 3 kedai roti sahaja. Samalah dengan bisnes online. Walaupun internet nie luas, tapi tapak niaga dan promosi tertumpu pada tempat yang sama seperti google, fb, youtube dan lain-lain. Dengan kata lain, peniaga online sebenarnya, berniaga bersebelahan. Sudah pasti ramai yang akan lingkup dan tinggal hanya beberapa orang sahaja. Sama seperti kedai roti tadi.
Walaubagaimanapun, internet tetap menjadi tempat terbaik untuk mempromosikan produk offline anda. Disinilah tempat terbaik memberi maklumat produk kepada bakal pembeli anda. Seterusnya mendidik dan membina keyakinan mereka. Yang bestnya, kos promosi di internet terlalu rendah manakala hasilnya memang terbaik laa. Tak caya, try lee buat.
Tu laaa, saya kena buat bisnes offline juga. Samada berjaya atau gagal, itu perkara kedua. Yang penting kena berlajar dari kesilapan dan menjadikan ia jambatan ke perniagaan lain yang lebih menarik nanti. Tak kan laa nak tunggu bisnes online nie lingkup, baru nak start bisnes offline kot dan kot. Harap-harap dapat dimulakan tahun depan. Tahun nie kena buat lagi dua video ebook seperti yang dijanjikan dulu. Lepas tu baru merdeka dan buat bisnes offline pulak 😛 . Semoga artikel nie bermanfaat.
Mek ila says
Untuk berjaya sesebuah bisness perlu ada customer offline & online juga. InsyaAllah 🙂
Hairul Hissam says
Lagi banyak tempat promosi dan customer.. tentu lagi berjaya sesebuah bisnes kan…
onlajer says
ada juga hati nak cuba buat bisnes ofline , tapi banyak sangat plan dia dan lagi perasaan takut pun masih menebal
Hairul Hissam says
Rasanya semua peniaga akan ada perasaan tu pada permulaan. Tapi bila dah mulakan tentu ia akan hilang lama kelamaan. ..
akubiomed says
Tidak buat tak akan tahu berjaya atau tidak.
Hairul Hissam says
Betul tu.. Dan kalau tidak berjaya pun, ia akan menjadi pengalaman dan ilmu berharga utk bisnes seterusnya…
mrhanafi says
saya suka offline jika kena pada caranya dan suka juga cara online berdasarkan produk yang dijual.
Hairul Hissam says
Kalau kena dgn caranya, mmg masyuk duit kan bro. heee
Hero Borneo says
ya..memang betul tu..duit masuk dari pelbagai sumber..
Hairul Hissam says
Barulah bisnes stabil kan bro..
Pemanggang Ajaib says
Semoga tercapai cita-cita bro Hairul untuk buka kedai offline.. Senang sikit nak promote kedai..
Hairul Hissam says
Terima kasih bro.. Tak sabar juga menceburi bidang baru.. heeee
musadun says
Ada orang cakap,kalau bisnes online ni pun kita buat secara part time,memang income yg dapat pun tahap part time je la.
di sini pentingnya fokus..
Hairul Hissam says
Kalau sikit usaha, sikitlah hasilnya kan bro…
tapi ramai juga yg cuba buat fulltime dlm bisnes online nie tapi akhirnya kena cari kerja balik….
Noriza Rahman says
Memang banyak yang buat bisnes online ni secara partime sebab tu ramai yang nampak tak berkembang kot..tetapi bagi saya offline dengan online ni memang kedua-duanya kena balance..promosi secara online tetapi boleh jual offline…
Hairul Hissam says
Mmg benar tu, jika online dan offline digabungkan atau digunakan, tentu hasilnya jauh lebih baik kan…
Yeen says
Teringin nak bukak kedai jugak.. tapi modal bisnes offline lagi besar.. belom mampu 🙁
Hairul Hissam says
Elok buka bisnes yg kecilan spt bisnes makanan nie untuk permulaan.Dan buat secara part time pada hari minggu. Dari situ kita belajar menguruskan bisnes yg kecil sebelum ke bisnes yg lebih besar, insyaAllah..
Hafizul says
Huhu..terbaiklah bro..semoga makin maju dah terus maju..tak sabar nak tunggu tahun depan..harap2 sudilah kongsikan cerita berniaga offline tu yer..hehe..kemahiran ada, memang susah nak gagal..kan bro..
Hairul Hissam says
Terima kasih bro krn sudi menyokong saya secara free. he.he.he. InsyaAllah akan berkongsi cerita niaga offline pula nanti krn hobi saya mmg suka share/cerita di blog . heee
reezluv says
xsabar plak nak tunggu episod cerita seterusnya..heheh
Hairul Hissam says
Kena tunggu musim kedua, tahun depan. heee
akmal rusydi says
nak berjaya dalam bisness zaman sekarang ni memang ken abuat dua-dua cara online dan offline. tak semua orang ada akses internet
Hairul Hissam says
Itulah yg terbaik.. tqvm bro..
Aniey Yusoff says
online dan offline sama2 penting..bila offline aura kita trus sampai pada org tu..bila online kita kena bina keyakinan org pada kita dgn tunjukkan personaliti kita yg positif barula org yakin 🙂
Hairul Hissam says
Aura senyuman menawan hati tu paling best menawan hati pembeli offline… heee