Inilah akibat dari pinjaman wang segera dari along. A Muthukrishnan seorang peniaga daging kambing diserang oleh konco-konco along selepas dikatakan gagal membayar hutangnya dengan along.Tangan kakinya hampir putus ditetak manakala telinga dan jarinya putus dipotong along dengan parang. Mangsa kini dirawat di Hospital Selayang dan berkemungkinan mengalami kecacatan kekal kerana rawatan awal mendapati kedua-dua tangan dan kakinya gagal berfungsi.
Menurut adik iparnya Ramesh, pada mulanya mangsa dipukul dan diarahkan menyerahkan rumah yang di cagarkannya semasa membuat pinjaman dengan along. Keengganan mangsa menyebabkan along naik berang dan menetak kedua tangan dan kakinya. “Selepas itu mereka memotong pula ibu jarinya untuk dijadikan bukti kepada ketua mereka yang mereka menjalankan kerja yang diarah” Kata adik iparnya lagi.
Menurut Ramesh lagi abang iparnya membuat pinjaman RM50,000 pada tahun 2006 kerana terdesak memulakan perniagaan. Semenjak itu abang iparnya dipaksa membayar RM200 sehari dan ada kalanya lebih untuk melunaskan hutang along. Malangnya pada awal tahun 2008, abang iparnya menghadapi kelewatan pembayaran. Walaupun telah membayar lebih RM60,000.00 kepada along namun hutangnya dikatakan masih belum habis dan along meminta rumah cagarannya.
Hairul.com percaya ramai yang telah membaca kes-kes kekejaman along di dada akhbar. Namun masih ada yang berani meminjam dari along ini. Nasihat hairul.com, walaupun apa jua keadaan, walaupun terdesak macam manapun, janganlah terfikir untuk meminjam wang segera dari along. Jika tidak, padah sahaja yang akan menimpa seperti yang di alami oleh En A Muthukrishnan dan keluarganya. Semoga artikel dari keratan akhbar metro ini memberi pengajaran buat kita semua.
p/s: Anda dialu-alukan share link artikel ini kepada rakan-rakan sebagai pengajaran.
ohcikgu says
wahhh, teruk betul macam ni, sampai hilang kaki tangan..
Hairul Hissam says
Mmg kes naya kalo meminjam dari along nie cikgu… 😀
rohaya says
begitu lah nasib kalu berhutang dgn along,kalau di spura ni along tk brani potong memotong ,mereka cuma simbah2cat saje di pintu rumah…
Hairul Hissam says
Bagus pula polis di singapore…
harap polis di M’sia lebih tegas…
tq ya cik rohaya 😀