Artikel ini merupakan kiriman pembaca blog ini iaitu Cik Tie. Jika anda menghadapi masalah gatal-gatal pada bahagian muka dan hidung, mungkin anda mengalami resdung. So elok sangat anda mengamalkan ubat resdung secara tradisional dari Cik Tie ini. Jom kita baca petua mujarab ini.
.
Ubat Resdung Cara Tradisional
Ada dikalangan kita ni mesti ada masalah resdung kan. Lebih2 lagi yang gatalnya memang tak dapat ditahan-tahan. Bagi sesetengah pesakit lebih suka mengambil ubat atau melakukan rawatan tradisional. Jadi, kat sini Cik Tie kongsikan cara mengurangkan masalah resdung secara tradisional.
Bagi Cik Tie cara ni taklah susah sangat, bahan-bahan pun senang diperolehi, Cuma bergantung pada kita je, rajin atau malas. Kalau rajin, masalah resdung dapat dikurangkan dan tak mustahil boleh hilang. Caranya, sediakan beberapa hirisan bawang , beberapa helai daun sirih dan secubit biji sawi. Bahan2 ni di campur dalam air yang mendidih, kemudian bolehlah wapkan ke muka. Amalkan kaedah ni sekerap mungkin untuk kesan yang lebih baik sebagai ubat resdung mujarab.
Selain tu boleh juga guna kaedah ni, dengan mengisar sedikit jintan manis, kemudian bungkus dalam perca kain. Hidu setiap kali sebelum tidur. Amalkan selalu, insyaAllah mujarab. Boleh juga rebus bawang besar, kisar dan ambil airnya. Titiskan air bawang tu ke dalam lubang hidung. Sesetengah orang akan bersin berkali-kali, jangan risau, itu tindak balas biasa. Teruskan rawatan hingga benar2 berkurangan. Selamat mencuba (*,*).
Hairul.Com: Terima kasih Cik Tie di atas artikel ubat resdung secara tradisional ini. Ingat pesan Cik Tie, nak baik kenalah rajin dan buat bersungguh-sungguh. InsyaAllah sangat membantu mengurangkan resdung anda.
puteri kasih says
untuk mereka yang ada resdung bolehlah mencuba cara tradisional ni 🙂
Hairul Hissam says
Sangat disyorkan kerana tiada kesan sampingan.. 😀
puteri kasih says
dan selalunya ubat tradisional lebih mujarab kan 🙂
Hairul Hissam says
Betul tu.. dan kurang kesan sampingan dibandingkan ubat moden … 😀
nurmisnan says
cool.. nice sharing here brother..
Hairul Hissam says
Oh… kena terima kasih pada cik tie.. mmg cool kak nora 😀
TehR says
resdung ni memang masalah besar kalau tak kena cara mengubtnya
Hairul Hissam says
yg tak bestnya, bila makan asyik mengosok hidung.. 😀
suri says
hee tak der alah ok jer.semoga petua mmbantu mrka2 yg ada resdung
Hairul Hissam says
yg penting konsisten mengamalkannya 😀
Bella says
Kalau sesiapa ada Resdung ,boleh cuba ubat resdung bella formula. Kesan pengurangan seawal 3 hingga 7 hari. Klik nama saya “Ubat Resdung” (tulisan warna biru) atau boleh layari http://www.ubat-resdung.com
Hairul Hissam says
Cepat juga perngurangan tu.. 😀
SUE says
tp mcm mne klau mempunyai resdung yang teruk sangat…sampai bengkak muka…mohon bantu sy
Hairul Hissam says
Elok dapatkan nasihat doktor sbb saya bukan doktor 😀
Hafizul says
Terima kasih kongsikan..saya nak cuba buat lepas ni..tak tahan dah ni..resdung memang suka buat hidung saya gatal..waaaaaaaa…..
Hairul Hissam says
Semoga resdung bro cepat baik. Yg penting kena konsisten dlmmengamalkannya..
Mardhiah says
Dulu pernah buat memang menjdi. Tapi sekarang pregnant. Boleh ke ek org pregnant buat rawatan ni?
Hairul Hissam says
saya pun tak pasti boleh tak ubat resdung tradisional nie dibuat ketika mengandung..