Ramai juga bertanyakan produk terbaru saya melalui email, komen blog, sms dan hp. Kebanyakkan dari bekas pembeli pakej saya. Mungkin ada yang menjangkakan pakej kek. Yap memang ada dalam perancangan. Tapi rasanya elok ditangguhkan dulu. Lagipun bukan mudah nak buat video yang terperinci di tempat orang dibandingkan di rumah sendiri.
Macam mana kalau saya buat dulu pakej putu piring & putu bambu. Ia bukan sekadar putu piring yang biasa dijual tu. Tetapi dipelbagaikan dengan aneka citarasa dan skill dari hotel. Pergghh.. bunyi nyee macam best jeee. Memang best pun. 😛 . InsyaAllah, sangat berbaloi seperti pakej-pakej saya sebelum ini.
.
Baru je terfikir pakej putu piring ini. Itupun selepas mengenali seorang bekas peniaga putu piring. Saya kenali abang nie di kediaman baru saya di Kulai. Memang baik betul abang nie. Abang tu pun suka sangat ilmu ini diajar kepada orang lain. Jika tidak, ilmu ini akan hilang begitu sahaja nanti. Bersemangat abang tu. Yelah ada habuan untuk abang tu nanti 😀
Sebelum saya start buat pakej ini, saya nak buat survey dulu. Ramai tak berminat untuk memilikinya. Kalau anda berminat, klik button Like. Jika ramai yang klik Like, bolehlah saya start buat. Tapi saya perlukan masa untuk mempelbagaikan putu piringnya dan modified agar ia boleh dibuat di rumah tanpa menggunakan alat khasnya. Doakan usaha saya berjaya. Jom klik like, jika berminat.
.
hanim says
Like buat la cd nie
Hairul Hissam says
InsyaAllah akan diusahakan. Tima kasih atas sokongan cik hanim.. 😀
cik tom says
ciktom rs bagus…tgk bisnes putu bambu ni pun mmg laku kt mn2 jual pun..kuih putu bambu ni mmg fevret ciktom n famili 🙂
Hairul Hissam says
Benar kata cik tom. bisnes putu piring dan bambu nie mmg laku… Tambahan lagi jika dipelbagaikan lagi, tentu menarik kan 😀
cik tom says
oh blh dipelbagaikan lg ke ? biasa mkn yg biasa je..hee
Hairul Hissam says
InsyaAllah boleh cik tom.. jangan terperanjat tengok putu piring coklat khas utk budak-budak.. Banyak lagi cik tom versi baru, special edition style hotel .he.he.he
cik tom says
wah putu piring coklat??bunyinya dgr sedap..xsabar nak tungguu…
Hairul Hissam says
Kalau dapat makan lagi sedap cik tom. heee.. baru semalam kenyang makan putu piring inti kacang merah.. lagi sedap la… 😀
Peja says
Wah, saya suke putu piring!
Hairul Hissam says
Nanti bolehlah buat sendiri en. Peja 😀
akubiomed says
Tak ramai yang mampu membuatnya. Saya pandai makan sahaja. 🙂
Hairul Hissam says
Mmg ramai yg pandai makan sebab sedappp 😀
zan says
teruskan En. Hairi..don,t give up
Hairul Hissam says
InsyaAllah, usaha tangga kejayaan 😀
azriey amrie says
nmpak mudah, tp klau xpandai buat, xjadi juga… Buatlah En Hairul.. Insya Allah, mesti ramai yg minat…..
Hairul Hissam says
Betul tu.. kalau tak pandai buat mmg hancur. Tima kasih diatas sokongan cik azriey 😀
Dulu Lain Sekarang Lain says
Wah! payah nak cari ni kalau di KK. Kalau kawe boleh buat nie.. alangkah senangnya..
Hairul Hissam says
Kalau dapat buat sendiri.. mmg kenyang makan putu piring.. Boleh dipelbagaikan lagi…. InsyaAllah akan buat yg terbaik.. 😀
gloryatie says
favouret ni
lau g pasar malam mesti beli…yummy (*,*)
Hairul Hissam says
kalau kat rumah boleh buat sendiri.. tentu seronok.. 😀
ciknor says
teruskan usaha itu. tengok tu, ramai yang like
Hairul Hissam says
Yelah cik nor.. dah ramai yg klik like.. kena start buat nie …. dah start busy la nie.. heee
K-zal says
Favorite sy sekeluarga nih… sokong sgt2… hehe… lg 1 nak komen, after 6-7buln dpt pakej taufufah tu, bru pg tdi pg dpt “SERU” utk m’buatnyer… ALHAMDULILLAH… menjadik sungguh. lembut & gebu… makan plak panas2 time ujan lebat ptg td! sampai LICIN bekas kedap udara tu x sampai 15min, BERBALOI-BALOI… makaseh kongsi ilmu yg d manfaatkan ni…
Hairul Hissam says
Perghh lamanya tersimpan dvd tu sampai 6-7 bulan. Nasib baik datang SERU.. hee 😀 . Tahniah K-Zal kerana berjaya buat taufufah.. Mmg seronok satu keluarga menikmati hasil tangan sendiri… Kena pula time hujan… 😀
titan says
memang berminat habis. hehe..
Hairul Hissam says
nie mesti peminat putu piring. hee 😀
donnyien says
dulu pernah makan putung piring bambu sewaktu di penang.. di area damansara belum jumpa putung ni
Hairul Hissam says
Tunggu bro.. nanti pembeli pakej saya akan buka dan jual putu piring di sana InsyaAllah… 😀
donnyien says
ok bro, nanti roger je hehe
Hairul Hissam says
no problem bro.. hee
siti aishah says
bagus ni..saya nak pakej tu..tak sabar nak belajar
Hairul Hissam says
InsyaAllah sangat berbaloi pakejnya…
idrich says
buat cepat sikit,patut dari dulu dh buat,pasti ramai beli punya………cepat2 tau buat.
Hairul Hissam says
rasanya kalo nak bagi yg biasa punya.. esok dah boleh jual.. Sebab nak pelabgaikannya tu makan masa. Sabar yee.. website pun belum buat… 😀
chii says
fuh,,sedapnya putu piring..lgi2 kalau di makan time tgh panas..mmg 3 keping pn..chii leh abihkn…
chii yakin..mesti ramai yg suka dgn pakej ni
Hairul Hissam says
Lagi2 masih berwap kan cik chii.. meleleh tengok.. heee. Alhamdulillah ramai juga yg berminat. tqvm cik chii..:D
khairul says
salam hairol.saya berminat dgn resepi apam balik utk berniaga.boleh terbitkan tak?tq
Hairul Hissam says
saya tak janji.. akan difikirkan 😀
Zee says
Tidak sabar rasanya nak belajar buat kuih kegemaran saya ni terutama sekali apabila tidak memerlukan acuan..sgt sesuai kerana saya diperantauan.
Hairul Hissam says
InsyaAllah Puan Gee akan buat versi yang mudah disediakan di rumah tanpa acuan khasnya.. tunggu ya.. 😀
nurmisnan says
alamak.. suka sesangat putu piring + bambu..
sodapnya… putih gebus jer bambu tuh.. hik3
Hairul Hissam says
kalau dapat buat sendiri cik nurmisnan, hari2 boleh makan putu piring. heee 😀
Nadot says
suke gile putu piring n putu bambu!!..mesti beli kalau kat psr malam. pastu ade jugak jmpe putu bambu yg dah siap paket yg letak pandan tu…marvellous ah!..ishk..terliur plak… huhuhu
Hairul Hissam says
Putu bambu nie boleh boleh dikomersialkan lagi….. tunggu pembeli pakej putu bambu saya buat nanti…. 😀
durriyah says
Hmmmm……dengar pun dah terbayang-bayang. Nanti hello2cepat
Hairul Hissam says
InsyaAllah nanti saya hello.. hello.. hello… kat durriyah. 😛 Elok masukan nama dan email di sidebar kanan blog utk dapatkan news terbaru samada artikel blog atau produk terbaru 😀
Li says
Pakcik minat nak belajo utk komesial (putu bamboo)
Hairul Hissam says
Kena tunggu pakejnya siap.. tima kasih…
Rozman says
Salam bro….boleh tak bagi resepi camana nak buat tempe.Dan yg paling penting kat mana boleh dapat raginya.T.Kasih
Hairul Hissam says
Oh buat tempat kurang untung dan tak mudah.. mudah busuk.. 😀
Pakcik Li says
Hairul. Boleh tak buat personal coaching. Urgent nie. Kedai dah set up.
Hairul Hissam says
Maaflah, saya sibuk buat pakej putu ini.. 😀
mekar says
Saya jarang beli putu ni. bukan tak suka makan tapi ada banyak makanan lain lagi yg menjadi keutamaan apabila ke pasar malam.
Hairul Hissam says
Kat pasar malam.. mmg macam2 makanan.. Kadang kala tu buat kita pening nak memilih. 😀
eyza says
Salam En Hairul, lambat lagi ke dvd putu’s siap? Tak sabar tunggu ni, nak komersialkan.
Hairul Hissam says
Nanti siap saya beritahu.. terima kasih krn menunggu 😀
CIKSUE says
salam hairul,agak2 boleh x kalau x pakai bekas putu piring atau putu bambu? Kira main tepek je pastu kukus..atau hairul ada cara lain?
Hairul Hissam says
wsalam… elok tunggu pelancaran pakej putu nanti.. mmg boleh dibuat tanpa alat pengukus khas.. tunggu ya… 😀
Wan Zuraidah says
Salam Hairul saya dari s’pore bleh tk saya nk order ebok putu piring. Bagaimana caranya.
Hairul Hissam says
Ya boleh, cara pembelian dari oversea utk dvd putu ada diterangkan di http://www.rahsiaputu.com/beli.html.. elok wasap aya ke +60137757915 utk sebarang pertanyaan..